McDonald’s Dekati Masyarakat di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih RM500,000

Khidmat Masyarakat Bersama McDonald’s Malaysia | Siapa yang tak kenal dengan jenama terkenal McDonald’s kan, fuh Mamayanie teringat dekat menu prosperity hanya dikeluarkan sewaktu Tahun Baru Cina hihi.. Ermm sedapnya. Ehh Mamayanie bukan nak cerita pasal makanan tetapi satu Program Komuniti yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia. Dimana sebelum ini Mamayanie pernah kongsikan mengenai Program Komuniti Rumah Ronald McDonald, tetapi baru-baru ini satu program Khidmat Komuniti yang telah dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia telah diadakan di Utara Tanahair kita, iaitu Negeri Perlis pula.

Program Komuniti McDonald’s

Program Komuniti McDonald’s

Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis menyaksikan McDonald’s Malaysia menyampaikan sumbangan berjumlah RM507,500 bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik di negeri ini. Pelbagai inisiatif diumumkan di bawah Program Komuniti yang dianjurkan, termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mencemar duli menjadi tetamu kehormat majlis tersebut, yang diadakan sempena Program Kayuhan “MAIPs Peduli” kali ke-93. Baginda hadir menyempurnakan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis selepas mengadakan lawatan berbasikal di sekitar kawasan kampung di negeri ini untuk penyerahan zakat kepada golongan masyarakat yang memerlukan.

Program Komuniti McDonald’s

Agihan zakat perniagaan

McDonald’s Malaysia McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Perlis untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. McDonald’s Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia. “Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi,” kata Azmir.

See also  Singapore Day Trip Part 2 | Menarik Mercu Tanda Singapore
Program Komuniti McDonald’s

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara. “Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Perlis untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing,” kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald’s. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”

Lebih 1,000 kanak-kanak dari 36 sekolah di seluruh negeri Perlis menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020.

See also  PG MALL: Kini Penghantar Lebih Mudah Dengan Khidmat Grab Express

Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini. Pek “Kembali ke Sekolah” yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100. Pada tahun 2018, McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah.

Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald’s dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukannya. Satu inisiatif terbaik dari McDonald’s dalam sumbangan kepada masyarakat Malaysia. Tahniah !

Bagi yang berminat untuk turut serta sebagai seorang sukarelawan atau menyumbang khususnya, korang juga boleh menghubungi ibu pejabat RMHC Malaysia:

Talian: 03-7843 3388

Website: https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Trackback / Pingback

  1. RMHC Malaysia Anjur Kejohanan Golf Amal 2023 Raih RM500,000 - YanieYusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*