Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 2 | Arrival

Krabi | Thailand | Trip Honeymoon | Part 2 | Arrival | Selama 1 jam 25 minit perjalanan dari Kuala Lumpur ke Krabi dengan cuaca yang baik, akhirnya kami sampai di Lapangan Terbang Krabi. Alhamdulillah. Ramai juga rakyat Malaysia yang bercuti ke Krabi, terutamanya pasangan yang baru berkahwin. Honeymoon kan..hihihi

Krabi Thailand Trip Honeymoon

Ketibaan di Lapangan Terbang Krabi

Setiba kami di lapangan terbang Krabi, terus kami ke kaunter pengangkutan untuk ke tempat penginapan di Ao Nang Beach. Kalau korang datang berdua sahaja, lebih baik korang cari pasangan yang akan ke lokasi yang sama untuk naik van. Sebuah van di kira THB1200 tetapi jika korang kongsi agak murah dan jimat. Kami dapat THB1450 untuk sebuah van.

Selain van atau kereta sewa korang boleh naik bas, tambang bas ke Ao Nang Beach THB150 sahaja tapi penat sedikit. Sempat juag berkenalan dengan beberapa pasangan untuk sewa van sekali. Jadinya 4 pasangan dalam 1 van untuk ke Ao Nang Beach.

Krabi Thailand Trip Honeymoon

Sempatlah kami berkenalan, 2 pasangan yang baru berkahwin dan Mrsyanie dan satu pasangan lagi dah lama kahwin. Seronok dapat jumpa dengan diorang memang sporting dan seronok sangat dapat kenal dengan diorang. 1st time jumpa tapi kami dah macam lama kenal. Terima kasih korang, sampai sekarang kami masih berhubung melalui group whatsapp.

See also  Kuching, Sarawak | Holiday | Part 3 | Sarawak Cultural Village

Perjalanan ke Krabi Thailand Trip Honeymoon

Dalam perjalanan ke Ao Nang Beach pemandu van akan bawa singgah ke agensi travel tau. Tapi bagi Mrsyanie tengok pakej boleh tapi jangan ambil disitu sebab ianya mahal. Di Ao Nang Beach banyak sangat travel yang ada untuk bawa korang jalankan aktiviti di Krabi dengan harga yang murah. Jadinya korang kena pandai pilih tau pakej yang ditawarkan berpatutan atau tak. Hotel Mrsyanie dengan Mrlaling yang sampai dulu. Pemandu van tu hantar betul-betul dengan hotel, tak perlu risau dah nak mencari hotel. 

Krabi Thailand Trip Honeymoon

Check-in Hotel Vogue Resort & Spa Ao Nang

Sampai di hotel kami disambut oleh penyambut tetamu hotel. Hotelnya Sangat cantik dan time tu tak sabar nak tengok bilik dah. Walaupun hotel kami tidak lah depan pantai tapi lokasi sangat bagus sebab dekat dengan deretan kedai-kedai dan sebenarnya tak jauh dari pantai. Boleh jalan kaki lebih kurang 10 minit sahaja. Memang berbaloi. Nama hotel kami adalah Vogue Resort & Spa Ao Nang. Nantikan entry khas untuk hotel sahaja ye.

Dah check in semua, kami ke bilik dan yang best ada orang bawakan beg kami hihi. Sebelum itu, Mrsyanie ada tanyakan tentang pengangkutan balik nanti. Dari hotel ke Lapangan terbang, jadi pihak hotel yang akan tempahkan pengangkutan balik ke lapangan terbang siap-siap sebab flight kami seawal pagi. Lega dah satu bab untuk balik hihi.. dan kami terus di bawa ke bilik oleh penyambut tetamu hotel.

Makan di BAMBOO Restoran

Memang diorang akan bawakan dan tunjuk bilik. ok kasi lah tips bukan selalu kan. Rasa cam orang kaya plak haha..Bilik memeng cantik dan teruju rasa. Kami berehat kejap je sebab nya perut dah lapar. Misi mencari kedai makan. Jangan risau kuar je dari lokasi hotel kami dah jumpa kedai makan HALAL. 

See also  UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (PART1)
Krabi Thailand Trip Honeymoon

Betul-betul depan kedai dan kedai makan ini yang Mrsyanie cari pun. Sebelum datang bercuti memang siap-siap dah google mana lokasi makan yang menarik. hihihi Nama kedai makan ini adalah BAMBOO. Tapi harga agak mahal sedikit sebab menjadi pilihan.

Krabi Thailand Trip Honeymoon
Krabi Thailand Trip Honeymoon

Krabi Thailand Trip Honeymoon

Menu Yang Menarik di BAMBOO Restoran

Antara menu yang korang cuba di Krabi adalah Tomyam Thailand dan Nasi Goreng Nenas. Serius sangat femes dan sedap. Nasi goreng nenas nya lain sedikit sebab dicampur dengan kacang gajus dan dihiasi dalam buah nenas. Harga jangan terkejut lah ye, lebih kurang RM17 untuk Nasi Goreng Nenas sahaja. Kuantitinya sedikit sahaja tapi disebabkan ianya menjadi makanan yang wajib cuba di Krabi. Layankan jew. hihi

Krabi Thailand Trip Honeymoon
Krabi Thailand Trip Honeymoon
Ini lah Nasi Goreng Nenas Krabi
Krabi Thailand Trip Honeymoon

Walaupun harga di kedai Bamboo agak mahal tetapi makanannya sangat sedap. Lokasi yang sangat startegik dekat dengan hotel dan unik design kedai berunsurkan Buluh.

Menu yang dipilih

  • Nasi Goreng Nenas
  • Nasi putih + telur mata + ayam kunyit
  • Tomyan campur (pedas)
  • Air Limau blanded
  • Air Oren

Total: BHT675 = RM 75. (lebih kurang)

Travel Agensi ME MEE PLACE & TOUR

Selepas makan, kami terus cari travel agensi untuk trip percutian keesokkan harinya. Dapat jugak travel yang menawarkan harga pakej yang berbaloi. Iaitu ME MEE PLACE & TOUR. Tak jauh dari hotel kami dan berdekatan denga McDonald. Kami plan esoknya untuk ke Phi Phi Island. Pakej yang kami dapat BHT 2000 untuk 2 orang.

Pakej korang book siap-siap sebelum hari kejadian tau sebab diorang akan ambil awal pagi. Selesai book pakej, aktiviti kami malam hari pertama hanya jalan-jalan dari hotel ke pantai. 

Sepanjang perjalanan kami melalui deretan kedai, antaranya kedai makan, cenderahati, massage (spa & urut), dan pelbagai lagi. 

See also  [Hotel Review] Canada Hotel Hong Kong
Krabi Thailand Trip Honeymoon

Kalu korang nak tahu di Krabi jika waktu malam yang meriah di Ao Nang Beach tau. Jadi kalu korang bercadang untuk bercuti di Krabi pastikan ambil hotel di Ao Nang Beach ye. Di bandar (town) Krabi malam akan jadi pekan mati dan sunyi. Korang boleh buat reveiw hotel pilihan korang dulu sebelum pergi bercuti tau. 🙂

Ringkasan Trip Krabi Thailand Trip Honeymoon

Perbelanjaan ini untuk 2 orang:

  • Van (airport- Ao Nang beach) = BHT 360
  • Makan malam = BHT 675
  • Booking Trip Phi Phi Island = BHT 2000

BACA PART 1:  Trip Krabi Thailand

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

5 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. Krabi Thailand | Trip Honeymoon | Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*