Masalah Ekzema Boleh Dirawat? | Klinik Aesthetic Dr Bazilah

Assalamualaikum w.b.t | Atasi Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah ? | Bila sebut masalah kulit biasanya kita akan kaitkan dengan masalah Ekzema. Ianya antara salah satu masalah kulit yang sangat fimiliar dan bukan hanya berlaku pada kanak-kanak malah orang dewasa jugak. Boleh ke dirawat? Ini yang Mamayanie nak kongsikan bersama korang mengenai rawatan masalah kulit Ekzema.

Pernah tak korang tahu apa itu Ekzema?

Ekzema adalah simptom keradangan, kegatalan kulit dan tindak balas dari allergik. Ekzema yang paling biasa dihidapi oleh anak kecil atau orang dewasa dikategorikan dermatitis atopik (atopic dermatitis), atau ekzema atopik (atopic eczema).

Selain itu, terdapat jugak hanya berlaku di kawasan tertentu sahaja seperti di tangan sahaja yang dipanggil ‘Hand dermatitis‘, mulut ‘lip dermatitis‘. Ekzema ini bukan hanya ada satu jenis je, ianya ada banyak jenis Ekzema.

Rawatan Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah

Bagaimana pun ianya mempunyai simptom hampir sama, menyebabkan kulit kering, gatal dan bintik merah kecil. Jika digaru, ruam boleh menjadi kasar, merah, berair, tebal dan boleh menyebabkan luka tau kesan paling teruk. Kebiasaannya ruam terdapat pada muka, kulit kepala, tangan dan kawasan pelipat seperti di siku, leher dan lutut.

Punca yang menyebabkan masalah kulit Ekzema?

Antara punca yang berlakunya Ekzema adalah:

  • Tindak balas imun terhadap sesuatu allergik.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang ada Ekzema atau Asma (Asthma).
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
  • Masalah genetik (menyebabkan kurangnya daya tahan kulit)
  • Masalah persekitaran.

Risiko lebih tinggi jika ada sejarah alahan pada bayi atau keluarganya ada sejarah asma, resdung dan ekzema atopik.

See also  TheKoppi Rasa Sebenar Kopi Organik

Apakah tanda-tanda gejala masalah kulit Ekzema?

Ekzema boleh didapati seawal bayi lagi dan korang boleh tahu ia bermula dengan mendapat bintik-bintik merah dan kadang kala berair.

  • Tompok-tompok yang gatal
  • Kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit
  • Bengkak kecil yang berair (ada setengah keadaan ada biji-biji air)

Rawatan Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah

Klinik Dr Bazilah – Klinik Kulit & Aesthetic

Mamayanie ada baca dari blog lain mengenai rawatan masalah kulit Ekzema di klinik Aesthetic iaitu klinik Dr Bazilah. Menarik nya klinik Dr Bazilah bukan lah klinik Aesthetic biasa yang mempunyai beautician sahaja tetapi mereka mempunyai doktor yang bertauliah dan berlesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (diiktiraf KKM).

Malah rawatan yang diberikan terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan untuk masalah dermatologi. Klinik Dr Bazilah mempunyai 3 cawangan tau iaitu klinik Aesthetic Bangi, klinik Aesthetic Shah Alam dan klinik Aesthetic Kuala Lumpur.

Rawatan Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah
Klinik Dr Bazilah

Ada pelbagai cara rawatan bagi merawat masalah kulit Ekzema dengan baik. Korang tak perlu terlalu risau mengenainya tetapi korang perlu lah mendapatkan rawatan yang baik untuk anak atau diri sendiri yang mempunyai masalah kulit Ekzema ini.

  • Mendapat nasihat dan rawatan daripada doktor pakar.
  • Dapatkan ubat yang bersesuaian dan terkawal.
  • Gunakan pelembap (moisturizer) bagi mengurangkan kulit bertambah kering dan kegatalan.

Cara rawatan yang boleh didapati di Klinik Dr Bazilah berkaitan Ekzema:

  1. Kenalpasti punca allergik atau alahan yang pesakit hadapi. Walaubagaimanapun kebanyakannya terjadi tanpa sebab yang diketahui. Cara untuk korang tahu allergic terhadap sesuatu bahan adalah dengan melakukan allergy test. Ianya boleh dijalankan di Klinik Aesthetic Dr Bazilah.
  2. Bagi yang menghidap Ekzema sehingga Secondary bacterial infection, perlu dapatkan antibiotik dalam bentuk sapuan atau makan.
  3. Untuk mengurangkan rasa gatal & keradangan, ubat yang bersesuaian dan terkawal juga akan diberikan oleh doktor.
See also  Fungsi Berus Makeup Berbeza-beza

Paling penting untuk dapatkan rawatan adalah berjumpa dengan doktor atau pakar kulit kerana mereka lebih pakar dalam masalah ini. Dimana Klinik Dr Bazilah menawarkan pelbagai rawatan daripada penyakit biasa secara amnya hinggalah kepada masalah kulit dan rambut khususnya.

Mamayanie syorkan mana yang ada masalah kulit Ekzema terutamanya bagi anak-anak, boleh dapatkan rawatan terbaik di Klinik Dr Bazilah ini. Kecian tengok anak-anak yang menghidap Ekzema, mereka pun tidak selesa disebakan gatal dan kulit kering.

Korang boleh book appointment atau ada sebarang pertanyaan mengenai promosi atau rawatan (treatment), boleh DM/Call/Whatsapp Klinik Dr Bazilah : Whatsapp : +6019-6571563 Atau klik link http://temujanjidrbazilah.wasap.my/

Untuk maklumat lanjut:

Klinik Dr Bazilah

Website : www.klinikdrbazilah.com

Facebook : klinikdrbazilah

Instagram : @klinikdrbazilah

Email : klinikdrbazilah@gmail.com

Waktu Operasi Klinik : 10.00 am – 6.00pm

Cawangan Bangi: Klinik Dr Bazilah, Bangi C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.

Phone : 03-8922 9681 / 0111 590 5931

Cawangan Shah Alam: Klinik Dr Bazilah, Shah Alam R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Selangor.

Phone : 03 5035 7359

Website: Cawangan Shah Alam

Cawangan Kuala Lumpur: Klinik Dr Bazilah, Kuala Lumpur (Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat) Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.

Phone : 013 8177005

Website: Cawangan Kuala Lumpur

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*