Disahkan Hamil Sempat Lagi Makan Durian

Assalamualaikum w.b.t

Tangisan Air Mata Gembira atau Sedih ? | Tidak pernah Mamayanie rasai satu perasaan yang Mamayanie nantikan sepanjang 7 tahun dalam usia perkahwinan. Hanya Allah SWT yang tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini. Bila muncul 2 line buat Mamayanie tak keruan sehingga mengalirkan air mata. Adakah pengalaman disahkan mengandung buat pertama kali ini memberikan air mata gembira atau sedih?

Pengalaman Disahkan Mengandung Buat Pertama Kali
Pengalaman Disahkan Mengandung Buat Pertama Kali

Pengalaman Disahkan Mengandung Buat Pertama Kali

Kumpulan 2 line? Eh korang 2 line tu bukan nama kumpulan gangster tau haha 2 line tu penanda yang muncul bila kita test menggunakan alat pregnant test sekiranya kita disahkan positif hamil. Haha Ok saja Mamayanie buat lawak yang tak jadi. Mamayanie dah lama nak kongsikan pengalaman disahkan mengandung buat pertama kali dan perasaan yang Mamayanie rasa ketika itu.

Tarikh keramat buat Mamayanie iaitu 11.11.2017 menjadi satu sejarah dalam hidup. Dalam jam 7.00 pagi segalanya terjawap, Mamayanie saja je test kehamilan pagi itu. Tak sangka seumur hidup sepanjang 7 tahun tak pernah dapat tanda 2 line tiap kali buat test kehamilan. Kali ini Allah SWT berikan kejutan dalam hidup Mamayanie, bila test je muncul 2line, pada asalnya menggunakan test kit kehamilan yang biasa jew. Beli dekat Shopee sekali dengan Ovulation OPK. Ada 5 unit Early Pregnancy Test Strip UPT tau, habis pagi tu Mamayanie gunakan. Semua menunjukkan samar-samar 2 line.

Sempat Lagi Makan Durian

Dalam perasaan masih samar-samar tu, Mamayanie sempat lagi pagi tu makan durian tau. Sebelum itu Mamayanie tak beritahu lagi berita kehamilan ini pada ensuami. Waktu tu masih lagi buntu nak bagi tahu dalam keadaan gembira atau sedih. Jadi ambil keputusan untuk tidak beritahu lagi. Hari yang sama Mamayanie dah janji dengan kawanpejabat untuk misi mencari durian. Planning kami nak makan durian dekat dusun, lama sangat teringin nak makan buah durian dekat dusun macam dulu-dulu sewaktu kecil. Tapi makan durian dekat dusun tak jadi, makan lah durian tepi jalan pun jadilah kan.

See also  Semburan Deodorant dan Wangian Badan Untuk Lelaki
Team makan durian { Wani, Laili, Fadzlan, Alif }

Makan memang tak ingat dunia dah, sedapnya tak terkata, yelah dah memang Mamayanie ni ”hantu durian”. hihi Ingat lagi kami dapat makan durian kampung, sedap nya. Waktu tu tiada siapa pun yang tahu Mamayanie kemungkinan hamil. Lepas puas makan baru lah bagi hint dekat kawan yang pagi tadi Mamayanie test kehamilan. Punyalah marah diorang pada Mamayanie sebab tak maklumkan. Diorang risau pasal kandungan, terima kasih tau sebab ambil berat pasal Mamayanie. Balik tu apa lagi kawan pun suruh pergi beli UPT yang mahal sikit untuk sah kan kehamilan. Tapi sempat jugak lah balik dari makan durian tu kami pergi makan Nasi Bamboo Sungai Klah.

Balik tu terus diorang bawa ke Watson untuk beli Pregnancy Test Strip UPT. Mamayanie tak tahu nak ambil yang mana, terus beli 2 jenis yang mana 1 tu berharga RM30 lebih gak dan satu lagi yang berapa ringgit jew. Ikutkan kawan Mamayanie nak suruh test cepat, tapi Mamayanie kata nak buat test dekat rumah. Takut jugak nak test sebenarnya, tapi nak atau tak nak kena jugak kan. Alhamdulillah setiap UPT keputusannya semua positif kehamilan. Lepas itu baru Mamayanie maklumkan pada ensuami. Perasaan Mamayanie sangat excited tambah macam tak percaya, cuma dalam kegembiraan macam-macam perasaan yang datang.

3 jenis UPT yang berbeza
3 jenis UPT yang berbeza

Kuasa Allah SWT tiada siapa yang boleh halang, babyFH membesar dalam perut dengan sihat dan sempurna. Walaupun keadaan ini bukan yang Mamayanie inginkan tapi tetap bersyukur dengan amanah dan kurniaan yang Allah SWT berikan. Maafkan mama ye sayang babyFH kerana tidak sempurna dalam menjaganya sewaktu kehamilan.  Sepanjang kehamilan macam-macam yang Mamayanie lalui, ada gembira dan ada tangisan yang hadir. Tapi babyFH tetap kuat dalam kandungan, dialah tempat mama mengadu dan luahkan. Ini adalah pengalaman disahkan mengandung buat pertama kali Mamayanie, setiap orang ada pengalaman mereka yang tersendiri.

See also  OPTOM Eyecare Bukan Sekadar Pakar Cermin Mata Malah Pakar Klinik Optometri

Alhamdulillah babyFH kini genab 4bulan, Syukur Ya Allah. Berjaya jua mama harungi 4bulan bersama babyFH mama. Insya-Allah panjang lagi perjalanan kehidupan kita, banyak perlu mama belajar untuk berikan yang terbaik dalam mendidik anak mama ini. Tak pernah putus doa mama untuk babyFH mama. Penguat dan kebahagiaan buat mama. Dia juga pendengar luahan hati mama dikala suka dan duka mama. Sentiasa memberikan senyuman dan ketawa bila mama mbuka bicara.

Sejuk hati mama melihat ketawa, tangisan dan setiap mimik raut wajah nya. Dia pandai dah sekarang nak pegang jew, tak mahu baring. Menerap pun dah pandai sekarang, alhamdulillah. Lagi satu mula nak kenal orang dah. Bila mama nak pergi kerja hantar kat opahnya tak mahu nak lepaskan mama tu. Haihh anak, kalau mama kaya-raya (hutang bny wei hahaha) mama duduk rumah jew tak payah kerje hanya jaga babyFH mama tau hahaha.

Doakan untuk Ahmad Faiz Hayyan dberikan kesihatan yang sihat, dijauhi segala penyakit, membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh, beriman dan btakwa pada Allah SWT, berjaya dunia akhirat, dilindungi oleh Allah SWT dan doakan yang baik-baik untuk babyFH ye. Aamiin ya rabbal alamin

Mama sayang sangat #babyfh. Mama Gelaran Paling Indah Dalam Hidup, Love u so much sayang.

Alhamdulillah.
BABYFH|4BULAN
{09julai2018}

Till Next Entry ye!!!

3 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. Musim Durian Perak 2023 Datang Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*