Assalammualaikum w.b.t
Maaf mrsyanie tercicir lak part 4 ni.. tak pe kita share kan jugak walaupun dah tercicir sangat dah ni kan.. Dalam part ke 4 kali ni kita fokus kan pada aktiviti terakhir mrsyanie and friends. Kiranya sebelum balik tu sempatlah penuhkan aktiviti padat di Sarawak.
Lepas cek out awal pagi dalam jam 8 pagi, pemandu pelancong kami dah siap sedia menanti kami di luar hotel. Memang pantas dan awal dari time lah.. Ini baru bagus kan.. Kami dibawa sarapan dulu sebelum ke lokasi aktiviti terakhir kami. Kami sarapan di kedai mamak je satu jalan ke lokasi kami. Kali ini agak jauh sedikit dari bandar tapi dekat jugak lah dengan airport. kalu korang nak planning itinerary ke Sarawak , lokasi Serikin | Gua Fairy | Gua Wave boleh jadikan tempat terakhir sebelum balik sebab dekat dengan airport berbanding dengan town tetapi ada kelemahannya. antaranya, 1st korang akan penat sebab aktiviti lasak mendaki gua dan jika musim hujan jalan dalam gua agak kotor dengan lumpur menyebabkan seluar korang akan kotor.
Lokasi pertama kami adalah Gua Pari-Pari (Fairy Cave) yang terletak dekat dengan pasar Serikin tapi tak lah sedalam ke pasar Serikin lagi. Kenapa nama Gua Pari? Ini disebakan satu satu batu yang terletak dalam Gua Pari ini berbentuk Pari. Dipercayai terbentuk oleh titisan air yang mengalir. Sehinggalah ia bmembentuk seperti Pari. Gua Pari ini kalu nak masuk kedalam korang ke manjat anak tangga yang disediakan. agak tinggi jugak lebih kurang flat tingkat 4. Ini merupakan antara keunikkan yang ada pada Gua Pari. Sebelum itu setiap masuk ke Gua ada bayaran tapi tak lah mahal. Ini pun untuk kos penjagaan bagi kita memerlihara hutan semulajadi kan..
Dewasa RM 1.00 (bagi warganegara Malaysia)
Bagi warga emas dan kanak-kanak FREE (tiada bayaran) dikenakan
Jom kasi usha gambar mrsyanie di Gua Pari.
(maaf gambar ini dapat dalam google sebab
tak jumpa plak gambar yang ditangkap sendiri)
Sebelum naikkami dibekalkan dengan kelengkapan seperti lampu suluh dan air mineral. Jadi kami memang dah siap bawa beg galas belakang untuk memudahkan perjalanan kami..
Jom kita panjat…..
ni muka senyum mcm tak penatkan..tapi ya ampun, penat sangat.. ha ini lah kelemahan kalu aktiviti terakhir adalah mendaki.. tak sesuai kot baju ni. haha.. yelah ingat cam gua kat Perlis tu..hihihi Korang yang dah baca entry ni plz jangan pakai baju cantik-cantik sangatye..pakai baju yang bersesuaian untuk mendaki..
setelah sampai depan pintu masuk gua Pari, korang kne masuk dalam gua yang disediakan hanya muat seorang by seorang sahaja untuk jalan. Tangga yang disediakan sangat sempit dan agak cerun. Jadi berhti-hati dan pastikan anda tidak menggunakan kasut yang licin dan yang tak sesuai tau..Jangan plak pi pakai kasut tinggi ye..hihi
Inilah yang dikatakan batu berupa Pari yang telah memberi nama bagu Gua ini.
*****Awas jangan puja ye..syirik!!!!
Kepenatan melanda..kasi rehat tapi puas sebab dah sampai atas..yeahhhh!!!!
ini lah pemamdu pelancong kami. sangat baik dan sangat bagus orangnya.
Selepas penat dan kotor seluar semua, kami dibawa ke Gua Angin. Agak pelik gak kenapa diberi nama Gua Angin. Ermrmm jom kita usha….
Gua Angin tidak lah jauh dari gua Pari. Satu jalan jugak. Disinilah kelengkapan yang dibekalkan sangat berguna. Mula-mula sampai rasa yeahh tak yah nak daki dah.. Lega satu part kepenatan. Tapi didalamnya sangat lah gelab kerana satu lampu pun tidak dipasang kerana untuk mengekalkan struktur alam semulajadi sebenar. Supaya haiwan yang ada didalam gua Angin ini akan kekal dengan habitatnya. Tidak lah menggangu dan mengancam habitat mereka.
***serius sangat gelab.. bila snap pict jew.. pergg cerah ya amat hihih ***
Jalan yang disediakan untuk masuk kedalam guna adalah titian kayu yang dibina khas tetapi awas jangan lah memegang kat pemegang tu kerana terdapat banyak sisa buangan (taik) haiwan kelawar. Jadi gunakanlah lampu suluh yang dibekalkan untuk menjaga langkah korang ye.
