Assalammualaikum w.b.t | Bedak Sejuk Bedak Cina | Teringat zaman budak-budak tempek bedak sejuk waktu malam dan siang nak jalan pakai bedak cina. Dulu bedak-bedak ini antara yang terkenal dikalangan wanita tau. Ianya menjadi pilihan untuk kegunaan harian para wanita khususnya.
Apa perbezaannya?
Sekarang masih ada lagi cuma ianya tidak meluas dan agak sukar untuk mendapatkannya dipasaran. Tapi tahukah korang perbezaan bedak sejuk vs bedah cina ini?
Bedak Cina atau Bedak Batu
Siapa tahu bedak cina? Ada setengah orang panggil bedak batu. Tak kira apa nama panggilannya ianya adalah bedak yang sama. Terkenal waktu dulu-dulu untuk kegunaan mencerahkan kulit wajah pengguna. Ianya dijual dipasaran dalam kotak kecil dan bedaknya berada dalam bentuk ketulan empat segi.
Bedak Sejuk
Mrsyanie teringat pulak kat bedak sejuk, sangat klasik dan waktu dulu orang guna untuk kekalkan kecantikkan. Tiap malam tempek bedak sejuk, terasa tegang je kulit muka. Ianya berfungsi untuk membantua merawat kulit dan digunakan pada waktu malam atau sebelum tidur.
Kebanyakkan bedak sejuk ini dihasilkan sendiri oarng dulu-dulu dan ianya tidak mengandungi campuran bahan kimia yang terlarang. Ianya dihasilkan daripada beras yang direndam berbulan-bulan. Ada jugak yang menggunakan beras pulut untuk penghasilan bedak sejuk ini.
Bedak sejuk pula bentuk bulat kecil atau sederhana. Tapi sekarang kalau korang nak dapatkan tidak perlu buat sendiri kerana ianya ada dijual dipasaran. Cuma ianya tidak lah dijual secara meluas.
Drama Mak Cun Kembalikan Nostalgia Bedak Sejuk
Sekarang bedak sejuk siap ada cerita drama lagi, Drama Mak Cun. Bagus drama ini sebab ingatkan kita mengenai bedak sejuk. Drama Mak Cun dibawa oleh Erma Fatimah dan adiknya Ummi Aida. Yang kini telah dimodenkan Bedak Sejuk tapi masih kekalkan tradisi. Best cerita ini! Tahniah Erma Fatimah naikkan semula nama Bedak Sejuk yang kian pudar. Sangat lejen dua-dua bedak ni.
Siapa pernah pakai bedak sejuk ini??
Till Next Entry ye!!!
Tak tengok …sebab kita tengok Korea waaa…
PC selalu pakai bedak cina dengan bedak sejuk ni masa sekolah rendah..serasi dengan kulit..hahaha..
Sy!! Hihi. Ala rindu pulak. Bedak cina tu lama dah xtgk. Bedak sejuk ni, kalau pakai mlm2 bgn pg dah xda dah kt muka. Haha
alaaaa x tengok…tp kedua2 bedak tu pernah pakai, cilok mak punya kehkehkeh
Ehhh..mcm kenalla bedak cina tu..tp yg saya selalu pakai kecik2 dulu bekas dia mcm kale hijau..hihi..
Ehhh..mcm kenalla bedak cina tu..tp yg saya selalu pakai kecik2 dulu bekas dia mcm kale hijau..hihi..
Memang lejen sangat Mrs. A panggil bedak batu emak Mrs. A yang suka pakai kita tumpang jerr…
Huhuuu.. kita panggil bedak sejukkk…
best kot cerita nii.lela suka