Assalamualaikum w.b.t

Tanggungjawab Zakat Untuk Keberkatan Keluarga | Bila sebut Zakat rasanya kebanyakkan orang dah tahu terutamanya umat Islam. Sekarang ini dah pelbagai cara untuk memudahkan umat Islam membayar Zakat, cuma bergantung kepada diri kita sendiri samada nak menunaikan kewajipab itu atau tidak. Yang terbaru satu inisiatif yang sangat bagus dilancarkan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi meningkatkan kesedaran umat Islam menunaikan kewajipan Zakat, iaitu Perlaksanaan Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor.

Korang mesti dah tahu apa itu Zakat kan, rasanya ramai dah tahu apa itu Zakat dan kewajipan menunaikannya. Tapi Mamayanie nak kongsikan tentang stau perlaksanaan Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor ( LZS ).

Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor

Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor

Apa itu Kempen Zakat@FAMILY?

“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.

Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.

Objektif Kempen Zakat@FAMILY

  • MEMUPUK KESEDARAN

Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.

  • PENYEBARAN DAKWAH

Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.

  • MEMUDAHKAN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB

Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor

Kaedah dan Tanggungjawab

Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk:

  • Diri Sendiri
  • Pasangan
  • Tanggungan
  • Individu di bawah jagaan

Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.

Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY”

Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor

Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor.

Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. Insya-Allah.

Korang juga boleh tontotn video ini, untuk mendapatkan maklumat dan kefahaman tentang Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor lebih lanjut. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan dari Allah SWT, aamin.

Untuk maklumat lanjut:

Website: http://www.zakatselangor.com.my/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *