Assalammualaikum w.b.t
Ramly Burger Mengecewakan? | Siapa yang tak kenal dengan nama pengeluar burger tempatan iaitu Ramli Burger. Mrsyanie kalau beli daging burger yang beku mesti akan cari jenama Ramly. Memang tak asing lagi dengan kehidupan Mrsyanie. Tetapi kenapa sekarang Ramly Burger makin diambang kejatuhan dan mengecewakan?
Ramly Burger
Sebenarnya masih lagi kuat jenama Ramly di pasaran Malaysia terutamanya. Sewaktu balik dari event Legoland yang lepas, Mrsyanie sempat singgah di salah sebuah rnr selatan ke utara untuk isi perut yang kelaparan. Ternampak restorant Ramly yang memang lama dah Msryanie nak rasa sendiri burger siap dimasak. Adakah ianya sama seperti burger ternama yang lain?
Wah sampai je pintu depan, ramai sedang beratur. Mendapat galakkan yang tinggi dari pelanggan tetapi bila lama kena tunggu mula lah Mrsyanie panas kaki. Kaunter yang dibuka hanya 2 kaunter shaja dan 1 kaunter tu alahai mungkin pekerja baru. Sabar dulu, gigih beratur ni dan Mrsyanie cuba tenangkan diri mungkin pekerja pun berkurangan. Cuba berada disituasi pekerja. Alhamdulillah kesabaran makin tinggi dan sampai giliran Mrsyanie. Pilih order tetapi ada yang Mrsyanie nak tu dah habis stok, tak pelah tak ada rezeki. Jadi Mrsyanie pun buat pilihan yang lain dengan harapan rasa keenakkan burger tak mengecewakan.
Kami bungkus je sebab dah lama sangat, Mrlaling dah siap makan (dah habis makan nasi) pun. Mrsyanie order RR Grilled Chicken Combo Set RM 6.04 + RR Nestle NPRO Lemonade ice RM2.12. Mrsyanie order set dan agak kecewa dengan air set yang dibekalkan dengan harga RM2.12 tau. Bukan sebab harga tetapi kuantiti dan bekas yang diberikan Kecil je cupnya. huhu Tak pelah mungkin itu bajet nya.
Buka lah makanan yang siap dibungkus, nasib baik lah rasanya sedap. Bagi Mrsyanie boleh lah dari kekecewaan tadi. hihi Mrsyanie juga beli satay, nyum sedap. Sejuk hati ini bila menu makanannya boleh menepati rasa yang enak. Dibawah gambar sandwich dari Ramly, Mrsyanie order burger tapi tak sempat ambil gambar sebab dah lapar sangat. hihi
Sebenarnya kita patut memberi sokongan kepada produk tempatan khususnya, dan moga syarikat Ramly dapat memberi penambahbaikkan dalam mutu perkhidmatan dan meningkatkan mutu kualiti makanan dan minuman.
Korang patut mencuba sendiri keenakkan rasa menu keluaran Ramly dan bukan burger sahaja, terdapat menu lain juga.
Untuk maklumat lanjut:
Website: http://www.ramly.com.my/
SUKA MAKAN KAT BANGI..tak banyak restorannya..kene banyyakn cawangan selain gerai tepi jalan. Insyaallah boleh maju !
Lama dah x food hunting kak.. T_T
Sedapnya sate tu.. Teringin pulak dah… Hihi
walaupun ramly burger ada beroperasi kat rnr gurun (dkt dengan rumah), tapi saya tak pernah mencuba sebab saya cepat muak bila makan burger. I think that i should take a first try in tasting ramly's burger. thank you yaa kak nani sebab update entry ni
belum pernah makan lagi
wahh dah terliur tengok ~
Wow. nampak sedap je burger tu?Aksesori GoPro, Xiaomi Yi, SJCAM dan Gadget – klik sini