Konsep Stylo di Toran Cafe

Assalammualaikum w.b.t


Konsep Stylo di Toran Cafe |  Food hunter minggu lepas Mrsyanie terjah ke Shah Alam. Masih ingat entry lepas Mrsyanie mengenai latihan Bowling? Ha selepas dah kasi sepenuh tenaga latihan Bowling, perut pun udah lapar. Dimana nak terjah makan? Teringat pula satu cafe yang hari itu Mrsyanie serbu tapi belum buka. Kali ni kami bernasib baik atau masih kurang bernasib baik?

sumber gambar: facebook Toran Cafe

Toran Cafe, Shah Alam


Alhamdulillah rezeki kami untuk merasai sendiri kehebatan makanan dan minuman special di Toran Cafe. Ianya terletak di seksyen 13 berhampiran dengan stadium Shah Alam. Mudah nak cari sebab sekarang waze jew. Deko yang diterapkan di Toran Cafe ini lebih kepada stylo. Sangat rilex dan enjoy lepak dengan kawan disini. Di Toran Cafe disediakan lokasi berhawa dingin dan open air. Jadi korang boleh pilih keselesaan tempat duduk korang  nak. Mrsyanie datang waktu tenghari jadi bersesuaian kami duduk di dalam yang berhawa dingin.


Mrsyanie tergoda dengan menu minumannya yang special dan di Toran cafe juga menyediakan makanan berat seperti burger, nasi goreng dan sebagainya. Ini yang mrsyanie suka dengan Toran Cafe, bukan hanya minuman dan makan dessert sahaja. Mrsyanie pergi time lunch memang nak cari yang agak berat sedikit menunya. 

Menu yang diorder adalah:

Green Hornet Tea, Toran special RM18.50

Hazelnut Choc RM14.50 

Bagi menu makanan pula adalah:

Sandwich Gril Cheese Mushroom RM13.50

Nasi Goreng Thai RM12.50

Dan menu special di Toran Cafe adalah Toran Burger. Ianya daging homemade yang diletakkan secara tower sebanyak 3 lapisan. Memang sangat sedap dan sangat kenyang. Sesuai juga untuk makan lunch tau. Serius kenyang, Mrsyanie siap kongsi dengan Mrlaling dan rakan untuk habiskan.(Boleh order kongsi 3 orang makan).

Toran Burger RM 25.50

Review YanieYusuf:

Menu yang diorder semua sangat sedap dan berbaloi dengan harga. Lagi-lagi minuman special Green Hornet Tea dan Toran Burger. Puas hati minum dan makan!! Bagi sandwich pun sedap penuh dengan cheese dan cendawan, Nasi goreng Thai juga memang sedap dengan tambahan ayam goreng kunyit yang special. Korang yang berada disekitar Shah Alam boleh datang ke Toran Cafe.

Untuk maklumat lanjut:
Alamat: No38 Jalan Rugbi 13/30 seksyen 13, Shah Alam, 
             40100 selangor, Selangor.
(waze: Toran cafe Shah Alam)
Telefon: :+60 18-364 6525 
Wakti operasi: 12:30 pm  â€“ 12:30 am
Facebook: Toran Coffee
Instagram: Toran Cafe



senang hati kami, perut dah kenyang sangat!! hihi

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
See also  Part 1: Itinerari Bajet Trip Sehari Ke Singapore

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*