Assalammualaikum w.b.t
Air Kelapa Jando Pulang | Terkejut jugak lah bila pertama kali Mrsyanie dengar nama minuman ini. Mau tak nya, kenapa Jando pulok dah. hihi. Apa-apa pun itu lah nama bagi Air Kelapa Jando Pulang!!
sumber gambar: google.com |
Air Kelapa Jando Pulang
Air Kelapa Jando Pulang berasal dari Negeri Smebilan. Ia merupakan minuman tradisi orang Negeri Sembilan terutamanya Kawasan Kuala Pilah. Tak sah kalau setiap majlis di Negeri Sembilan terutamanya di kawasan Kuala Pilah tak ada Air Kelapa Jando Pulang. Ianya menjadi air rasmi bagi setiap majlis seperti kenduri kahwin dan sebagainya.
Mrsyanie ada buat sedikit pencarian mengenai nama Air Kelapa Jando Pulang, ianya diberi nama dari proses penyediaan Air Kelapa Jando Pulang yang mempunyai proses keluar masuk semula dalam buah kepala yang diibaratkan seperti sepasang suami isteri yang bercerai menyebabkan isterinya bergelar janda kemudian ia dirujuk semula. Kesahihan nya tidak dapat Mrsyanie kenalpasti, masih belum jumpa pencarian sah mengenainya.
Apa-apa pun Air Kelapa Jando Pulang mempunyai khasiat yang tinggi dengan cara pembuatan yang bersih dan sempurna. Air Kelapa Jando Pulang adalah air kelapa muda yang dimasak bersama dengan gula merah.
Air Kelapa Jando Pulang, Warisan Ayah 3Q
Korang mesti nak tahu mana nak rasa kan? Jangan risau di Warisan Ayah 3Q menyediakan minuman tradisi orang Kuala Pilah, Air Kelapa Jando Pulang. Memang sangat sedap dengan ditambah ais batu, membuatkan badan berasa segar dan nyaman. Sejuk dan sedap!!
tq kakNina |
Untuk maklumat lanjut dan sebarang tempahan:
Warisan Ayah 3Q Station
B-G-08, P8 Avenue
Jalan SH 1/1, Selayang Heights
Selayang, Selangor.
Landmark: Kolej Komuniti Selayang
Tel: 03-61280236 / 013-307 5369 / 013-307 5234
Instagram: Warisan_ayah3q
Waktu Operasi:
8 am – 12 am
1st time dengar nama air kelapa nih…
dan 1st time juga baru tahu air kelapa muda boleh di masak. biasa minum terus dari kelapa je kan
nama tu unik tu… air kelapo jando pulang haa… ha ha ha…
Waahh… bestnya.Tapi kalau untuk majlis kahwin tu mesti jenuh nak dapatkan beribu-ribu biji kelapa bagi memenuhi keperluan majlis. Sisa kelapa lagi tak terbayang kakak hihi..
Tapi sekarang dah tak ada buat rasanya waktu majlis. sekarang majlis kawin semua air oren atau sirap jew kan..
unitnya nama ia
wah nama diaaaaa…ahahahahaha bila nak bawa akk kt sini yanie..ehhh ahahahahahaha