Pelencongan sosial, Apa itu? | Baru-baru ini Mamayanie join satu webinar yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ketengahkan tajuk yang sangat menarik. Tajuknya adalah “Pelencongan Sosial” Di manakah kesudahannya? dengan kehadiran panel-panel yang pakar dalam bidang masing-masing. Paling menarik Mamayanie sendiri baru tahu mengenai asnaf Riqab dan Rumah Pemulihan Al-Riqab MAIS.
Pelencongan Sosial
Korang tahu tak apa itu Pelencongan Sosial?
Pelencongan sosial merupakan masalah gejala sosial yang bukan hanya melibatkan remaja malah ianya melibatkan semua pihak. Dan dalam Jenayah Syariah juga termasuk dalam kategori masalah pelencongan sosial.
Contoh Pelencongan Sosial
Contoh-contoh Pelencongan Sosial Dalam Fail Kes Jenayah Syariah:
- Kecurangan Pihak-pihak : Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 25 & 29
- Seksyen 25, Persetubuhan Luar Nikah
- Seksyen 29, Khalwat
- LGBT : Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 27, 28, 30, & 30
- Seksyen 27, Hubungan jenis antara orang yang sama jantina
- Seksyen 28, Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii
- Seksyen 30, Lelaki berlagak seperti perempuan
- Seksyen 31, Perbuatan tidak sopan di tempat awam
- Gangguan Terhadap Rumahtangga : Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 32, 33, & 34
- Seksyen 32, Memujuk lari perempuan bersuami
- Seksyen 33, Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri
- Seksyen 34, Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan
Dalam webinar kali ini, anatra panel yang di bawa untuk mengulas lagi isi ini adalah Ustaz Rif’at Basya bin Halik Bassah (Pegawai Hal Ehwal Islam Undang-Undang Keluarga, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Negeri Selangor), Ahmad Faizal bin Awang (Pegawai Pencegahan & Kesedaran Awam AADK Negeri Selangor), Fadzirul Akmal bin Mohd Sharif (Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK) dan moderator dibawa oleh Encik Muhammad Syafiq bin Ahmad Fozi (Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS).
BACA: Duit Tabung Haji
Senario Ancaman Dadah & Pelencongan Sosial
Pelencongan sosial juga melibatkan gejala pengambilan dadah. Penggunaan dadah akan merangsang seseorang daripada melakukan jenayah, terutamanya jenayah jalanan. Ia menjadi penyumbang kepada pelencongan social dalam masyarakat kini yang semakin membimbangkan.
Pelencongan sosial yang sering dikaitkan dengan permasalahan dadah seperti:
- Jenayah ragut / mencuri
- Melepak / vandalisme
- Ponteng sekolah
- Keciciran sekolah
- Pergaulan bebas / seks bebas
- Ketagihan gajet
- Penyalahgunaan bahan
Bila kita cakap siapa yang berperanan dalam menangani masalah pelencongan social ini??
Banyak pihak yang menunding jari pada badan tertentu. Tapi sebenarnya masyarat juga mempunyai peranan yang besar dalam menangani masalah ini supaya ianya tidak merosakkan lagi generasi yang akan datang.
Peranan dalam kekeluargaan, peranan kerajaan, peranan badan yang bertanggungjawab dan peranan masyarakat itu sangat penting. Bagi masyarakat apa peranan yang perlu kita buat?
Disini Mamayanie nak kongsikan sebagai salah satu peranan masyarakat dimana kita perlu war-war kan bahawa ada satu platform yang boleh membantu mereka yang bermasalah pelencongan sosial ini mendapatkan khidmat bantuan bagi mereka yang terbelenggu untuk kembali ke pangkal jalan.
Korang tahu tak sebenarnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merupakan salah satu badan yang mempunyai platform bagi membantu untuk mereka yang hadapi pelencongan sosial ini berubah dan menjadi lebih baik.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga berperanan penting dalam membantu dan berfungsi utama didalam memberi pemulihan, perlindungan, pencegahan dan rawatan kepada mereka yang terlibat dengan masalah perlencongan sosial.
Disinilah peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membantu mereka yang ingin berubah untuk memperbaiki diri ke jalan Allah SWT yang digelar sebagai Asnaf Riqab melalui Bahagian Pemulihan Al-Riqab dengan wujudnya rumah pemulihan Al-Riqab.
Asnaf Riqab dan Masalah Sosial
Apa yang dimaksudkan dengan Asnaf Riqab?
Defini Al-Riqab:
- Dari sudut bahasa bermaksud: “Al-Riqab perkataan jamak dari perkataan Al-Raqaba membawa maksug tengkuk atau leher”.
- Dari sudut istilah bermaksud: “Belenggu yang menghalang dari seseorang bebas dan merdeka sepertimana haiwan peliharaan yang diikat lehernya”
Menurut Fatwa: “Riqab adalah seorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya” – Fatwa sistem pengurusan Zakat Negeri Selangor 2009
Apa pula yang dimaksudkan dengan “belenggu”?
Belenggu adalah kuasa luaran atau keadaan yang merampas dan menjatuhkan maruah dan kebebasan seorang muslim.
Al-Riqab adalah salah satu golongan yang terbelenggu dalam pelencongan sosial yang berhak menerima zakat (untuk dibantu mengubah diri menjadi lebih baik). Perkara ini disebut di dalam ayat 60 surah at-Taubah yang bermaksud,
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Kriteria Penerima Asnaf Al-Riqab
Mereka yang terdiri daripada gologan masalah perlencongan sosial ini boleh dikategorikan sebagai asnaf Riqab dengan beberapa kreteria, iaitu:
- Beragama Islam
- Tiada sumber kewangan yang cukup dan halal
- Seseoarang yang ingin membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.
Paling penting niat dalam hati mereka untuk berubah agar jadi lebih baik dan menjauhi dari masalah perlencongan sosial. Dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak MAIS dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.
Kategori Asnaf Al-Riqab
Masalah Sosial : Antara belenggu yang tergolong dalam masalah social adalah:
1. Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah :
2. Terbelenggu dengan amalan salah Islam :
3. Terbelenggu dengan gaya hidup songsang :
4. Terbelenggu dengan kes juvana :
5. Terbelenggu dengan penyakit kronik :
Masalah Akidah : Bagi masalah akidah pula,
1. Terbelenggu dengan masalah khurafat dan syirik
- Doktrin palsu
- Menghina Islam
- Mempersendakan Al-Quran dan Hadis
- Mengaku sebagai Nabi
- Pemujaan salah
2. Memurnikan akidah orang Islam yang terpesong
- Orang yang ingin / berhasrat murtad
- Orang yang dalam proses Istitabah
Diatas ini antara kategori-kategori yang dikategorikan sebagai asnaf Al-Riqab. Dimana mereka yang terdiri daripada gologan Asnaf Al-Riqab Negeri Selangor ini dibantu dibawah Majlis Agama Islam Selangor dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) untuk dipulihkan, diberi rawatan dan diberi perlindungan melalui Bahagian Pemulihan Al-Riqab.
Rumah Pemulihan Al-Riqab
Bahagian Rumah Pemulihan Al-Riqab MAIS
Dibawah bahagian Pemulihan Al-Riqab dengan kerjasama NGOi, terdapat 27 buah rumah pemulihan Al-Riqab NGOi yang membantu dalam pemulihan, perlindungan dan memberi rawatan dalam pelencongan sosial.
Malah terdapat 3 Rumah Pemulihan Majlis (RPM) yang sepenuhnya dioperasikan dan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu:
- Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan – khusus untuk wanita yang terlibat dalam masalah pelencongan sosial.
- Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman – khusus untuk lelaki yang terlibat dalam masalah pelencongan sosial.
- Pusat Pemulihan Baitul Islah – kolobrasi pusat pemulihan antara MAIS dan AADK khusus pesakit-pesakit HIV dan Dadah.
Kategori Kemasukan ke Pusat Pemulihan Majlis (RPM) bergantung kepada Perintah Mahkamah, Sukarela dan Perlindungan.
Fungsi-Fungsi Bahagian Rumah Pemulihan Al-Riqab
- Mengurus perkhidmatan perlindungan, bimbingan, pemulihan, Rawatan Spiritual Islam (Modul Istitabah) dan kaunseling kepada individu dan kumpulan umat Islam yang memerlukan pemulihan akidah dan akhlak serta menguruskan kewangan peruntukan sumber zakat (riqab), merancang, melaksana dan memantau aktiviti pentadbiran am
- Melaksanakan proses Istitabah dan proses penasihatan akidah atas perintah Mahkamah Tinggi Syariah dan Istitabah secara sukarela serta melaksanakan program-program pemulihan asnaf Riqab
- Menyelaras, mengurus pendaftaran asnaf Riqab dan mengurus geran sukuan Rumah- Rumah Pemulihan Al-Riqab serta merancang dan melaksana bengkel-bengkel dasar-dasar pemulihan Riqab
- Mengurus dan menyelia pemulihan asnaf Riqab melalui khidmat nasihat, guru pembimbing Riqab serta sukarelawan Riqab
- Mengenalpasti, menyiasat dan mendaftar permohonan bantuan kepada asnaf Riqab dan mengurus tuntutan pembekalan makanan kelas bimbingan asnaf Riqab
- Mengurus, merancang dan melaksana Peruntukan Kewangan Asnaf Riqab dan Mesyuarat Jawatankuasa Riqab
Masalah pelencongan sosial ini tidak akan selesai jika kita tidak bersatu dalam menangani masalah ini dengan serius. Sebagai peranan masyarakat marilah sama-sama kita membantu pihak terbabit seperti berkongsikan dan turut serta proram yang dijalankan ole pihak MAIS dan AADK.
Untuk maklumat lanjut Rumah Pemulihan Al-Riqab
Website: https://www.mais.gov.my/
Info lanjut Rumah Pemulihan Al-Riqab:
- Baitul Ehsan (Sabak Bernam) : 03-32161286 / 016-2647694
- Baitul Iman (Hulu Yam) : 03-60751558 / 018-3117223
- Baiul Islah (Serendah) : 019-3729627 /019-3727449 / 017-8898982
Baru tahu adanya bantuan Pusat Pemulihan Majlis (RPM). Sekarang ni memang banyak masalah jenayah syariah. Semoga wujudnya bantuan sebegini membantu memulihkan mereka yang bermasalah dan memerlukan. Aamiinn