Beijing, China ~ Throwback story

Beijing, China ~ Throwback story| Waktu dulu lepas travel tak ada plak nak story dalam blog kan. Kan kena throwback plak hihih..xpe orang tak buat kita buat..haha Ramai tanya dulu pi Beijing cam mana..?? Dulu time blaja lagi mana nak ada duit kan jadi nya abah lah sponsor besar dalam ini travel. syukur alhamdulillah.. Love u so much abah. Moga cepat sembuh ye.. miss u so much..



Beijing, China

Kami pergi satu family tapi tak semua yang follow ada akak tak dapat follow sebabkan kerja dan ada urusan yang tak dapat nak dielakkan. Kami ke Beijing, China mengikut travel agensi. aiseyy mana nak tahu kan dulu guna travel agensi jew.. sekarang lah ada sket travel sendiri (bag packer). Tapi masih jugak gunakan perkhidmatan travel agensi. Kami mengikut travel agensi TH Travel & Services


Pakej yang ditawarkan oleh TH Travel & Services sangat padat dan lengkap. Antara travel agensi yang menekankan perkara wajib umat Islam iaitu solat. Itu antara kelebihan yang TH Travel & Services tekan dalam perjalanan kami. Waktu solat sentiasa di titik beratkan. on time je kami akan singgah masjid atau surau untuk solat.  TH Travel membawa anda mengembara ke dunia tanpa sempadan disamping memastikan makanan halal dan kemudahan solat disediakan.Perkhidmatannya plak pun tip top, dari segi penginapan, kenderaan dan aturcara perjalanan. Semua lengkap dan teratur. 

Pada yang berminat boleh terus ke web site TH Travel, bukan sahaja untuk umrah atau haji malah TH Travel juga menyediakan perkhidmatan perlancongan seluruh dunia. 

TH Travel & Services Sdn. Bhd


BEIJINGDAY 1 : Kuala Lumpur – Beijing

Kami  sampai Beijing International Airport terus dibawa melawat ke Tian An Men Square. Tempat wajib pergi tau kalau datang BeijingDataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina.  Begitu jugak dengan Forbidden City merupakan tempat peninggalan sejarah bagi negara China. Disitu tempat dimana pemerintahan Dinasti China (istana) dan juga merupakan tempat larangan.  Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun. Sangat ramai pelancong pastikan korang ingat warna/logo bendara travel agent tau. 

Selain itu kami dibawa ke  Niujie Mosque untuk menunaikan solat jamak. Ini lah kelebihan Islam kerana ia tidak membebankan hamba-Nya, jika cukup 90 marhalah boleh menunaikan jamak. Kami juga dibawa shopping ke Muslim Super Market, disini menjual barangan basah dan kering yang pasti Halal. Macam pasaraya jugak lah sebenarnya, diorang bawa kesini untuk kita membeli belah makanan yang halal. So beli lah siap-siap kot dalam perjalanan nanti lapar kan sementara menunggu waktu makan yang disediakan. Antara lokasi lain kami kungi adalah Famous Silk Show Room dan Enjoy Traditional Free Foot Massage.


Dibawah adalah tentatif lokasi menarik yang telah kami lawati sepanjang percutian keluarga ke Beijing, China mengikut TH Travel

DAY 2 : Beijing (B/L/D)
Visit Great Wall of China and Burning Cream Center • Shopping at Jade Center and Crystal Shop.

DAY 3 : Beijing (B/L/D)
Visit Summer Palace and Ma Dian Mosque • Enjoy Tea Ceremony at Tea House


DAY 4 : Beijing (B/L/D)
Visit the Olympic Village with it’s Bird’s Nest Stadium & Water Cube from outside. • Visit Jewelry Shop and Bamboo Charcoal Ware Shop • Shopping at Ya Show Market

DAY 5 : Beijing (B/L/D)
• Full day shopping at Yashow and Xiushui Market

DAY 6 : Beijing – Kuala Lumpur (B/L)
Free & Easy until Transfer to Airport 

Maaf tak dapat Mrsyanie story setiap perjalanan kami kerana ada beberapa waktu perjalanan yang Mrsyanei lupa kerana agak lama, ini hanyalah untuk throwback. Tapi hanya ingat lokasi sahaja. Moga ia menjadi panduan tentatif yang korang leh follow jika nak travel backpacker ataupun korang boleh ikut TH Travel.

Jom layan gambar kami sekeluarga di Beijing, China :-



Didepan bas pelancong yang telah membawa kami pusing satu Beijing, China

Gambar dibawah pula adalah di Jade Center and Crystal Shop. Korang boleh shopping jade asli dan crystal yang menarik. Cuma harga jew agak mahal berbanding tempat lain kerana ia adalah berkualiti dan dijaga dengan baik.

Cara pembuatan juga dipamerkan bagi tontonan pengunjung. Hanya boleh didapati di Jade Center and Crystal Shop. Ketilitian yang sangat penting, disebabkan itu lah harga nya agak mahal berbanding tempat lain. 

Kalu datang Beijing, China ke tak sah kalu korang tak kunjungi sendiiri Great Wall of China yang merupakan mercu tanda bagi Negara China.  Great Wall of China  melambangkan kejayaan Negara China dalam seni pembinaan yang merupakan seni pembinaan yang terawal dan tembok yang paling panjang dengan hasil tenaga manusia pada zaman dahulu. Ianya dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming. (Selanjutnya boleh google : https://ms.wikipedia.org/wiki/Tembok_Besar_China)



Sempat kami sambut birthday adik Mrsyanie pada 3 Jun. Sangat sedap keknya dan itulah pertama kali Mrsyanie jumpa lilin yang boleh kembang berbentuk bunga. Kini dah boleh dapat di Malaysia.

Adik beradik, kakak dan adik yang membuka restaurant halal di Beijing, China. Samalah kami pun adik dengan kakak yang membuat perniagaan online fashion muslimah, Dreams Fairy Boutique. Moga berjaya seperti mereka. aamin.

Serba sedikit story dan gambar yang boleh Msryanie share kan bersama walaupun dah bertahun yang lalu. Time bujang ni, sekarang dah kawin hampir 5 tahun hihi. 🙂 Happy Travel.


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

See also  Melawan Fobia Gayat di Sky Tower Melaka

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*