Assalammualaikum w.b.t
INSTITUT LATIHAN UNIVERSITI KG. GAJAH, PERAK | Siapa yang orang Perak Tengah terutama orang Kampung Gajah mesti tahu ILU iaitu Intitut Latihan Universiti di bawah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Institut Latihan Universiti (UiTM) Kg. Gajah Perak
Seperti yang Mrsyanie janjikan nak shre kan bersama lokasi Hari Keluarga Keturunan Alang Abdul Rahim & Hjh Sanuyah. Dah 2 kali Mrsyanie datang ke ILU untuk aktiviti Hari Keluarga. Lokasi berada di kawasan kampung tetapi sangat selesa dari segi penginapan dan kemudahan yang disediakan. Cuma perlu ada penambahbaikan dari segi kemudahan di Villa yang masih ada kekurangan terutama bilik air bawah yang tiada air. Hanya sebuah Villa sahaja yang kurang kemudahan bilik air (lupa nama villa yang tiada air di bilik air bawah tu) dan bagi Vila yang lain memang selesa dan besar.
Ringkasan tentang Institut Latihan Universiti:
”Institut Latihan Universiti adalah sebuah organisasi di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM), Pejabat Pendaftar. Kedudukannya adalah di Daerah Perak Tengah, bersempadan diantara Pekan Kg. Gajah dan Pekan Tanjung Tualang, Perak. Institut Latihan Universiti menyediakan tempat berkursus kepada kakitangan UiTM, ia juga terbuka kepada organisasi luar dengan menyediakan kelengkapan infrastruktur yang serba moden.”
Persekitaran Institut Latihan Universiti yang menghijau, dikelilingi dengan bekas-bekas lombong mempunyai keistimewaan tersendiri, amat sesuai dijadikan pilihan tempat berkursus bagi yang mementingkan ketenangan dan kedamaian serta dapat mengurangkan stress. Sesuai juga untuk pelbagai jenis kem seperti kem jatidiri dan Hari Keluarga.
Di ILU disediakan pelbagai jenis kediaman, antaranya:
1) Bangunan Kediaman Perdana
- Bilik Single (2 katil)
- Bilik Suite
- Lif (2 Buah)
2) Bangunan Kediaman Wawasan
- Bilik Suite
- Bilik Standard Deluxe
- Bilik Standard Single
- Bilik Standard Sharing
3) Bangunan Kediaman Warisan (Jenis Banglo)
- Jelawat
- Toman
- Sebarau
- Kelisa
- Lampam
- Baung
- Temoleh
- Keli
- Belida
- Tengas
- Kaloi
- Talapia
Penginapan yang Mrsyanie duduk adalah Perdana. Sangat selesa dan kelengkapan semua adalah baru. Kediaman Perdana dari luar nampak seperti banguna asrama tetapi dalam sangat tip top. Lengkap dengan penghawa dingin (air cond), katil sangat empuk, TV, pemanas air mandi, sejadah dan iron.
Harga juga sangat berpatutan. Mrsyanie sewa kediaman Perdana Bilik Single 2 katil.
**Untuk harga kediaman yang lain boleh rujuk : Harga Kediaman
Kemudahan lain yang disediakan di ILU, Kg.Gajah, Perak:
Dewan Bankuet – Kapasiti 450 Orang, Bilik Mesyuarat, Kemudahan Surau, Sukan (pelbagai jenis gelanggang), Dewan Makan yang berhawa dingin, Makmal Komputer dan sebagainya.
http://institutlatihan.uitm.edu.my/
Institut Latihan Universiti,
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,Universiti Teknologi MARA,
Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan.31800 Malaysia
http://institutlatihan.uitm.edu.my/hubungi-kami.html
Institut Latihan Universiti,
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,Universiti Teknologi MARA,
Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan.31800 Malaysia
http://institutlatihan.uitm.edu.my/hubungi-kami.html
Till Next Entry ye!!!
kampung belah mama saya tu 🙂
Teringat kenangan ketika kursus di situ.. best.. happening.. dapat kengkawan yang gile2.. fasi dan penceramah pun memang best.. 😉
Happy holiday 😉 huhu jelesnya
Happy holiday 😉 huhu jelesnya