Assalammualaikum w.b.t
Kemeriahan Ramadhan Bersama PICC | Memang Mrsyanie target tahun ini untuk merasai sendiri menu yang disajikan oleh PICC dan tahun ini adalah tahun pertama Mrsyanie dapat turut serta dalam Pre-Ramadhan bersama PICC. Kalau korang nak tahu, setiap tahun PICC akan mengadakan Buffet Ramadhan yang penuh dengan sajian dan berbaloi harga. Kiranya PICC adalah ”hot place” untuk berbuka puasa tau. Akhirnya tahun ini dapat Mrsyanie merasai kemeriahan Pre-Ramadhan bersama PICC. Adakah ianya menepati citarasa Mrsyanie?
PICC Buffet Ramadhan 2016 Penuh Kelainan
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau singkatannya PICC tidak pernah lepaskan peluang untuk menyajikan lebih 300 juadah makanan termasuk beberapa jenis juadah berkonsepkan ala-warung untuk para pelanggan yang hadir.
Tahun 2016 PICC menyediakan sesuatu kelainan dimana mereka bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa tetapi terdapat beberapa program lain yang akan diadakan bersama. Sebelum itu tak sah kan kalau Mrsyanie tak ceritakan pasal menu yang bakal disajikan kepada para pelanggan sewaktu Ramadhan nanti. Tahun ini konsep yang ditekankan adalah ”Hidangan Tradisi Warisan Budaya”.
Disini juga terdapat menu stesen istimewa iaitu ”Kawah Warisan” yang bakal disajikan kepada para pengunjung di PICC sepanjang bulan Ramadhan 2016 dan pelbagai lagi juadah yang akan disediakan. Tengok sahaja gambar ni, rasa lapar pulak. Terasa kesedapan setiap sajian di PICC dan semestinya menepati citrasa Mrsyanie. Rasa tamak nak makan semua tau ari tu, ada satay, kebab, ayam percik dan sebaginya. super nyum nyum.
Menurut Chef Anuar, Pengurus Besar Operasi F&B mereka akan menyediakan menu utama iaitu Kambing Panggang yang akan disajikan setiap hari dengan pelbagai jenis resepi rempah ratus dan aromanya. Seperti tahun yang lepas menurutnya lagi mereka akan menyediakan stesen ”Aneka Panggang” yang turut menghidangkan ikan bakar dan pelbagai jenis pilihan lain.
Memang puas hati dapat berbuka disini dan jangan risau disini juga terdapat kemudahan surau yang besar dan selesa, telekung solat juga disediakan untuk wanita tau. Memang selesa sebab Mrsyanie bekersempatan untuk solat disini sewaktu Pre Ramadhan diadakan.
Program dan Jemputan Artis di PICC
Seperti yang Mrsyanie bagitahu tadi, PICC juga menyediakan pelbagai program lain sepanjang bulan Ramadhan. Antara program yang dianjurkan oleh PICC sepanjang Bulan Ramadhan:
- Gerai jualan – Bazaar PICC (Bermula 25 Mei sehingga 03 Julai 2016)
- Majlis Iftar Amal Wakaf Bersama Ustaz Don (18hb Jun 2016)
- Majlis Iftar Akustika Bersama Zamani dan Mawi (22 Jun 2016)
- Majlis Iftar Amal Bersama Anak Anak Yatim
- Persembahan Qasidah dari Afad , Rabbani dan Pawana (sepanjang Ramadan)
Selain itu, PICC juga menyediakan pakej Iftar Private. Khas untuk tempahan minimum 100 orang dimana mereka akan menyediakan lokasi khas, pelbagai jenis juadah dan kemudahan seperti projector dan PA system. Selain itu, PICC akan memberi percuma air kordial, wifi dan menyediakan tempat solat khas dengan hanya RM99.00 seorang.
Pakej Harga & Hadiah
Buat pengunjung PICC tahun ini, korang sangat bertuah kerana korang berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupaya wang tunai dan banyak lagi hadiah menarik tau. Pastikan korang simpan resit pembayaran tau dan jangan lupa untuk isi borang penyertaan. Sambil makan, sambil berpeluang menang hadiah. Wow!!
Harga bagi buffet Ramadhan adalah RM98.00 (dewasa) dan RM49.00 (kanak-kanak: 6-12 tahun). Ianya akan bermula pada 8hb Jun sehingga 3hb Julai 2016, dari jam 7 malam hingga 10 malam.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan buffet:
PICC Putrajaya
Alamat: Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd,
Presint 5 62000, Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No Tel: 03 88876000
Website: www.ticketonline.my/PICC
Facebook: PICCMALAYSIA
Instagram: @piccmalaysia
Till Next Entry ye!!!
Bestnya….
JM singgah http://jmbelog.blogspot.my/
hanya mampu melihat. semakin hari semakin mahal harga buffet ramadhan ni ye. Apa pun terpulang pada diri sendiri. Kalau dah mampu, apa salahnya.
baru ni buat kat ruang legar. kemeriahan kurang terasa. tunggu bln puasa nnti. buat dlm cafe.. baru best!!!
wahhhh best nya…cute nya dessert konsep one bite kan….
picc antara lokasi buka puasa yang best juga
Wah tak sangka PICC ada hidang mknn mcm ni ye. Nice
Menyelerakan. Saya pergi mana2 mmg suka tgk keindahan surau…
Semua nampak sedap! Surau selesa tu penting time nak berbuka puasa