Home Made Burger Mrs.Yanie

Assalammualaikum semua…..

krang mesti penah dengar home made burger kan..heheh bunyi menarik sbb tu lah mrs.yani tpikat dengan nya..heheh akhirnya telah bjaya jugak buat home made burger versi mrs.yani hehehhe..



Ramuan/bahan nye:

1 pek Daging cincang
1/2 bawang besar yang dicincang
2/3 ulas bawang putih sket pun dicincang(tapi mrs.yani tak ubuh, lupa lak time buat tu)
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
sedikit garam/perasa
1 sudu mentega/marjerin
1 biji telur


cara-caranya:

masukkan daging cincang, bawang besar, bawang putih, lada hitam gaul dan garam hingga sebati. kemudian masukkan telur dan digaulkan. biarkan sebentar untuk keringkan dan dibiarkan telur diserap dalam daging.

ketika daging diperapkan dengan telur panas kan ketuhar dalam 10 mint dengan suhu 180c. 

selepas daging sebati diadun menjadi bulat seperti daging burger mengikut bentuk yang anda suka. margerin digunakan untuk disapukan dkt bekas pembakar supaya tidak melekat dan menjadikan daging garing/ragup. daging yang telah dibuat bentuk diletakkan sedikit lada sulah alasnye..jangan banyak takut masin nanti. jika anda rasa takut tlebih masin anda boleh campurkan lada sulah dalam daging ketika digaulkan dengan bahan awal. kemudian boleh lah dibakar dalam 15-20minit atau hingga masak 🙂

selamat mencuba …yeahh bjaya 🙂 versi mrs.yani



See also  Homemade Baked Macaroni & Cheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*