Hong Kong Macau Trip | Part 3 | Macau | Senado Square | Ruins of St. Paul | The Venetion

Assalammualaikum w.b.t

Hong Kong Macau Trip | Part 3 | Macau | Selepas kami cek in hotel rehat kejap jew, pastu terus keluar ke Senado Square untuk kami cari makan. Sebelum keluar hotel kami siap-siap alas perut dengan manggi dan biskut yang dibawa. Yelah Macau antara negara yang sangat susah untuk mencari makanan halal, yang tak halal banyak lah hihi.. Tapi kat Senado Square ada makanan halal???? Antara lokasi wajib?

Senado Square

Yeazaa dekat Senado Square ada makan halal tapi sebelum itu mai tengok gambar Senado Square dulu..hihi Macau merupakan bekas tanah jajahan Portugis, kebanyakkan nama yang terdapat disini adalah bekas tinggalan Portugis. Tengok sahaja bangunan yang terdapat disini adalah peninggalan sejarah Portugis.

Makanan halal di Macau yang Mrsyanie katakan adalah Arabian Kebab, yang merupakan makan halal yang terdapat di Senado Square. Tidak jauh dari dataran Senado Square. Kalau korang nak cari kedainya kecil jew tapi landmark nya adalah bangunan dibawah, iaitu Teatro Capitol. Bukan didalam bangunan tapi disisi bangunan. 

Ini lah kedainya..

Harga Set Kebab MIx:
 HKD 35 (lebih kurang RM15)

Di Macau banyak peniaga buah-buahan, mungkin sebab mereka suka makan buah kot.. Terjumpa plak buah Manggis di Macau..weee… Rindu Malaysia tengok buah Manggis..hihihi Lupa lak bagitahu, Mrsyanie jumpa Buah Durian di Hong Kong tau. Tapi tak ada bau , pergg bangga lah dok Malaysia sebab nikmat buah-buahan nya terbaik…hihi
Ruins of St. Paul
Dari Senado Square tidak jauh untuk ke Ruins of St. Paul yang merupakan tempat peninggalan sejarah gereja bagi Portugis. Kalau nak ke Ruins of St. Paul korang akan lalu lorong yang menjual pelbagai cenderahati dan banyak jugak yang menjual daging salai. Bau dia tak tahan plak rasanya..hihih Kalau nak cari cenderahati untuk dibawa pulang korang boleh cari disini. Antara yang menarik adalah cenderahti berbentuk Chip (token judi) tapi ingat jangan buat judi sudah hihih…hanya hiasan atau kenangan sahaja.

The Venetian
Dalam sehari banyak tepat kami pergi, sebab kami hanya tinggal 1 malam sahaj di Macau. Selesai jalan area Senado Square, antara tempat mesti tengok adalah Venetian Macau. Disini bangunannya sangat cantik dan unik. Kami jalan balik ke hotel untuk naik bas area hotel. Sebelum itu kami tanya pihak hotel bagaimana ke Venetian. Kalau korang nak ke Venetian pastikan sebelum jam 6.00pm tau. Ke Venetian terdapat bas shuttle free jew kesana, atau korang boleh naik bas shuttle Galaxy Macau. Sebab bangunan nya bersebelahan tapi jauh sket jalan sebab lokasi setiap nya sangat besar. Pihak hotel bagitahu yang bas shuttle ke Venetian last adalah jam 630 pm. Agak lama jugak kami tunggu tapi bas nya xda pun lalu.huhuh rasanya mungkin sebab terlalu sesak disitu. Dah tunggu hampir 30 minit kami amik keputusan naik teksi ke sana. Patah balik ke hotel mintak hotel call kan teksi.huhuhu
Harga tambang Teksi:
Hotel ke The Venetian: HKD 65 
Hard Rock ke Hotel : HKD 73

Ini lah bas shuttle The Venetian.
Galaxy Macau
The Venetian Macau

City Of Dreams Macau

Hard Rock Macau

The Venetian, Galxy, dan City of Dreams ini merupakan tempat perjudian (casino) yang terbesar. Tidak dapat disangkal lagi bahawa Macau merupakan negari yang kaya dengan tempat perjudian.Bukan sahaja di lokasi Estrada da Baia de Nossa Senhora da Esperanc  tetapi kebanyakkan kawasan Macau terdapat tempat perjudian. 
Di Macau bukan sahaja tempat casino, terdapat jua aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dijalankan disini seperti Bungee Jumping yang boleh dijalankan di Tower Macau, pertunjukkan air dan pelbagai lagi tempat menarik. Tapi kalau sehari tak cukup untuk pusing Macau.hihi Jadi kami pergi tempat yang antara femes di Macau hihih.
Selesai jelajah kami, pulang ke hotel dengan menaiki teksi di depan Hard Rock Hotel.:) Seharian kami di Bandar Macau, keesokkannya kami perlu pulang semula ke HK. Tiket ferry jam 12.00 pm juga kami ambil untuk ke HK.
**sambung Last in Macau 
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
See also  Masakan Padang Halal Di Bali Restoran Natrabu Minang

2 Comments

  1. wahh.. cantiknya The Vanetian tu.. klasik ekk..? siap ada boat mcm kat The Mines eh… 🙂
    pandai Macau tarik pelancong datang walaupun terkenal dgn tempat perjudian mewah, tapi masih ada tempat yg menarik jg untuk pelancong luar…..

    tahniah Yanie.. good entry… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*