Rutin Harian Penjagaan Kulit Muka – MYLARA Skincare

Assalamualaikum w.b.t

Kulit Cerah Bersih Bersama MYLARA Skincare | Pejam celik dah hampir sebulan lebih kita berada dalam tempoh pergerakan kawalan, adakah korang masih mematuhi arahan kerajaan? hihi Alhamdulillah sama-sama kita mematuhi arahan kerajaan bagi memutuskan rangkaian wabak Covid-19 ini. Dalam tempoh korang duduk dirumah, jangan lupa pulak dengan penjagaan kebersihan tau. Bukan sahaja kebersihan tangan malah mula juga harus dijaga untuk kekal segar, bersih dan cantik. Mamayanie nak kongsikan dengan korang rutin harian Mamayanie dalam penjagaan kulit wajah. Tak susah pun nak jaga kulit yang sihat hanya menggunakan basic starter kit dari MYLARA Skincare.

MYLARA Skincare Basic Whitening

Mamayanie tahu bila bercakap tentang skincare ramai yang tertanya adakah ianya selamat? ada notifikasi dari KKM tak? halal? dan banyak lagi persoalan yang mesti kita nak tahu. Sama juga macam Mamayanie akan cari dulu info tentang sesuatu produk sebelum penggunaannya. Jadinya Mamayanie kongsikan sedikit tentang MYLARA Skincare ye.

MYLARA Skincare Basic Whitening

MYLARA Skincare adalah rangkaian produk yang dirumus khas dan profesional agar kulit kekal sihat dan segar. Kombinasi unik dari bahan-bahan berasaskan tumbuhan. MYLARA Skincare Basic Whitening sesuai untuk semua jenis kulit, menjadikannya selamat dan lembut untuk digunakan bermula seawal dari usia 14 hingga 60 tahun. Ianya sesuai untuk seawal remaja tau, yelah dari awal remaja lah kulit wajah kita perlu dijaga supaya ianya kekal bersih dan segar.

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP, mempunyai nombor notifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya menggunakan bahan yang halal (maksudnya tiada bahan dari sumber haram). Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan. Semua produk MYLARA Skincare berdaftar dengan KKM.

See also  Tayangan Drama Sweet Dreams Episod ke4 Online

MYLARA Skincare Basic Whitening Rahsia Kulit Wajah Cerah

Kulit wajah merupakan aset yang sangat berharga dan ianya sentiasa terdedah dengan pelbagai faktor, antaranya terdedah dibawah sinar cahaya matahari yang akan menyebabkan kulit ‘sunburn’ serta boleh menyebabkan jeragat. Jadi ianya memerlukan rawatan yang khusus dan selamat bagi membantu mengembalikan kesegaran, kebersihan dan penjagaan kulit wajah. Inilah dia rahsia kulit wajah cerah Set MYLARA Skincare Basic Whitening 3in1 yang menjadi rutin harian Mamayanie dalam penjagaan kulit wajah. Mamayanie hanya menggunakan 3 item untuk set penjagaan asas kulit wajah setiap hari.

MYLARA Skincare Basic Whitening

Kelebihan Set MYLARA Skincare Basic Whitening 3in1:

  • Mencegah jerawat
  • Mengecilkan liang pori
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah jerawat
  • Mencerahkan kulit & glowing
  • Melembabkan & melicinkan kulit
  • Memulihkan dan melindungi kulit
  • Mencerahkan parut dan tompok jerawat

Dalam set basic ini mempunyai 3 item produk asas iaitu Glowing Cleanser, Matte Perfect CC Cream dan Instabright Night Cream. Cukup 3 item ini sahaja yang Mamayanie gunakan untuk penjagaan kulit wajah harian. Sangat mudah dan sebenarnya tak susah nak jaga kulit wajah. Yang paling penting korang kena lah rajin dan jangan selalu lupa untuk membersihkan kulit wajah tau.

  • 1. MYLARA Skincare Glowing Cleanser

Pembersih wajah ini dalam bentuk gel, berbau haruman flora segar yang bewarna pink lembut. Ianya tidak likat atau melekit dan ia berbuih minimal pada proses pembersihan wajah. Disediakan dalam botol yang mudah dibawa serta penutup yang stabil. Mempunyai 4 fungsi dalam pembersihana kulit wajah iaitu:

  • Pembersihan & Penyingkiran : Membersih kotoran sehingga ke liang pori
  • Mencerahkan : Mencerahkan, meratakan tona kulit
  • Penyembuhan : Menyembuhkan luka jerawat
  • Anti-oksidan: diformulasikan dari ekstrak Aloe Vera dan melembutkan kulit wajah
See also  Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang | Snorkeling

Nombor notifikasi KKM: NOT190402218K

Kuantiti: 60ml

Bahan: Aqua (water), Sodium Lauryl Sulphate, Carica Papaya Fruit Extract, Aloe Barbadensis Extract, Soluble Collagen Cocamidoprophyl Betaine, Cocamide DEA, Sodium Benzoate, CI 77491, Fragrance.

