Assalammualaikum w.b.t
Chemistry Lab Cafe | Mesti ramai yang dah tahu mengenai Chemistry Lab Cafe kan? Mrsyanie lama tahu tentang keunikkan Chemistry Lab Cafe dalam menyediakan menunya. Dengan menggunakan peralatan dari makmal seperti Bikar, Kelalang kon dan sebagainya. Sabtu yang lepas, Mrsyanie dapat merasinya sendiri keunikkan Chemistry Lab Cafe.
Chemistry Lab Cafe
![]() |
Abaikan pipi yang semakin bambam tu ye huhu |
Agak tertarik dengan konsep yang disajikan oleh Chemistry Lab Cafe. Tambahan pula Mrsyanie kerja pun berkaitan dengan peralatan makmal. Teruja lah kejap!Lama dah nak pergi tapi tak terpergi hihi sehinggalah adik Mrsyanie seorang tu beriya ajak hihih.. Chemistry Lab Cafe antara cafe yang sangat popular dikalangan remaja terutamanya di Shah Alam. Kini Chemistry Lab Cafe telah membuka satu lagi cawangannya di Bandar Baru Bangi.
Antara menu yang disajikan di Chemistry Lab Cafe. Konsep menu disini lebih kepada western dan santai dessert. Maknanya tidak banyak menu berat lebih kepada dessert. Deserrt paling best ialah COKLAT LAVA.
Apa tarikan nya? Ha ini lah dia tarikan sebenar Chemistry Lab Cafe. Bekas yang digunakan untuk hidangkan menu yang dipilih. Disini juga menekan kan konesp layan diri tetapi makanan dan minuman sahaja akan dihantar. Order perlu order sendiri di kaunter yang disediakan, pastikan korang ambil dulu no meja ye. Setiap pelayan disini akan memakai ‘lab coat’ yang menaikkan lagi suasana makmal cafe.
Deko nya juga sangat menarik dengan lukisan dan hiasan bertemakan makmal. Chemistry Lab Cafe boleh ditempah untuk mengadakan majlis seperti birthday party dan sebagainya.
Dah boleh lena tidur sebab dapat merasa dan merasai sendiri Lab Cafe. Rasa nak bawa je ‘lab coat’ dari pejabat hihi. Cafenya Sangat selesa dan santai! Oh harga disini agak exclusive tetapi masih mampu milik. Waktu operasi adalah setiap hari, Isnin hingga Jumaat (12pm-12am) dan Sabtu Ahad (10am-1am).
Untuk sebarang pertanyaan/tempahan:
Lokasi: 1)26 Jln Kristal J7/J,Seksyen7,ShahAlam
2)3A-57-01 Bangi Sentral,Seksyen9
Email: thechemistrycafe@gmail.com
Instagram : @chemistrycafe
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
cantik dekonya dan makanan pun menyelerakan
Ni Yanie nak makan ke.. lena dalam lab?? haha.. ingat lagi masa belajar Rampaian Sains sekolah menengah dulu..
Best giler cafe ni.. Ni rasa nak pergi terjah ni
seriously bila tengok nih rasa macam nak pergi jer..ehehe..makanan tolak tepi dulu ..deko tuh lawa,.hehe
yang yanie pergi ni branch mana? dulu ida pergi yg branch bangi, menu makanan xde semeriah ini.. ni yg kat shah alam ehhh