Assalammualaikum w.b.t
Biskut Tiramisu Kastard | Hari tu pejabat Mrsyanie ada buat jamuan sempena rakan sekerja naik pangkat dan majlis kesyukuran. Kami buat secara simple tapi alhamdulillah meriah dengan jamuan makannya. Terima kasih korang yang sponsor makanan. Mrsyanie pun teringin lah nak bawa ala-ala potluck sket. Jenuh buat carian resipi yang mudah dan sedap untuk dibawa dan semua orang boleh makan. Akhirnya jumpa lah satu resipi yang sangat mudah dan menarik. Yang paling penting ianya sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

Biskut Tiramisu Kastard
Banyak jugak resipi yang Mrsyanie cari untuk buat bawa sewaktu majlia nanti. Yelah nak cari yang mudah jew, nak buat yang susah mau tak siap seharian hihi Banyak resipi yang menarik, tapi Biskut Tiramisu Kastard juga yang paling simple dan senang nak dibuat. Tapi cuma tak berapa faham kenapa diberi nama Tiramisu? ermm. Tak kisah janji kita ikhlas buat, fuh pertama kali buat nak kasi orang lain rasa ni. Jom Mrsyanie sharekan resepinya:
Bahan-bahan:
- Biskut Cracker
- 1 tin Susu Cair
- 1/2 tin Susu Pekat
- 1 Cawan air
- 4 sudu Tepung Kastard
- 1 penutup kecil Esen Vanilla (tak letak pun tak pe)
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan kecuali biskut. Gaul diatas api yang kecil sehingga pekat. Biarkan sejuk seketika.
- Susun biskut Cracker dalam dulang.
- Tuangkan adunan kastard yang dimasak tadi keatas biskut Cracker yang disusun sehingga menutupi.
- Taburkan serbuk milo (tak guna milo pun tak apa, boleh gantikan dengan serbuk koko lain seperti Vico, Oligo)
- Ulang step 2,3,4 sehingga habis adunan kastard tadi.

Yeah akhirnya jadi juga resipi yang mudah ni, walaupun simple tapi sedap untuk dimakan tau. Cuma sampai ke sudah Mrsyanie tak tahu kenapa ianya diberi nama Tiramisu. Tak kisahlah janji siap dan semua orang boleh rasa, Mrsyanie letak dalam bekas kecil-kecil bagi memudahkan diorang makan nanti. Rasanya memang enak da penuh dengan kelazatan, sedap lagi kalu dihidangkan dengan air teh panas atau milo panas. Sedapnya! Selamat mencuba semua.
Resipi Mudah? KLIK
Till Next Entry ye!!!
Salam Khamis..
Singgah pagi…
wah..menarik ni yani..nak try laa nanti
ohh.. ingatkan bentuk biskut tadi..
menarik.. nantilah try cuba…hihihihih
Waaa mudah je bahan. Tapi tulah takda bahan cam kopi/nescafe je. Dr mana dtg tiramisu tu?
Tulah pakai kastard.. tp tiramisu.???
Hehehe.. mesti sdp kan k.yanie…
Rajin sis buat