Assalammualaikum w.b.t
Kuey Teow Celup Thailand | Pernah korang dengar tak menu Kuey Teow Celup ? Selalunya orang akan jual Mee Celup. Tapi Mrsyanie tak makan mee kuning, jadinya tukar kepada Kuey Teow Celup dan Kuey Teow Celup Paling Sedap yang Mrsyanie pernah jumpa adalah di Tanjung Malim.
Kuey Teow Celup Thailand
Mau tak mengidam, memang sedap supnya. Rasanya lain dari yang lain, tak seperti sup celup yang Mrsyanie pernah jumpa. Kenapa Kuey Teow Celup Thailand? Sebab tukang masaknya berasal dari Thailand tau. Bukan sahaja Kuey Teow, korang juga boleh gantikan dengan nasi. Dah jadi bubur nasi dengan sup celupnya memang terangkat tau rasa sedapnya. Yang uniknya, Kuey Teow Celup ditambah dengan lobak masin. Sealu Mrsyanie jumpa makan lobak masin dengan bubur nasi tapi disini korang dapat rasa Kuey Teow Celup dengan bahan lobak masin. Terliur rasanya!!
Sup pula tidak seperti sup di Malaysia. Lebih light dan tidak rasa berlemak. Rasa bahan-bahan tumisnya dapat dirasa dan kuat rasa lada hitam. Makan panas-panas memang boleh berpeluh, siapa yang deman makan bubur nasi sup celup boleh naikkan balik selera makan tau. Sabar Mrsyanie.. Kang baju tak muat lak. huhu
Restoran Sinaran Baru Tomyam
Lokasi: Tanjung Malim, Perak
(landmark: Depan Sekolah Menengah JK Kathalik, Tanjung Malim.)
Till Next Entry ye!!!
Suka lobak masin.. tapi sup nya nampak gelap sebab apa ek.. lada hitam kut..
sedapnya… mmg fav k.sheila ni… 🙂
Wah nampak sedap…nanti la in sha Allah nak singgah restoren tu…
terliur tgk!
menggodaaaa ni… ehehe.. CT masukkan link kat geng kaki travel kat blog CT =)