Cara penggunaan: Titis 1-2 pam ke telapak tangan yang basah, urut muka dan leher dengan lembut. Bilas dengan air suam atau air biasa.

MYLARA Skincare Basic Whitening
MYLARA Skincare Basic Whitening
  • 2. MYLARA Skincare Matte Perfect CC Cream

Matte Perfect CC Cream yang bewarna natural skin tone, bertekstur lembut, tidak bercapuk bila penggunaan, tidak melekit, berbau seperti ‘almond’ dan matte finish. Ianya juga tidak berminyak, tidak kesat pada sapuan di kulit, mesra wudhu, mudah diratakan dan memberikan efek glowing natural sehingga 10jam penggunaan. Perkataan CC adalah singkatan bagi perkataan ‘Color Corrective‘.

Ia melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang berbahaya dengan SPF 30. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki tekstur kulit dan menghidrat dengan kemasan matte yang elegan. Ia berfungsi sebagai cream siang termasuk, primer pencerah kulit, foundation ringan, pelembap, dengan bahan anti penuaan dan penggalak kolagen.

Nombor notifikasi KKM: NOT190402217K

Kuantiti: 7gram

Bahan: Aqua (water), Glycerin, Pearl Powder, Argan Oil, Titanium Dioxide, PEG/PPG-20/15 Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Iron Oxide, Hydroxethyl Urea, Vinyl Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Prophylene Glycol, CI 77492, Fragrance.

Cara penggunaaan: CC Cream paling baik digunakan 15 minit sebelum terdedah pada cahaya matahari. Sapukan CC Cream rata seluruh wajah, disarankan penggunaan setiap 2jam sekiranya terdedah kepada cahaya yang lama.

  • 3. MYLARA Skincare Instabright Night Cream

Cream malam ini merupakan cream perawatan malam hari yang bewarna merah jambu dan bertekstur lembut. Ia tidakmelekit, tidak berkilat, tidak kesat pada sapuan di kulit dan mudah diratakan pada seluruh wajah. Cream malam ini dapat melembabkan kulit sehingga 8 jam dan membantu mengurangkan bintik-bintik gelap serta memutihkan kulit secara jelas seawal 14 hari dengan ramuan yang terbukti secara klinikal.

See also  Azyma Care Clay body wash: Sabun Tanah Liat Menghilangkan Bau Badan & Gatal-gatal

Nombor notifikasi KKM: NOT190402210K

Kuantiti: 7gram

Bahan: Aqua, Cetyl Alcohol, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Mineral Oil, Isopropyl Mistrace, Glycerin, Xantham Gum, Beeswax, Stearic Acid, Dimethicone, Glutathione, Alpha Arbutin, Linolec Acid, Aloe Barbadensis Extract, Licorice Extract, PEG-100, C10-11 Isoparaffin, Lecithin, Tacopheryl Acetate, Ascorbyl Palmitate, Isononyl Isononanoate, Allantoin, Lepidium Santivum Sprout Extact,Disodium EDTA, Diazolidinyl Urea, CI 77499, Fragrance.

Cara penggunaan: Dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher. Urut perlahan-lahan dalam masa 1-2 minit.

Rutin Harian Mamayanie dalam penjagaan kulit wajah:

Mamayanie suka sangat dengan set ini sebab ianya lengkap untuk asas penjagaan kulit wajah malah ianya memberi kesan kesegaran dan bersih seawal seminggu. Sebab apa hari itu Mamayanie tumbuh jerawat, dalam masa penggunaan seminggu jerawat makin surut dan kulit pun bersih selepas penggunaan. Baunya pun sangat wangi terutamanya pencuci muka tu, best sangat pakai.

MYLARA SKINCARE

Website: www.mylaraskincare.com

Instagram: www.instagram.com/mylaraskincare

Facebook: www.facebook.com/mylaraskincare

Twitter : @mylaraskincare & @mylara_skincare

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*