Kuching, Sarawak | Holiday | Part 1 | Town

Assalammualaikum w.b.t
Yeahh akhir mood sampai untuk ceritakan pasal travel ke Sarawak ahhahaha..saje je tu untuk mulakan ayat.. (tangan atas bahu, mata ke atas) Alhamdulillah dapat gak ke Sarawak..dah memusing 1Malaysia..yahoooo!! im Malaysian… cewahhh..ni sebab tiket murah Airasia..kalu tak,,ermmm lambt lah sket sampai nye.hihihi
Pasni nak try Firefly atau Malindo ke..hihihi..kasi harga murah tau..Leh mrsyanie jalan jalan lagi..Banyak lagi tempat nak pi ni..wahh kalu holiday laju je.. bab keje malas..ermm ada tak sapa sapa nak kasi wit tak yah keje hahahah…travel je keje nye..ok gak kan..ok ok ok fokus…

Date Travel: 30 April 2014- 3 Mei 2014
Lokasi: Kuching, Sarawak
Travel agensi:  Amogha Tours & Travel
( En. Aszlan & En. Ismuni)
Kali ni travel kami gunakan trvel agensi..ok tiket beli sendiri just trip kat sana sahaja kami gunakan agensi..agensi ni member mrsyanie yang kenalkan.. tq so much Farina. Kalu dia tak cter kompom kami travel sendiri. Mungkin banyak tempat tak dapat pi. Sabah dulu kami pi sendiri, drive sendiri sampai sna.. Kali ni Sarawak amik travel agensi plak. ada beza kedua-dua nya tapi yang samanya best holiday.. Travel sendiri memang kena kerja kuat sket untuk drive, cari jalan.tapi enjoy.. kalu travel ni easy travel.ada orang bawakan dan tak payah pikir untuk ke tempat yang nak dipergi. Tapi kedua dua nya memang enjoy dan ada kenangan masing masing… kalu korg sebelum ni selalu travel sendiri, y not try travel lak..sekali skala kan. Enjoy yang penting!!!
Harga tiket kami (beli hampir setahun uu) RM60++. Ni kira up sket dari Sabah, time ke Sabaha tiket kami hanya RM28++ pergi balik sorang. tapi tak pe masih murah tau..sekarang tiket dah naik harga..Kena tunggu promosi ni..hope firefly and Malindo buat murah cam Airasia jugak..Nak try aura lain sket..

30 APRIL, kami naik flight jam 630 am. kena boarding awal. Sampai sana lebih kurang 1 1/2 – 2 jam. (Lebih kurang).. Sampai sana je dah siap En.aszlan dan En.Ismuni tunggu..yang best nya kalu ikut travel agensi siap ada pegang tag nama mrsyanie lagi..hayani & party.. selalu tengok orang lain je nama naikkan..ni nama kita plak djemput weee.. (ok jakun sket).. walaupun kami hanya b3 je.dapat gak harga murah..
Time tu lah 1st time bersemuka dengan Aszlan (Lan), selalunya kami whatsapp jew atau facebook..tapi jumpa kejap je coz dia nak ke Brunei plak..(dalam hati mbuak buak nak ke Brunei plak) siap pesan kat Lan story tempat best kat sana..hihihi mana tau duit jatuh ke riba leh gi Brunei plak.. (*_*). Kami dikenalkan dengan En.Ismuni. Nampak macam garang je tapi memang peramah dan sproting!! Memang enjoy lah.. Siap mrlaling kata abislah..rupanya baik sangat dan peramah sangat. Kalu nak ke Sarawak lagi dengan travel Amoga nak request En.Ismuni jadi travel guide kami.. hihih.. 
Sampai je kami dah ada jadual yang ditetapkan..Jadual dibuat ikut kehendak atau request dari kami. Mengikut kesesuaian travel kami. Dah lah murah pakej nya leh plak ikut jadual sendiri..best kan travel agensi ni.. mrsyanie leh syorkan Amoga travel ni..memang terbaik!!! Korang boleh hubungi En.Aszlan .  Kami dibawa pusing town Kuching. Melihat tempat bersejarah dan antara banguna tertua yang ada di Kuching Sarawak. Yang bestnya ikut travel ni setiap sejarahnya diceritakan oleh travel giude kami En.Ismuni. Tq En.Ismuni.  tapi sebelum kami dibawa pusing pusing town, kami dibawa sarapan pagi (by own money) sebab kami tak amik pakej yang sekali makan. tapi kami dberi makan lunch percuma 2 kali..weee best sungguh!!!
Kami sarapan kat kedai mamak jew..tapi tak lah cam mamak kat semenanjung..kedai cam kedai melayu je..makan roti canai yang sedap sebab kurang minyak dan ranggup..i like!! alamak cam tetiba lapo je ni..ohh no tak leh cter pasal makan lelebih ni..
Kami dibawa pusing town.. mrsyanie snap pict dari dalam van je ada sesetangah bangunan tu..Korang kalu nak request berhenti pun boleh.tapi kami nak teruskan pjalan untuk ke muzium dan banyak tempat lagi hihih..
Antara banguna sekitar town Kuching, Sarawak:

Sepanjang perjalan kecoh lah kami dok bercerita ehh banguna tu ehh ada tu ehh ada ni..hahaha pastu dengan dengar en.Ismuni bercerita mengenai sejarah nama Kuching dberikan..hihi ”Ada pendapat yang menyatakan bahawa Kuching mendapat nama sempena sebatang sungai kecil, Sungai Kuching yang mengalir di antara Muzium Cina dan Kuil Tua Pek Kong. Sungai Kuching pula barangkali memperoleh nama daripada Kucing Hutan yang kerap mengunjunginya. Sungai tersebut juga berhampiran dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok Buah Mata Kucing. Lantaran tersebut ianya diberi nama Bukit Mata Kucing.”
 Kami dibawa ke satu patung kucing yang dikatakan sekiranya ada sahaja perayaan seperti hari raya, patung kucing tu akan dpakaikan dengan baju perayaan tersebut..wahh kalu raya cina akan baju cina..menarik kan..time kami datang tak ada perayaan raya jadi tak berbaju lah kucing tu..weeee… kucing tu terletak ditown pekan cina. dekat dengan roundboard. kami benti je tepi jalan tu..agak terkejut sebab dekat pusingan roundboard kan.tapi en.Ismuni kata memang dah biasa situ tempat berhenti.kalu bas pun berhenti situ..tapi tak ada yang marah malah memahaminya..best !!!

Lepas bergambar kami dibawa ke Muzium Sarawak plak..Meow meow meow oklah nanti kita sambung plak story kami ke Muzium Sarawak dalam entry lain… Sebelum itu mesti ada yang tertanya tak cek in hotel dulu ke..hihih ni lah nama nye travel gler gler jalan..hahah kami tak cek in dulu..kami pi jalan dulu..sebab penat dah duduk dalam flight awal pagi kan..tido pun dah cukup..hahah layan berjalan dulu.. sayang masa tu..kang dah sampai hotel nak mandi lah pe lah kan..so baik kami jalan je dulu.. oklah nanti sambung cter ke Muzium Sarawak plak ye.. nantikan entry baru…..selalu ler buka blog mrsyanie tau..hihih.. tak sabar nak abiskan cter sebenarnya sebab pasni nak holiday ke morib gold coast plak..(^_^)v
daaa…. Assalammualaikum…
p/s: Kucing merupakan binatang yang sangat comel dan manja (ok tak ada kene mengena) (^_^)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*