UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (PART1)

Assalammualaikum w.b.t  | UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE PART1 | Pertama Kali Ke Singapore, yeah Akhir nye dapat jua menjelajah negara jirang yang terletak di selatan Malaysia iaitu Singapore. Seronok dapat juga merasa untuk ke sana, bukan mudah untuk mulakan perjalanan. Macam-macam perlu diambil kira terutamanya hal kewangan kesana. Yelah bajet untuk ke sana perlu tinggi disebabkan perbezaan mata wang negara. Jom kita jelajah Singapore!

Selepas waktu kerja kami terus bertolak ke Johor Bharu dengan menaiki kereta. Lebih mudah untuk naik kereta kerana ingat nak singgah beberapa lokasi disekitar JOhor. Tapi kecian jugak dekat Mrlaling kerana masih kepenatan bekerja pastu terus memandu. Mrsyanie Sayang sangat kat Mrlaling (eheh ciaa ciaa) hihi. Terima kasih sayang.
Dalam perjalanan kami ke Johor Bharu ada pulak satu kemalangan berlaku yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk. Ianya disebabkan oleh kemalanagan dimana lori yang membawa pasir terbalik. Oleh itu kerja-kerja membersihkan pasir dijalankan yang menyebabkan lorong ke selatan  ditutup dan terpaksa menggunakan laluan bersebelahan. Teruk betul kesesakannya, yelah dari penuh tangki minyak kereta kami penuh hingga tinggal satu takat minyak sahaja. Menangis rasanya..
Tapi alhamdulillah sampai jugak ke Johor Bharu lewat malam. Perhentian kami di Johor ini kami tumpang di rumah Pakcik Sahar yang merupakan kawan kepada ayah mertua Mrsyanie. Walaupun kami sampai lewat malam tapi mereka tetap sambut kami dengan penuh mesra. Sanggup mereka menunggu dan melayan kami dikala lewat malam. Hampir jam 1.00 pagi jugak lah kami sampai.
Jam 5.00 pagi kami dah keluar untuk ke lokasi pickup point untuk menaiki bas ke USS. Kami siap-siap tempah sebelum ke Johor kerana takut tiket habis. Mrsyanie ambil dengan pakej pengangkutan dan tiket di travel agensi. Diorang siapkan bas dan pembelian tiket awal. Sampai USS nanti kami hanya pickup tiket di kaunter sahaja. Kami perlu berkumpul disana sebelum jam 7.00 pagi. 
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE PART1

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE PART1

Bas yang disediakan sangat selesa dan diorang siap-siap bagi kad putih untuk diisi bagi pihak immigration Singapore. Kami sampai jew kat park bas USS sekitar jam 8.30 pagi. Banyak lagi kedai dan restoran yang belum buka. Trip Mrsyanie bukan hanya berdua sahaja tetapi adik Mrsyanie dan rakan dia dah menanti disana. Diorang ada kerja kursus di Singapore, sebab tu kami planning jumpa disana terus.
Disebabkan Mrsyanie rancang untuk bermalam disini, kami dah siap-siap maklumkan pada pemandu bas yang kami nak balik keesokkan harinya. Dia kata boleh tak ada masalah, esoknya tunggu sahaja bas di park yang sama waktu yang ditetapkan. Trip bas ini sentiasa ada sahaj setiap hari tau.
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE PART1
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE PART1UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE PART1UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE PART1
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE PART1
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE PART1

Sementara tunggu adik, kami sempat lah bergambar di luar USS. Lagipun USS ketika itu belum buka lagi. Setiap sudut kami nak bergambar, yelah pertama kali kami sampai ke Universal Studio Singapore. hihi Tak sabar pulak nak masuk apa yang menarik ada dalam Universal Studio Singapore part1.

Boleh jugak klik entry dibawah:
Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

See also  Ho Chi Minh City | Vietnam | Bến Thành Market

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*