Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Permata Kedua Buat Keluarga | Alhamdulillah masyaallah tabarakallah, tiada ungkapan yang lebih bermakna dengan ucapan kesyukurran pada Allah SWT. Tak sangka Mamayanie dapat merasa bersalin untuk buat kali kedua, dan kali ini penuh dengan cabaran disaat kelahiran. Setiap kelahiran pasti ada kelainannya, ini adalah pengalaman bersalin anak kedua Mamayanie.

Selepas 4 tahun Mamayanie merasai pengalaman bersalin secara normal untuk kali kedua. Sewaktu pemeriksaan kandungan hujung-hujung trimester, doktor sahkan yang saiz kepala kandungan agak besar. Kemungkinan kelahiran adalah secara pembedahan jika tidak dapat secara normal. Tapi bagi Mamayanie ok je sebab teringin jugak nak merasa kelahiran secara pembedahan. Tapi mana-mana boleh janji baby selamat, betul tak?

Disebabkan anak pertama bersalin normal dengan berat 3.5kg, jadi doktor kata insya-Allah kita cuba untuk bersalin normal. Alhamdulillah semua aturan Allah SWT telah tetapkan yang Mamayanie dapat bersalin secara normal. Pengalaman bersalin anak kedua pulak lain ceritanya.

Seminggu Sebelum Kelahiran (due date) – 18 November 2022

Malam hari Jumaat itu, Mamayanie dah turun tanda darah tapi tak banyak. Jadi Mamayanie hanya bagitahu ensuami jew. Dia tanya nak ke hospital ke? Waktu tu Mamayanie rasa boleh lagi sebab tak ada sakit. Jadi cakap tak pe tunggu esok cam ne.

Lepas tu, esok nya darah tak keluar dah. Oklah, cuma Mamayanie masih pantau dengan pergerakkan baby dalam perut. Pergerakkan baby perlu cukup 10 bacaan dalam tempoh biasa.

Ahad 20hb November 2022 (malam) turun darah lagi sekali yang agak banyak dari awal. Mamayanie masih lagi bagi masa, dan jam 2.00 pagi hari seterusnya lagi banyak darah keluar. Terus Mamayanie ajak ensuami ke hospital untuk pemeriksaan. Risau jugak sebab makin kerap keluar darah.

Sampai di hospital bukaan baru 2cm, tetapi tiada tanda contraction, sakit mahupun turun air. Selepas dipantau dalam beberapa jam, doktor sarankan kami pulang dulu dengan syarat perlu pantau pergerakkan kandungan dan jika ada tanda sakit atau turun air perlu segera ke hospital.

See also  Zoo Melaka dan Dinosaur Encounter Lokasi Menarik buat Keluarga

Masuk Hospital Selepas Rasa Sakit – 22 November 2022

Awal pagi dalam jam 6.00 dah mula sakit, tapi memang tarikh ini Mamayanie ada temujanji dengan hospital untuk pemeriksaan saiz baby. Sampai hospital bahagian klinik pakar, Mamayanie disarankan untuk naik terus ke ward bersalin untuk pemeriksaan seterusnya sebabb ada tanda rasa sakit.

Sampai je terus pemeriksaan jantung (ctg) baby, alhamdulillah semuanya baik. Terus tahan ward dulu. Bukaan masih lagi 2cm. Sepanjang 22hb tu Mamayanie rasa sakit kejap dan tak kerap pun. Bila buat ctg, contraction ada tapi Mamayanie kurang rasa sakit.

Keesokkan harinya memang tak ada rasa sakit 23-24 November duduk hospital saja hihi bukaan bila check masih 2cm. Akhirnya pakar kata balik dulu, sebab gayanya cam lambat lagi. Macam biasa perlu pemantau pergerakkan baby dan jika turun air perlu segera ke hospital. Apa lagi 24hb tu terus lah keluar ward, dapat cuti sakit sehingga 25hb November.

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Memang tak ada rasa sakit dan sempat lagi 25hb tu Mamayanie ke pejabat join kawan pejabat lain buat makan-makan sempena hari terakhir seorang pegawai di fakulti kami. haha Ramai kata baby tak nak keluar lagi sebab nak join makan-makan, sebab sebelum itu memang banyak aktiviti yang Mamayanie buat, antaranya pergi team building selama 4 hari, lepas tu ada bengkel lagi.

Ahad 27 November 2022 – kemuncak rasa sakit contraction

Pagi ahad tu Mamayanie sempat lah bawa AbangFH (dulu panggilan Babyfh) pergi berkelah dekat taman dengan keluarga. Mamayanie ambil peluarng jalan-jalan dengan Opah bagi ada bukaan, orang kata bila banyak berjalan dan buat aktiviti senam sket boleh membantu bukaan hihi

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Apa lagi malam tu, mulakan episod menahan kesakitan contraction yang dulu Mamayanie tak merasainya. Ye pengalaman melahirkan anak pertama, AbangFH lain sangat. Betul orang kata pengalaman bersalin semua berbeza tak kira anak nombor berapa pun.

