Assalammualaikum w.b.t
Restoran Chinese Muslim Mohammad Chow | Sebelum puasa hari itu, Mrsyanie sempat dinner bersama dengan keluarga kelab Blogger Ben Ashaari di sebuah restoran masakan cina iaitu Restoran Mohammad Chow. Memang dah lama teringin nak makan masakan Chinese macam di Hong Kong dan Beijing, sedapnya lah haih.. Tapi takkan bila teringin je nak kena travel jauh-jauh kan.. Sekarang di Malaysia pun telah banyak restoran masakan Chinese yang halal dibuka dan Restoran Mohammad Chow menjadi pilihan. Ianya terletak di Damansara Perdana, dekat jew tak perlu nak travel jauh-jauh semata-mata nak merasai sajian masakan Cina.
Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana
Teruja kan tengok gambar sajian dikala bulan puasa, dugaan sungguh rasanya. Tambahan pula memang dah tahu rasa keenakkan dan kesedapan sajiannya. Tergugat puasa ku, hihi Sekali sekala dapat tukar citarasa memang best, yelah selalu ”food hunter” masakan Melayu, barat danHipster gitu, kali ini kita kasi terjah masakan cina tetapi HALAL.
Tak susah pun nak cari restorannya sebab waze kan ada, waze je ”Restoran Mohammad Chow Damansara Perdana”. Arahan akan sampai depan restoran tau. Sepanjang Mrsyanie berada di sana, pelanggan tak putus-putus datang. Ada je yang datang untuk menikmati hidangan masakan cina Mohammad Chow. Jom lihat sajian apa yang Mrsyanie pilih:
Kerapu Ala Thai Fried (Rm6.00 setiap 100 gram)
Ketam Lak Chi (RM15.00 setiap 100g)

HK Roasted Duck
Prawn Butter Floss RM35.00
Ying Yong Kailan RM15.00
Nak tahu eknapa diberi nama Ying Yong ? Ini kerana Ying Yong adalah 2 perkara dalam satu, ibarat baik dan buruk gitu. Tapi untuk Ying Yong Kailan pula disediakan 2 jenis Kailan dalam satu pinggan dengan 2 rasa yang berbeza. Sedap tau!
Rendang Itik
Istimewa untuk bulan Ramadhan ini, restoran turut menyediakan Rendang Itik untuk semua pelanggan yang berminat untuk merasanya. Nyum nyum..

Fu Yong Omellete RM10.00
Sotong Nyonya RM18.00
Claypot Tofu RM12.00
Kebanyakkan sajian masakan cina tak pedas tetapi disini disediakan masakan pedas dan cili kepada pelanggan yang mengemari masakan pedas.
Menarik lagi disini adalah sajian minumannya, dengan pelbagai jenis perisa tau. Campuran yang sangat menarik dan membuka selera tambahan bulan puasa ni. Dibawah adalah gambar 7 minuman istimewa yang berbeza dan sebenarnya banyak lagi minuman yang lain dari lain. Jangan risau semuanya sedap!
Bulan Ramadhan ini restoran turut menyediakan pakej set Ramadhan yang menarik. Tak perlu pikir menu apa yang nak dipilih, ambil je set senang.
PAKEJ SET RAMADHAN
Set A – RM98.00 (3-4 orang)
Chicken Butter Milk Sos
Fish Fillet Nyoya
Sotong Salted Egg
Chip Choy Soup
Set B – RM198 (4-6 orang)
Rendang Itik @ HK Roasted Duck
Prawn Butter Floss
Fish Fillet Ginger
Tomyam Seafood
Brocolli Mushroom Oyster Sauce
Set C – RM298 (6-8 orang)
Siakap Ala Thai Steam
Rendang Itik @ Hk Roasted Duck
Chicken Ying Yong
Hot Plate Tofo
Sotong Salted Egg
Prawn Butter Milk Sos
Tomyam Seafood
Set D – RM398 (8-10 orang)
Kerapu Ala Thai Fried
Ketam Nipah
Prawn Nestum Butter
Sotong Nyoya
Tofo Claypot
Mix Vege Garlic
Ying Yong Garlic
Omellte Fu Yong
Restoran juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah, bukan sahaja untuk berbuka malah sahur pun disediakan. Restoran akan dibuka seawal jam 3.00 pagi untuk sahur sehingga azan Subuh. Tak ada dah alasan tak bersahur ye, call je untuk tempahan tau. Lagi satu Mrsyanie nak kongsikan dengan korang iaitu Tapoww! XL disedikan untuk sajian delivery bagi 8-10 orang. Wow untuk keluarga besar atau nak makan dengan kawan-kawan dirumah order sahaja set Tapoww! XL.
Untuk maklumat lanjut:
Mohammad Chow Restaurant
Alamat: 3-1, Jalan PJU 8/5H,
Damansara Perdana Business Center,
47820 Petaling Jaya, Malaysia.
No Telefon: +603 773 16383
+6010 701 5221
Email: mohammadchow@gmail.com
Website : www.mohammadchow.com
Facebook : Mohammad Chow Restaurant
Instagram : mohammadchow
Baru bukak puasa dah lapar balik baca entry ni ;’) Btw lamanya tak singgah blog ni. :’) Selamat berpuasa sis !
Sedapnyaaaa. Harga pun berpatutan
Tengok tofu claypot tu terbayang kuah nya yg likat.. sedapp
Sedapnya lahai. Nanti ada masa boleh lah berbuka puasa dekat sini 🙂
Nak butter chicken!! Huwaaaa sedap gilosssss