Assalamualaikum w.b.t

Drama Terbaru Seperti Drama Korea| Terbaru drama yang kini hangat diperkatakan memaparkan jalan cerita yang sangat menarik dan lain dari yang lain. Katanya drama seakan drama Korea yang menampilkan lakonan hebat dari Mira Filzah dengan gandingan hero Malaya iaitu Ben Amir.

Drama ini baru ditayangkan sebanyak 4 episod tau. Astro Gempak siap buat live tayangan di channel YouTube mereka tapi hanya untuk 4 episod ini je. Selepas itu korang kena tengok dekat Astro TV channel Ria.

Drama Sweet Dreams Episod 4
Gambar: Google

Mamayanie tak tengok dari awal drama ini asalnya, tapi hangat diperkatakan di facebook wall kawan-kawan yang kata drama ini best dan menarik. Unik dari drama Melayu yang lain. Jadi apa lagi Mamyanie terus buat carian untuk tonton secara online. Mula tengok episod 1 pun dah teruja, terus tengok episod 2 dan 3. Serius memang best gler drama ni, permulaan drama pun dah best kan harapnya episod akan datang terus teruja kan kami penonton nak tengok.

Ya Allah, kehadiran lelaki itu tanpa dijangka. Jika dia baik untuk aku, Kau permudahkanlah Ya Allah. – ”Drama Sweet Dreams”

29 Ribu Penonton Untuk Episod 4 Hanya Di YouTube

Untuk episod ke 4 terus Mamayanie tengok secara online live di channel YouTube Astro Gempak. Tayangan drama Sweet Dreams episod ke4 online di Astro Gempak Channel Youtube mencecah hampir 29 ribu penonton. Fuh view dia sehingga 29 ribu penonton tau. Memang layan lah cerita ni, walaupun baru episod ke 4 dah dapat penonton yang ramai. Itu baru penonton di channel online Youtube je tau, belum lagi yang menonton di siaran Astro TV.

Drama Sweet Dreams Episod 4

Sinopsis Drama Sweet Dreams

Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya. – myinfotaip

Tayangan Drama Sweet Dreams Episod ke4

Astro Gempak

Antara pelakon yang terlibat adalah Mira Filzah sebagai Puteri, Ben Amir sebagai Qash Adam, Sean Lee sebagai Karl, Nina Juren sebagai Laila, Yuna Rahim sebagai Cempaka, Yusuf Bahrin sebagai Amar, Nasz Sally sebagai Farah, PU Azman sebagai Fadil, dan Didi Astillah sebagai Melissa.

Tak sabar pulak Mamayanie nak tahu sambungan untuk episod akan datang. Apa pun lakonan hebat dari pelakon semua memang best dan hebat lah. Tambahan lakonan Mak kepada Puteri, lakonan Nina Juren. Tahniah kepada seluruh team untuk Tayangan drama Sweet Dreams episod ke4 online di Astro Gempak Channel Youtube mencecah hampir 29 ribu penonton.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *