Assalammualaikum w.b.t
Resepi Ala Shell Out Homemade | Mrsyanie suka sangat kalau dapat makan seafood tambahan sekarang tengah hot dengan Shell Out. Ada beberapa lokasi Mrsyanie dah buat ”food hunter” untuk merasai masakan Seafood Shell Out. Tapi kali ini agak berbeza kerana Mrsyanie yang akan memasak seafood ala shell out dengan rasa tersendiri.
Contents hide Seafood Ala Shell Out Homemade |
Resepi Seafood Ala Shell Out Homemade yang Mudah
Bukan takat shell out, ini dah kira macam Petron, Petronas, Caltex dah hihi.. Ok lawak hambar haha.. Mula sekali Mrsyanie kenalah mencari dulu resepi untuk masak shell out, sebab Mrsyanie bukan pandai sangat masak, makan je pandai ni. Banyak jugak rujukan resepi yang Mrsyanie buat antaranya dari blog Illyariffin , Niejamuhaimi , Sajakongsi dan banyak lagi blog yang sempat Mrsyanie terjah walaupun sekejap untuk mendapatkan resepi yang mudah dan ringkas. Akhirnya bila dah banyak sangat idea, pening Mrsyanie nak masak ikut resepi siapa ni?… Akhirnya Resepi Seafood Ala Shell Out Homemade versi YanieYusuf pun muncul.
Resepi Seafood Ala Shell Out Homemade yang ringkas versi YanieYusuf
Bahan-bahan Resepi Seafood Ala Shell Out Homemade :
- Bahan utama- Pelbagai jenis seafood (Ketam, Sotong, Udang)
- Sayur – Jagung, Brokoli, Tomato
- Lemon
- Cili kering (direbus)
- Bawang besar
- Bawang putih (dicincang)
- Kuib ikan bilis
- Italian herb
- Butter (ganti minyak)
- Perasa- garam
Seafood : Ketam, Sotong, Udang |
Bahan kisar: Bawnag besar, bawang putih, kuib ikan bilis, Italian herb, cili kering |
Membuat air rebusan untuk Ketam:
1) Rebuskan Ketam atau apa-apa sahaja seafood yang bercengkerang seperti Lala dalam air rebusan.
Cara-cara air rebusan: Masukkan air, perahan lemon, kuib ikan bilis, Italian herb dan sedikit garam.
Cara-cara membuat sos:
1) Kisarkan bawang besar, bawang putih (beberapa ulas sahaja), cili kering yang telah direbus.
* untuk yang suka pedas korang boleh masukan cili padi mengikut kepedasan yang korang suka untuk dikasar sekali.
2) Masukan butter kedalam kuali dan campurkan bahan kisar tadi. Masak sehingga naik bau dan minyak.
Bahan untuk dikisar: bawang besar, beberapa ulas bawang putih, cili kering dierbus |
Tumiskan bahan kisar dengan butter |
3) Masukan ketam yang telah direbus dan sotong kedalam kuali tumisan tadi dan digaul sehingga sebati.
4) Letakkan sedikit italian herb, air perahan lemon untuk menambahkan lagi aroma dan sedikit garam.
Dimasak sehingga sedikit kering, jika korang nak kuah tidak perlu lama untuk masak cukup sekadar sotong tadi masak. Tetapi Mrsyanie keringkan sedikit supaya lebih pekat dan sebati. Dan siap!!
Resepi Seafood Ala Shell Out Homemade |
Udang Goreng Butter:
Bagi udang pula Mrsyanie hanya buat goreng butter sahaja.Mudah sangat.
Masukan butter, bawang putih yang dicincang, udang dan sedikit garam. Korang boleh biarkan garing atau buatkan ianya berkuah sedikit, bagi Mrsyanie biarkan sedikit kuah untuk lainkan rasa dari sos tadi.
Udang goreng butter dan bawang putih |
Membuat air rebusan untuk Sayur:
Untuk sayur, korang boleh gunakan apa-apa sahaja sayur kegemaran tau. Mrsyanie gunakan Jagung, Brokoli dan Tomato. Bagi Jagung dan Brokoli rebuskan dalam air rebusan seperti air rebusan Ketam.
- Masukan air, garam, perahan Lemon dan Italian herb (tidak perlu kuib ikan bilis). Tomato hanya basuh dengan air garam dan jadikan seperti ulam.
Lebihkan sayur pun sedap tau seperti lobak merah, salad dan sebaginya. Sedap makan dengan nasi panas-panas dan tidak perlu juadah lauk yang lain. Kalau korang nak perasaan makan shell out seperti di restoran korang boleh hidangkan atas meja yang beralas. Tapi sebabkan bajet tak payah beli alas, gunakan je pinggan yang ada didapur.hihi.. Cari pinggan besar letakan semua masakan tadi. Udang pun dicampurkan sekali.
Seafood Ala Shell Out Homemade |
Seafood Ala Shell Out Homemade |
Memang puas hati dapat makan dan sebenarnya korang boleh buat sos sendiri ikut kesukaan korang. Contoh sos yang korang boleh buat adalah Shell out Asam Pedas dan sebagainya. Harga kos untuk makan 2 orang tak sampai RM 50.00 tau (seperti kuantiti dalam gambar diatas). Sebenarnya bukan untuk 2 orang makan tu, Mrsyanie siap bekalkan hantar rumah MakAbah tau hihi.
Nak masak tak susah pun, janji selera dengan tekak untuk makan sendiri dan rajin.. Selamat mencuba dan terima kasih korang 🙂
Resepi Seafood Ala Shell Out Homemade
Till Next Entry ye!!!
fuhhhhh ,,,sedaaaaapppp nyaaaa
Alahaiiii…sedap nya..lapaq la tengok ni.
Amboi. Sedap betul ni.
Weekend2 ni boleh la buat tp kena cari bahan dulu la. Hihihi. 😉