Assalamualaikum w.b.t

Lebih Selesa Untuk Keluarga Bercuti | Selamat bercuti sekolah, bila masuk cuti sekolah pasti ramai yang rancang untuk bawa keluarga bercuti kan. Yelah ini masanya untuk bawa anak-anak berehat dan waktu luangkan masa bersama keluarga. Mamayanie nak rekemen pada korang bercuti ke Ipoh dengan menginap di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak. Bulan lepas Mamayanie baru sahaja bercuti singkat bersama keluarga tau, dan Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak ini memang pilihan terbaik penginapan buat keluarga.

Percutian Mamayanie hari tu ke Ipoh 2 hari 1 malam jew, tapi penuh dengan aktiviti tau. Nanti Mamayanie ceritakan antara aktiviti menarik yang korang boleh lakukan di Ipoh Perak. Tapi sebelum itu, kenapa Mamayanie pilih Ipoh Perak sebagai lokasi percutian ringkas kami. Oklah macam ini, hampir seminggu jugak Babyfh demam dan kami bertapa je dekat rumah, jadinya nak bagi Babyfh suasana luar pulak. Kebetulan pulak minggu tersebut Mamayanie ada program charity bersama Obsess Cosmetics team dekat Ipoh. Sesuai sangat dah tu, terus ambil keputusan untuk bawa terus Mak dan adik sekali join, jadilah percutian keluarga ke Ipoh perak. Ipoh Perak jugak anatara lokasi yang menarik untuk bercuti, walaupun ianya bandaraya tetapi ianya masih mengekalkan keindahan alam dan paling penting tak sibuk sangat.

Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak

Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak

Bila kita bercuti paling utama nak kena uruskan adalah penginapan. Biasanya kalau hotel bilik khas untuk 2 orang jew. Tapi kalau keluarga yang ramai mesti nak cari macam rumah kan. Mamayanie tak berapa minat sangat kalau homestay sebab tiada disediakan perkhidmatan seperti sarapan. Yelah awal pagi nak cari sarapan dekat luar agak susah sedikit dengan Babyfh kan. Jadi memang lebih suka duduk dekat hotel yang siap sediakan sarapan. Akhirnya jumpa jugak hotel jenis rumah, kira macam rumah yang mempunyai 2 bilik atau 3 bilik tetapi masih mempunyai perkhidmatan hotel.

Lokasi Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak tidak jauh sangat dari bandar, leih kurang 5 hingga 10 mini sahaja. Malah kalau dari tol jugak tak jauh sangat. Kalau dari Kuala Lumpur, korang boleh exit simpang Tambun Ipoh dalam 5 minit boleh sampai. Ianya juga berdekatan dengan AEON Mall dan lot-lot kedai.

Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak

Suite 2 Bilik Tidur Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak

Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak merupakan salah satu penginapan yang sangat sesuai untuk yang mempunyai bilangan keluarga yang ramai atau kalau korang bercuti bersama-sama kawan-kawan. Mamayanie ambil jenis suite 2 bilik tidur tau, memang sangat selesa. Dalam suite ini disediakan mini dapur dan ruang tamu beserta 2 tandas.

Masuk sahaja korang akan nampak mini dapur yang lengkap dengan meja makan untuk 2 orang dan siap ada peti sejuk. Bahagian ruang tamu juga sangat selesa, lengkap dengan sofa dan television. Kalau korang nak lepak-lepak bersama keluarga dekat ruang tamu pun sangat luas dan selesa. Bukan dibilik je disediakan penghawa dingin malah dekat ruang tamu juga lengkap dengan penghawa dingin. Lagi satu wifi jugak disediakan secara percuma dan yang bestnya perkhidmatan wifi dia laju tau.

Ermm Babyfh memang asyik belari je dari bilik ke ruang tamu tau, haihh jenuh nak suruh dia duduk diam. haha Seronok tengok dia aktif dan riang ria jew. Tambahan tempat baru, lagi lah banyak benda dia nak explore kan. Itu pun siap nak manjat meja depan television tu, nasib baik dengar cakap mama dia tak bagi, hero katakan haha

Suite 2 Bilik Tidur Dengan 2 katil Single (setiap bilik)

Jenis bilik pula, Mamayanie ambil yang 2 bilik dengan 2 katil single setiap bilik. Mak dan adik duduk satu bilik dan Mamayanie semestinya dengan Babyfh kan. Tapi untuk katil Mamayanie terpaksa rapatkan katil supaya Babyfh tak jatuh sewaktu tidur. Nasib baik katil dia boleh diubah, boleh je kalau korang nak jenis katil king. Mamayanie tak kisah sangat janji selesa dan giler empuk katil nya, lena betul Babyfh tidur tau haha

Lagi satu Mamayanie tekankan adalah bab kebersihan tanda tau, ini part paling utama Mamayanie tengok. Fuh tandas dia bersih, selesa sangat dan peralatan semua masih cantik, bersih dan selesa digunakan. Mamayanie mandikan Babyfh siap duduk atas lantai tau, sebab lantai dia bersih dan tak rasa melekit atau licin.

Antara kemudahan lain yang disediakan :

  1. Iron + iron board
  2. Peti keselamatan
  3. Penyangkut baju
  4. Pengering rambut
  5. Kelengkapan tandas
  6. Meja solek
Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak

‘One Stop center’ Untuk Aktiviti

Mamayanie labelkan sebagai ‘one stop center’ kerana disini menyediakan pelbagai kemudahan untuk korang jalankan aktiviti tau. Bukan sahaja penginpan yang sangat selesa malah ianya menyediakan kemudahan yang boleh digunakan oleh setiap pengunjung yang menginap disini.

Sebenarnya Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak terletak dalam kawasan Royal Perak Golf Club (RPGC)tau. Dimana RPGC menyediakan pelbagai kemudahan aktiviti seperti :

  • Padang Gold
  • Ballroom
  • Swimming pool ( dewasa + kanak-kanak)
  • Jacuzzi pool
  • Akademi Golf
  • Gym
  • Snooker
  • Padang Tennis
Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak
Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak
Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak
Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak
Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak
Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak

Untuk ballroom korang boleh buat untuk perkahwinan tau, serius kebetulan waktu Mamayanie datang ada perkahwinan akan diadakan malam tu. Cantik sangat dewan yang telah dihias, kemas dan sangat selesa ballroom nya. Terasa nak buat perkahwinan kat situ je nanti, eh bila pulak tu tak pasti lah ye. Mamayanie gurau jew, jodoh itu kan rahsia Allah SWT insya-Allah. hihi

Selain itu, boleh juga diadakan untuk seminar atau sebarang program lain. Kalau korang buat hari keluarga juga pun best tau. Selesa dengan bilik seminarnya dan pelbagai kemudahan lain yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut:

Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak

Tempahan: +6 05-238 0022

Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah Ipoh, Perak 31400

Facebook: Putrade Allsuites at RPGC

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *