Cermin Solek Artis atau ala-ala Vanity Mirror

Assalamualaikum w.b.t

Vanity Mirror Idaman Hati Wanita | Kebanyakkan wanita yang suka berhias atau bermakeup atau juga yang suka bab deko-deko ini, pasti idamkan meja solek ala-ala meja makeup artis tu. Atau lebih dikenali sebagai Vanity Mirror. Termasuk lah Mamayanie, lama dah idamkan nak meja solek yang cantik, ada lampu-lampu dan nampak cute jew.

Sebelum ini Mamayanie dah tengok ramai sangat yang buat DIY murah cermin solek artis atau ala-ala Vanity Mirror ini. Tapi Mamayanie bab nak bertukang ini memang gagal lah ye. Tambahan pula tak ada kemahiran dalam bertukang ini. Ada jugak yang buat dari kad board keras sebagai bingkai lampunya, kira banyak lah kreativiti yang korang boleh jadikan contoh.

contoh: sumber dari google.com

Disebabkan tak rajin dan tak mahir bab bertukang ni, terkuburlah idaman hati nak DIY cermin solek artis atau ala-ala Vanity Mirror. Nak beli siap harganya boleh tahan kan sehingga satu hari tu Mamayanie jumpa status kawan Mamayanie kongsikan tentang DIY meja solek menggunakan meja sedia ada dirumah hanya letakkan lampu jew. Lampu tu yang Mamayanie berkenan sebab mudah sangat dah siap hanya lekat jew pada posisi korang nak. Kawan kata beli dekat shopee dengan harga yang murah jew.

DIY Cermin Solek Artis Murah atau ala-ala Vanity Mirror

Selepas beberapa bulan baru lah ada keinginan semula nak buat deko-deko kat meja solek, terus cari lampu tu dalam shopee. Kebanyakkan semuanya dari China dengan harga yang berbeza-beza. Jadi korang kenalah cari yang murah dan baca sekali komen-komen pembeli sebelum itu. Lampu ini ada yang jual 2 lampu jew, ada jugak yang korang boleh pilih ada 8 lampu, 10 lampu dan paling banyak ada 12 biji lampu bulat tu. Ini yang Mamayanie buat survey dan harga juga ada yang berbeza-beza. Satu lagi Mamayanie suka baca komen pelanggan seblum tu, yelah sebab nak beli lampu kan. Cam mana diorang hantar ada yang pecah ke apa ke.

See also  Tips Turunkan Berat Badan di Bulan Ramadan
DIY Murah Cermin Solek Artis atau ala-ala  Vanity Mirror

Nak sangat kan DIY cermin solek artis murah, jadi pilihan Mamayanie adalah jenis yang 10 bulb lampu jew, nama kedainya Imiaotao.my dan harga RM29.90 dapat postage percuma. Sampai je terus buka sebab nak tengok lampu dia dalam keadaan baik atau tidak. Yeah! Semua dalam keadaan baik dan berfungsi dengan baik. Lagi satu penghantarannya juga cepat tau, dalam seminggu dah dapat.

Cara nak pasang lampu ini pun sangat mudah sebab dah diberikan pelekat, hanya perlu lekat pada cermin atau susanan mengikut citarasa sendiri. Lampunya sangat ringat dan plug pulak jenis USB, korang perlu pakai plug telefon jew. Teruja sangat tau, bila sampai tu terus Mamayanie pasang.

DIY Murah Cermin Solek Artis atau ala-ala  Vanity Mirror
DIY Murah Cermin Solek Artis atau ala-ala  Vanity Mirror
DIY Murah Cermin Solek Artis atau ala-ala  Vanity Mirror

Wayar yang disediakan antara setiap bulb lampu tu agak panjang, korang boleh lilitkan pada ruang yang disedikan dekat lampu tu tau. Ikut berapa panjang yang korang nak, dan mana wayar yang lebih tu korang boleh selit pada bingkat cermin macam yang Mamayanie buat tu.

DIY Murah Cermin Solek Artis atau ala-ala  Vanity Mirror

Satu lagi yang buat Mamayanie suka sangat bila korang selfie dekat cermin tu. Memang on lah dia punya cahaya dan gambar lebih cerah, sesuai ini buat video atau bergambar tau. hihi Siapa kata barang murah tak cantik kan, ni ha Mamayanie DIY cermin solek artis murah jew.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*