Ice Bucket Menjadi Kegilaan Ramai

Assalammualaikum w.b.t

Ice Bucket Menjadi Kegilaan Ramai | Tengok sahaj gambar pun rasa dah teringin tau, macam tu lah mulanya Mrsyanie tergoda dengan Ice Bucket. Menjadi viral jugak lah kerana penyediaan ice balded dalam bucket besar dan penuh dengan buah-buahan serta limpahan syrup strawberry atau coklat. Siapa tak tergoda kan, mesti nak mencuba walaupun sekali. Jadi sebelum puasa hari itu, Mrsyanie ajak adik-adik yang gila-gila bab makan ni ke Aeon Mall Shah Alam untuk merasainya sendiri. Adakah seperti yang diviralkan tu?

ice bucket yanieyusuf10
Ice Bucket

Ice Bucket

Lepas jugak mengidam nak rasa Ice Bucket yang kini dibuka di Aeon Mall Shah Alam. Kalau korang nak tahu Ice Bucket yang di Shah Alam adalah cawnagan yang kedua dan Ice Bucket pertama di buka di Aeon Klebang Ipoh. Ianya menjadi viral sejak pembukaan di Shah Alam kerana menjadi tarikan utama para remaja.

ice bucket yanieyusuf11
Ice Bucket

Ice Bucket Cawangan Shah Alam

Memang ramai sampai kena beratur untuk dapatkan tempat duduk. Msryanie beratur hampir 10 minit jugak menunggu untuk dapatkan tempat kosong. Tapi disebabkan dah sampai gagahkan jugak beratur untuk merasai sendiri ice bucket yang menjadi bualan ramai di media sosial kan. Bila dah dapat tempat duduk cepat-cepat kami order, yelah takut lak sampai lambat kan. Tapi yang menariknya korang tak pelru tunggu lama untuk dapatkan menu yang korang order tau, memang pantas diorang siapkan. Fuh sejuk hati bila tengok menu yang diorder sampai dengan cepat. Teruja tengok ice bucket yang penuh, siap Mrsyanie tanya adik ” boleh ke habiskan?” hihi..

See also  Bond with TLC Party
7
Ice Bucket

Pilihan kami adalah Ice Fruit Bucket #AB02, dan mesti korang tertanya naper tak order coklat kan? Memang nak order coklat sebab coklat adalah kegemaran kami adik beradik tapi disesbakan Syima Yusuf dah pernah rasa coklat kami buat pilihan selain coklat. Jadi semua dapat merasai kan hihi Baik tak kakak dia ni  (dalam hati huwaa nak coklat huhu)..

Ice Fruit Bucket rm 29.90

ice bucket yanieyusuf3
Ice Fruit Bucket #AB02
ice bucket yanieyusuf2
Ice Fruit Bucket #AB02
ice bucket yanieyusuf9
YanieYusuf with Ice Bucket
ice bucket yanieyusuf1
Syima Yusuf rakus dengan senduknya hihi

Selain dari ice bucket terdapat jugak minuman lain seperti milkshake, ice blended, jus buah dan minuman lain dengan pelbagai perisa dan jenis. Mrsyanie order juga milkshare kerana dihidangkan dalam bucket kecil penuh dengan ice tau. Menarik! Rasanya pun sedap dan lemak ..nyum nyum..

Yam Milkshake RM9.90

ice bucket yanieyusuf8
Yam Milkshake

Pasta Homemade Mushroom Sauce With Roasted Chicken  RM 17.90

ice bucket yanieyusuf5
Pasta Homemade Mushroom Sauce With Roasted Chicken
ice bucket yanieyusuf4
Pasta Homemade Mushroom Sauce With Roasted Chicken

Patutlah ice bucket diviralkan sebab memang puas hati dapat rasa ice bucketnya, penuh dengan bahan-bahan dan rasa nyum nyum sedap! Makan juga cukup rasa dan sedap, lagi menyelerakan je bila buat entry waktu puasa ni kan. Tergugat rasa nya tengok gambar sajian disini. Waktu operasi adalah 10. 00 pagi sehingga 10.00 malam jadi korang boleh datang berbuka disini..hihi

Untuk maklumat lanjut:

Ice Bucket Shah Alam

Alamat: Aeon Mall Shah Alam, 1, Jalan Akuatik 13/64,

                 Persiaran Akuatik, Seksyen 13,

                 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Facebook: Ice Bucket Malaysia

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

7 Comments

  1. Nipis pahala pose ari ni.. Hahah! Terliur melihatnya.. Dah la hari ni panas boleh tahan.. Balik dari kelas mandu tadi punyalah haus.. Sabar jela makyung.. Nasib tak berbuka.. Nyesal pulak tak cuba ice Bucket ni kat Aeon Klebang masa blk Ipoh hari tu.. Huhu.. Nanti balik raya wajib ajak encik somi gi try nih.. Glup!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*