Resepi: Pisang Goreng Coklat

Assalammualaikum w.b.t


Resepi: Pisang Goreng Coklat | Akhirnya jadi jugak Pisang Goreng Coklat. Resepi yang Mrsyanie dapat dari Blogger Yanty. Kalau korang nak tengok resepi sebenar dapatkan Majalah Dara.com dimana Yanty ada kongsikan dalam Majalah Dara.com Oktober yang lepas.

pisang, goreng, coklat, pisang coklat, pisang goreng

Pisang Goreng Coklat


Bahan-bahan Utama:

  • Coklat (resepi sebenar coklat Nutella)
  • Pisang
  • Straw
  • Minyak
Bahan Hiasan:
  • Aiskrim
Cara-cara:

  1. Kupas kulit pisang dan dibelah dua bahagian.
  2. Buatkan lubang ditengah pisang dengan menggunakan straw. Mrsyanie gunakan straw yang kecil kerana pisangnya kecil/comel jew.
  3. Masukkan coklat kedalam lubang yang dibuat pada pisang. Kemudian tutupkan lubang tersebut dengan menggunakan lebihan pisang tadi.
  4. Panaskan minyak untuk mengoreng pisang yang berinti coklat.
  5. Goreng sehingga kekuningan dan angkat & toskan.
  6. Hidangkan pisang inti coklat yang telah digoreng dengan aiskrim dan coklat cair sebagi hiasan.
  7. Siap untuk dimakan
Terima kasih jugak Mak Abah yang bagi pisang. Mrsyanie sempat buat pisang goreng coklat dengan adik Mrsyanie. Masing-masing deko dessert hihi.. Selamat Mencuba

Resepi ringkas dan cepat!!

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
See also  Resepi Brownies Kedut

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*