Disini korang boleh lihat sendiri kelawar dan burung layang-layang yang habitatnya digua. Nampak lah banyak sangat kelawar sedang tido..bunyinya jangan dikata kuat gak bila dah banyak kan.. Kenapa angin? ini sebabkan Gua ini bersebelahan dengan Sungai Sarawak yang kecil dan mempunyai laluan angin antara lorong masuk yang berbeza. Kiranya korang masuk gunakan lorong lain dan keluar pada lorong lain. Mmepunyai 3 lorong keluar dan masuk tapi ada satu lorong hujung tak boleh masuk kerana telah ditutup. Tapi masuk bole dilihat. Anginnya sangat lah nyaman dan terasa akan keindahan semulajadi.. Pengemar alam semulajadi wajib datang tau..
Gua angin ini agak santai sedikit aktivitinya. Tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak kerana jalannya yang rata dan telah tersedia. Selepas selesai aktiviti Gua, kami dibawa ke Pasar Serikin. Masih awal jugak. kira-kira jam 10 pagi kami ke Pasar Serikin. Ini kerana ada pengunjung lain memberitahu bahawa cuaca Pasar Serikin agak berbeza akan kepanasannya. So Jom rasainya sendiri…..
Setelah sampai ke Pasar Serikin, wahh sangat ramai orang. Memang tempat shopping diorang kata. Bahangnya dapat dirasainya walaupun lebih kurang jam 10 pagi.. Betul kata makcik tu hihi.. Ok sampai je kami park van, akan datang peniaga Telur penyu secara HARAM Jualanya. (Detail) Diorang akan datang ke pelancong yang sampai. Amaran ye!!! Jangan beli tau. Ini kerana salah disisi undang-undang Malaysia. Ianya dibawa dari negara jiran untuk dijual di Malaysia. Ohh Pasar Serikin ini merupakan sempadan antara Malaysia dengan Indonesia. Macam Padang Besar Perlis dan Pasir Panjang Kelantan. Sama-sama kita menjaga hidupan terancam ini ye.
Motif travel untuk menikmati keunikkan negeri, so tak adalah nak sangat shopping. sampai je kami terus ke kedai makan yang ada disana. Agak menarik kedainya di sebelah rumah owner je. Sah tak yah bayar sewa kedai tau. Tapi ramai sangat yang datang minum dan makan. Sedap gak makananya, patutlah ramai yang datang. tapi maaf ye tak sempat snap gambar. Jangan risau sampai je korang dah boleh nampak tau..Nak dapat tempat pun agak susah sket. dah makan cepat-cepat kasi orang lain plak..hihih cian yang menunggu. Kami tak lah makan yang heavy sangat sebab kang nak makan sedap lagi hihih.. Singgah pun sebab nak lepaskan kepenatan mendaki Gua tadi.
Kami pusing gak lah Pasar Serikin cuci mata, walaupun panas terik. Tak da nak shopping sangat tapi hihih beli jugak lah satu survenir untuk dibawa pulang. Tapi bukan lah benda yang biasa..Ini luar biasa. Jam dinding yang dibuat dengan kreativiti sumber dari pantai seperli pasir, cengkerang dan sebagainya. Yang ini sumber yang kita boleh cari tepi pantai sambil jalan-jalan main air pantai kan..tapi peniaga ni kreatif buatnya jam diding. Satu kedai ini je yang agak unik dan simple. Tak mahal mana pun lebih kurang RM20-RM50 ikut saiz dan pattern. Mrsyanie pilih LOVE tapi kecil je tak besar sangat. Nampak tak Jam Love tu..bukan yang mrsyanie pegang tu. Tapi yang double Love tu..hihih.. (dah gantungkang kat dinding bilik tido lagi) hihihi…-Dah tu kami teruslah naik van nak balik tapi singgah makan tengahari dulu.. Tak leh lama-lama kat Pasar Serikin sbb agak panas, penat mendaki tak satel lagi kan hihi alasan je tu..hihih
Inilah dia SITI CAFE & CATERING lokasi tempat makan tengahari kami.. super nyum nyum..lapa tau..tapi tu minum dan makan ringan je..hihi Masakannya sedap dan menarik. Menu sah nya ayam masak buluh tapi dia tak letak dalam buluh ye..tapi cara masakannya adalah sama. sedap dan udang goreng tepungnya pun sangat sedap. Tak kira diet dah time ni, bedal je.,. sedap kot. mana nak dapat kat Semenanjung kan..hihi 🙂
Lepas perut kasi kenyang kami perlu kemaskan diri dan mandi. Yelah peluh mendaki gua tadi dah melekat baik punya, segan plak rasanya nak naik flight cam ni kan. Hotel dah cek out, ermm kenalah pi toilet awam. Lokasinya ….. Taman Sahabat, Sarawak… Ni kita cter dalam entry lain ye..
Satel semua kami dihantar ke airport Kuching, Sarawak. Flight kami malam so sempat lah lepak dulu kat airport. Akhirnya siap gak entry yang tercicir ni.. hihi Selamat membaca dan moga menjadi panduan yang tak seberapa pada anda yang nak holiday travel bag pack ke Kuching, Sarawak.
Salam Sayang
Selamat Datang ke sarawak puan yanie. Tahun 2014 ke sampai sarawak?