[Hotel Review] Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t

Percutian Singkat Di Kota Raya | Minggu lepas Mrsyanie dan Mrlaling saja lah nak tenangkan dan baut percutian singkat. Nak pergi lokasi lain perlukan bajet yang tinggi jadi kami pun buat pilihan untuk menginap di Kuala Lumpur sahaja. Yelah Kuala Lumpur ini sebenarnya cantik dan menarik untuk sesiapa yang inginkan sesuatu kelainan dalam percutian yang ringkas. Selalunya kalau turun Kuala Lumpur kami akan balik terus tapi sekali sekala kita buat mini trip percutian ke Kuala Lumpur untuk menginap di hotel area bandar.

Kuala Lumpur Part 1
Kuala Lumpur Part 1

Kuala Lumpur Part 1

Jadi kami untuk bermalam sempena percutian singkat ni, kami pilih menginap di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Hotelnya bertaraf 3 bintang dan terletak dikawasan tumpuan ramai iaitu Pudu Raya. Kenapa pilih kawasan ramai? Walaupun siang ia menjadi tumpuan ramai tapi malam ianya menjadi sesuatu yang menarik tau. Dengan keindahan lampu-lampu neon yang berwarna-warni lagi. Lagipun ianya berdekatan dengan Petaling Street, sambil-sambil itu boleh lah kami cuci mata disana. Tapi pastikan korang pergi bersama rakan tau, jangan pergi seorang pulak.

Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Kami bertuah kerana dapat bilik yang terletak di tingkat 13 yang membolehkan kami melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Kemudahan yang disediakan sangat selesa dan ia juga disediakan sekali sarapan pagi untuk 2 orang.

Hotel kelas perniagaan 3 bintang ini terletak di pusat bandar bersebelahan dengan Terminal di bandar ini Bus, Pudu Sentral & Stesen LRT dan tidak jauh lagi untuk membeli-belah Bukit Bintang terkenal KL dan daerah komersial. – Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur.

Pemandangan dari hotel

my room 1320
See also  Hong Kong Trip | Part 2 | Disney Land
ni gedik dalam bilik air hahahhah
i like this…
ni lagi best…rilex…leh tdo rasa nye…
ni lah bilik hotelnye…sweet kan…
depan bilik hotel … gedik sempat lagi nk snap2..ehheheh
Untuk maklumat lanjut:

Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Alamat: Jalan Tun Tan Cheng Lock, City Centre, 50500 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

No Tel: +60 3-2026 6060

Website: https://www.ancasahotels.com.my/

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*