Rawatan Wajah Hydraoxy Glow C di Dr. Medispa & Wellness Kajang

Assalamualaikum w.b.t

Kecantikkan Bukan Lambang Kebahagiaan Tapi Ia Lambang Keyakinan | Amboi tajuk Mamayanie ni, betul korang kecantikkan bukan lah lambang pada kebahagian tapi ianya membawa kepada keyakinan pada seseorang. Tapi bila seseorang dah penuh dengan keyakinan, ianya akan membawa kepada kebahagian tau. Cantik itu subjektif tau, mungkin bagi kita orang tu cantik tapi bagi orang lain kata tak cantik. Cuma bagi Mamayanie cantik itu adalah sihat dan bersih terutamanya wajah. Mamayanie bukan lah cantik pun, cuma sangat tekanan mengenai kebersihan kulit wajah. Bila kulit wajah bersih, ia akan memberi kulit yang sihat. Bagaimana nak kulit bersih???

Dr. Medispa & Wellness Kajang

Ini lah yang Mamayanie nak kongsikan dengan korang. Bagaimana kita nak dapatkan kulit wajah yang bersih glowing?. Cuci muka setiap hari dengan skincare juga merupakan salah satu cara penjagaan kulit yang bersih tetapi yakin ke korang ianya dapat bersih sepenuhnya. Bila pakai makeup mesti ianya akan memasuki dan menutupi pori-pori kulit wajah.

Dr. Medispa & Wellness Kajang mempunyai rawatan yang mampu membersihkan kulit wajah korang agar kelihatan lebih sihat. Mamayanie baru je lepas buat satu rawatan yang membantu kulit wajah Mamayanie agar kelihatan lebih sihat dan segar, kiranya untuk mencegah supaya kulit jadi kusam dan lemau gitu. Mungkin korang rasa jauhnya Mamayanie sanggup datang buat rawatan di Dr. Medispa & Wellness Kajang. Kebetulan hari tu Mamayanie hantar Atok Babyfh ke KLIA untuk mengerjakan Umrah. Dah ada kawasan situ terus buat carian butik spa mana yang boleh buatkan rawatan facial yang berbaloi untuk Mamayanie.

Akhirnya jumpa lah butik spa Dr. Medispa & Wellness Kajang, dengan review dari pelanggan mereka yang sangat puas hati. Lagi satu Dr. Medispa & Wellness Kajang menawarkan waktu operasi sebelah petang sehingga malam. Sesuai sangat untuk korang yang bekerja nak buat facial lepas kerja. Untung orang sekitar Kajang dan Bangi tau. hihi Lagi satu lokasinya mudah dicari dan ruang menunggu pun selesa sangat, yelah bawa Babyfh kena juga fikir semua tu.

See also  Mortgage Calculator Money Games Permainan Online Percuma Yang Dapat Membina Kemahiran Matematik

Rawatan Terbaik uUntuk Kulit Facial Hydraoxy Glow C

Kulit adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan mudah dijangkiti bakteria oleh setiap individu. Oleh itu, pilihlah tempat dan nasihat dari yang pakar sekiranya membuat rawatan facial kerana adalah mustahak dan penting bagi mengelakkan isu kesihatan dan kebersihan yang tidak diingini. Selain tu, pilih lah tempat yg berpengalaman dan dipercayai tau dan Mamayanie nak syorkan pada korang nak buat rawatan facial boleh datang ke Dr. Medispa & Wellness.

Dr. Medispa & Wellness Kajang

Sebelum datang Mamayanie sempat lah buat temujanji tau, yelah kang penuh jenuh korang menunggu pulak hihi Bila dah buat temujanji tak adalah menunggu lama. Malah staff disana juga ramah dan memudahkan kita sebagai pelanggan. Sampai sahaja Mamayanie disambut dengan penuh senyuman dan terus diorang siapkan borang. Beauty consultant diorang akan suggest kan rawatan apa yang sesuai untuk kita buat.

Untuk kulit wajah Mamayanie dicadangkan untuk buat rawatan facial Hydraoxy Glow C. Haa siapa yang pernah buat rawatan Hydraoxy Glow C mesti seronok kan dapat hasil kulit cantik bersih dan tegang. Seriously memang best dan 9 daripada 10 orang dah cuba tau dan kesannya sangat efektif kerana Dr. Medispa & Wellness sangat menjaga kualiti, menyampaikan perkhidmatan yang tip top dan harga yang sangat mesra ekonomi. Memang berbaloi, sebab tu tak rugi jauh-jauh datang.

Antara kelebihan Hydraoxy Glow C:

  • Rawatan ini akan menyedut keluar sel-sel kulit mati
  • Membersihkan whitehead & blackhead
  • Mengecilkan pores dan akan melembapkan kulit.
  • Memberi impak glowing dan segar kerana ianya menggunakan serum khas dari Dr. Medispa & Wellness bergantung kepada keadaan kulit korang.
  • Vitamin C sangat bagus untuk kulit wajah di mana ia membaik pulih wajah dari penuaan, memelihara kulit wajah, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan jeragat.
  • Meringankan kulit selepas rawatan dan kulit wajah lebih bersih.
See also  Resepi Burnt Cheesecake Paling Mudah Dengan 5Bahan

Langkah-langkah Proses Rawatan Hydraoxy Glow C

Mungkin ada korang yang tak pernah lagi buat rawatan facial Hydraoxy Glow C, sama lah macam Mamayanie. Mana pernah buat rawatang facial Hydraoxy Glow C jadi memang tak tahu apa rawatan yang diberikan. Jadi Mamayanie kongsikan langkah-langkah proses yang dijalankan dalam rawatan Hydraoxy Glow C di Dr. Medispa & Wellness.

  • FACE WASH MILK
  • FACE WASH CLEANSER
  • WAP PANAS UNTUK BEBERAPA MINIT
Dr. Medispa & Wellness Kajang
Dr. Medispa & Wellness Kajang
  • VACUUM UNTUK BUANG WHITEHEAD & BLACKHEAD
  • HYDRA + SERUM KHAS
  • ULTRASONIC
  • MASSAGE
Dr. Medispa & Wellness Kajang
Dr. Medispa & Wellness Kajang
  • OXY SPRAY
  • MASK LED
Dr. Medispa & Wellness Kajang
Dr. Medispa & Wellness Kajang

Berita baik jugak untuk korang, dengan rawatan facial tertentu jugak korang akan dapat satu rawatan urutan kaki secara percuma. Yeaazaa percuma tau. Memang sangat rilex sambil muka dibelai, kaki diurut dengan lembut. Hilang rasa penat mengejar Babyfh sewaktu dekat KLIA hari tu haha Lagi satu harga untuk rawatan ini hanya RM220.00 dan banyak lagi rawatan menarik yang korang boleh cuba. Akhir sekali Mamayanie kongsikan wajah Mamayanie selepas rawatan dengan tanpa sebarang makeup walaupun bedak tau. Lebih segar, ringan dan konfiden keluar tanpa makeup.

Untuk maklumat lanjut:

Dr Medispa & Wellness

Alamat: No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,Reko Sentral, Jalan RekoKajang, Selangor.

Website: http://www.drmedispawellness.com/rawatan.html

Temujanji: http://bit.ly/SayaNakTempahTemujanjiDrMedispaWellness

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*