PROGRAM ZIKRA ‘JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF’ 2015 (PART2)

Assalammualaikum w.b.t



PROGRAM ZIKRA ‘JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF’ 2015 (PART2)| Siapa yang tak pernah bayar zakat??? uikk bahayanya.. hihih mesti ada yang bayar zakat kan. terutamanya wajib bulan Ramadhan, cuma masih ada lagi zakat yang perlu dituntut tau. Buat pengiraan jika anda layak membayara zakat, keluarkan lah zakat anda ye. 





Jelajah Ketiga: Lawatan penyerahan mock kunci rumah kepada En. Jali Kadio (Penerima bantuan bina rumah)

Penyerahan dilakukan oleh Mufti Diraja Negeri Selangor, Y.A.D Dato’ Setia Mohd Tamyes Wahid kepada penerima bantuan bina rumah. Alhamdulillah dengan zakat, bantuan yang diterima dapat membantu saudara seIslam kita dalam membina rumah Asnaf yang mempunyai tiga bilik yang bernilai RM48,800.00. 



Jelajah Keempat: Lawatan dan penyerahan bantuan kaki palsu kepada En.Saharune Abdul Kadir (Penerima bantuan zakat modal perniagaan)


En. Saharune merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang mana dilahirkan tanpa kaki kiri. Beliau telah menjalankan perniagaan sate untuk menampung sara kehidupannya sekeluarga. Permulaan perniagaannya dibantu oleh bantuan zakat bagi modal perniagaan dan kini beliau telah berjaya dan mempunyai 2 cawangan perniagaan sate. LZS telah mensasarkan bahawa En. Saharune akan keluar dari kelumpuk asnaf pada tahun 2015. aamin. 


Lawatan kali ini adalah untuk penyerahan kaki palsu buat En.Saharune yang telah disampaikan oleh pihak LZS. 




Inilah kaki palsu yang dibuat oleh En.Saharune bagi meneruskan rutin hariannya. Ianya diperbuat dari kayu Pokok Nangka. Alhamdulillah kini telah menerima kaki palsu bagi menggantikan kaki palsu pokok Nangka.



Mrsyanie sangat bangga dengan amanah yang dijalankan oleh Lembaga Zakat Selangor dalam mengagihkan keperluan zakat buat golongan asnaf. Dengan itu dapat memberi sinar kehidupan kepada yang memerlukan.



Jelajah Kelima: Lawatan ke Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor, Jalan Kebun, Klang.

Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor merupakan satu insentif yang dijalankan oleh LZS bagi membantu golongan warga emas dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Ianya dikenali sebagai Baitul Mawaddah (Bait Al-Mawaddah) yeng bermaksud Rumah Kasih Sayang. Memulakan operasi pada bulan Ogos 2014 dan kini menempatkan seramai 28 orang warga emas. 

Fokus LZS bukan lah untuk anak-anak menghantar ibubapa mereka disini kerana LZS berharap anak-anak sendiri yang menjaga ibubapa mereka kerana itu adalah tanggungjawab anak-anak. Betul orang kata anak-anak susah untuk menjaga ibu bapa, tetapi ibubapa sanggup menjaga anak-anak yang ramai. sedih sangat mendengar ada juga anak-anak yang tinggalkan ibubapa mereka begitu sahaja.






Antara kemudahan yang disediakan disini adalah surau untuk warga Baitul Mawaddah bersama-sama berjemaah, mini klinik dimana doktor akan datang setiap seminggu sekali untuk pemeriksaan kesihatan warga Baitul Mawaddah. Selain itu pusat Baitul Mawaddah juga menyediakan bilik fisioterapi. Semua perbelanjaan yang dijalankan adalah bantuan dari zakat yang dijalankan oleh LZS.

Jelajah Terakhir (Majlis Penutup): Di Maahad Intergrasi Tahfiz Sains & Teknologi Klang (SM Tahfiz Sains, Klang)


Setibanya kami di sana, kami terus menunaikan solat Zohor di Majslid Alam Impian yang betul-betul disebelah SM Tahfiz Sains, Klang. Selesai solat kami terus dibawa untuk menikmati juadah makan tengahari yang telah disediakan. SM Tahfiz Sains merupakan salah sebuah sekolah Tahfiz yang juga merupakan bantuan Jabatan Agama Islan Selangor.


Sejuk tengok adik-adik ni mengaji dan menghafaz al-Quran. Majlis penutupan dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai MITS oleh Pengetua MITS. Kemudian dengan ucapan Pegawai Eksekutif LZS, Haji Mohd Hussin Ali dan Ucapan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haji Haris Kasim.

Terima kasih kepada pihak Lembaga Zakat Selangor dan Kelab Blogger Ben Ashaari kerana emberi peluang untuk Mrsyanie bersama-sama merasai dan mengetahui kemana salurnya duit zakat yang dibayar/dikeluarkan. Moga ia dapat membantu warga yang memerlukan zakat dan mohon agar kita sama-sama mengeluarkan zakat bagi meneruskan misi bantuan zakat kepada yang memerlukan.

Layari: INFO ZAKAT
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
See also  #Cabaran20Hari: Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*