Rasa sakit makin kerap dan selang 10 minit sakit kejap-kejap. Tapi Mamayanie degil tak nak ke hospital lagi. Risau kang dia main-main sakit haha Jadi Mamayanie ambil keputusan pantau sehingga esok siang, tengok pergerakkan baby dan cubacatat sakit berapa kerap setiap masa.

See also  [Hotel Review] Pengalaman Bermalam Di Tadom Hill Resort Unik

Isnin 28 November 2022 – Pergerakkan baby makin kurang

Sakit contraction ini memang tak boleh bawa bincang tau, tapi Mamayanie dapat rasa kejap sakit kejap ok. Bila datang sakit tu memang menitik air mata jugak tahan walaupun ianya datang sakit tak sampai 3 minit pun. Nak gambarkan rasa sakit tu agak sukar tau, rasa macam memulas perut yang teramat sakit.

Pergerakan baby pun agak kurang , tak tahu lah sebabkan ada rasa sakit atau macam mana. Jadi ensuami kata “jom lah kita ke hospital”. Pergerakkan baby hanya 3-4 pergerakkan yang Mamayanie rasa bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang, memang agak kurang dari biasa.

Dalam jam 5.00 petang terus ke hospital, bila buat pemeriksaan ctg baby bacaan awal ok tapi makin lama agak kurang baik. Jantung baby makin laju nadinya. Lama jugak doktor pantau sebab ctg kurang cantik.

Isnin 28 November 2022 (9.00 malam) – Masuk Labour Room

Bila dah pantau doktor tengok result ctg kurang baik dari segi nadinya, terus doktor kata perlu pecahkan air ketuban . Kemungkinan baby dah membuang (berak) dalam perut. Doktor kata dia tak nak tunggu lagi, risau keadaan baby. Jika tak boleh bersalin secara normal kemungkinan akan lakukan pembedahan. Mamayanie waktu tu, ikut mana yang terbaik sebab doktor adalah pakar dalam bidangnya, mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan kita berserah & tawakal kepada Allah SWT semoga semuanya selamat.

Sempat whatsapp dengan ensuami kata nak masuk labour room, suruh dia standby dengan rtk semua untuk masuk sekali. Siap bagitahu dia suruh maklumkan pada ahli keluarga lain, sebab lepas tu telefon perlu disimpan.

Rasanya dalam jam 9.30 lebih malam doktor pecahkan air ketuban, tapi tak pulak Mamayanie rasa air mengalir macam pengalama bersalin anak pertama. Pastu doktor buat pemeriksaan kata memang baby dah berak dalam perut. Doktor tak nak tunggu lagi tapi bacaan bukaan masih 2cm. Diorang ambil keputusan untuk masuk ubat percepatkan bersalin.

See also  Kalendar Kuda Tahun 2017 Termasuk Cuti Peristiwa

Waktu doktor maklumkan semuanya, Mamayanie hanya mampu angguk dan menitik air mata. Sempat lah kesat air mata, segan lak nurse dan doktor tengok. Mamayanie tak mampu untuk berkata-kata dan hanya air mata penentu segala emosi dan rasa ketika itu.

Lepas nurse kata dia masukkan ubat, baru ensuami masuk, sempat jugak lah Mamayanie pandang dia sekejap. hihi Tak sampai 5minit kesan ubat dah berjalan, terasa sakit nak mebuang tu kuat sangat. Siap cakap “nurse saya nak berak ini”.

Nurse check katanya “belum lagi ni”, tapi rasa tak boleh tahan. Memang rasa terus meneran je. Cakap lagi sekali nurse “saya memang tak tahan” (sambil meneran terus). Rasa yang kita tak boleh nak kawal tau. Terus doktor dan nurse lain datang, terus betulkan posisi Mamayanie untuk bersalin. Tak tahu lah time tu bukaan dah buka lah kot haha

Akhirnya Lahir Jam 10.27 Malam

Terus diorang suruh push, mengikut rasa sakit. Katanya bila rasa sakit nak teran, teran sepuasnya. Alhamdulillah tepat 10.27 malam pada 28 November 2022 dengan berat 3.4kg lahirlah seorang putera kedua Mama dan Abah serta adik buat AbangFH.

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Pengalaman bersalin anak kedua yang penuh dengan pelbagai suka duka dan satu kenangan manis buat Mamayanie. Setiap kelahiran pasti ada yang mencuit hati bila diingatkan dan menjadi pengalaman yang penuh bermakna serta sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Mamayanie doakan semoga sahabat ttc semua juga merasainya kelak dan jangan putus asa untuk ikhtiar hamil dengan apa cara selagi ianya tak melanggar hukum-hakam dalam Islam, InsyaAllah Aamiin ya rabbal alamin. Banyakkan berdoa dan teruskan berusaha.

Instagram: https://www.instagram.com/yanieyusuf/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

1 Trackback / Pingback

  1. Maksud Nama Faris Dalam Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*