Durian Crepe

Assalammualaikum
Lama dah mrs.yani xupdated kan..huhu maaf ye semua.. kebelakangan ini agak sibuk sedikit.. korang dah baca N3 mrs.yani yg lepas tak? alhamdulillah abah mrs.yani makin sihat .. tapi masih lagi dalam pemerhatian..jika luka makin baik insyAllah akan djalankan pembedahan untuk masukkan semula usus. doakan ye abah mrs.yani cepat sembuh,..amin..
korang mesti penah dengar ”Durian Crepe” kan?? hhehe a.k.a lemping durian…tengah hangat sekarang lemping durian tu…hari tu siap masuk dalam MHI tv3 lagi.. Ally siap rasa tu..hihih.. yang kelakarnya ada mat penjaga durian tu siap pakai kot nk masuk tv …heheh pembantu sukarela… oklah mrs.yani tak nak cerita pasal tu..ni nak cerita pasal cara-cara nak buat durian crepe..alah mesti ramai dah share kan caranya kan..tapi xpe nak gak share kan bersama-sama resepi dan cara-cara nak buat lemping durian a.k.a durian crepe..cewahh sedap sket dengar durian crepe…moden gitu…
bahan-bahan untuk kulit nya 🙂
untuk buat kulit durian crepe ada pelbagai jenis tuk penyediaan kulitnya.. so mrs.yani share kan 2 cara ye..hehehe…
Bahan Kulit 1:
– tepung gandum
– tepung jagung
– tepung ubi
– tepung kastard
– telur
– susu cair
– butter sedikit (cairkan tau)
– pewarna kuning
Bahan Kulit 2
– tepung gandum
– telur
– susu cair
– butter atau minyak biasa je..
– pewarna kuning
cara-cara nak sediakan kulit. 
1- korang campurkan semua bahan samaada pilihan pertama atau yang kedua. 
2- pastu blender dan tapiskan untuk dapatkan bacuhan yang halus
3- Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil. (nak guna kuali yang lain pun boleh tapi kene letak sedikit  
     minyak supaya tak melekat.
4- Tuang 1 senduk kecil atau separuh senduk besar dan ratakan hingga menjadi lemping a.k.a crepe. jangan
     terlalu tebal ye  dan tak yah nak terbalikkan coz jika nipis crepe tu akan masak sekali yang atas. angkat 
    dan sejukkan sebelum kita balut hihi
Filiing atau inti: bahanya 
– 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
– Isi Durian yg telah dilenyek.


Cara nak balut:

– Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.Lipat petak je.. pastu siap untuk dimakan..:)

** inilah hasilnya mrs.yani buat hihih **

See also  Resepi Butir Nangka Manisan Tradisional Kelantan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*