Merawat Kulit Bermasalah Dengan Hawa Skincare

Assalamualaikum w.b.t

Merawat Masalah Jerawat | Salah satu masalah yang dihadapi oleh mama baru lepas bersalin adalah bila jerawat atau masalah kulit wajah terjadi akibat alah sewaktu mengandung. Samalah macam Mamayanie, salah satu alah yang meninggalkan kesan sehingga kini. Jerawat hilang tapi bekas jerawat masih ada dan kekadang cepat je naik jerawat kembali. Tapi bukan semua yang akan dapat masalah kulit wajah sewaktu mengandung.

Mirelle Beauty Brightening Serum dan BB Cream by Hawa Skincare
Mirelle Beauty Brightening Serum dan BB Cream by Hawa Skincare

Mirelle Beauty Brightening Serum dan BB Cream by Hawa Skincare

Hampir 3 bulan dah lepas Mamayanie bersalin, yeah nak habis dah pantang 100 hari. Tapi tak berapa nak ikut jugak berpantang 100 hari haha. Cuma sekarang ini paling Mamayanie risau adalah masalah jerawat dan parutnya yang tak mahu hilang lagi ini. Mamayanie jarang nak ada jerawat sebelum ini, tapi disebabkan alah mengandung hingga sekarang ada kesannya. Macam-macam lah produk yang Mamayanie guna sepanjang mengandung sehinggalah Mamayanie diperkenalkan dengan produk yang diberi nama Hawa Skincare.

Mamayanie cerita sikit pasal produk Hawa Skincare ini. Produk Hawa Skincare dihasilkan daripada bahan kandungannya 100% bahan organik dan semulajadi yang pastinya selamat serta tiada bahan merkuri . Antara bahan yang digunakan dalam produk adalah habbatus sauda, minyak argan, madu, kulit kayu manis, minyak tea tree, minyak badam, minyak zaitun, minyak blueberry. Ianya merupakan produk buatan Malaysia dan semestinya Muslim serta dijamin 100% HALAL. Bungkusan yg sangat eksklusif & mudah dibawa kemana-mana dengan terhasilnya 5 produk dalam 1 set penuh dengan pelbagai fungsi. Paling utama produk Hawa Skincare ini bukan jenis produk timbang yang datang bertong-tong hanya tukar label tu ye, ianya telah diuji (R&D yang diiktiraf) dan mendapat Kelulusan KKM.

See also  Wan Izhar Photographer | Tak Jemu Layan Kerenah Blogger

Mamayanie gunakan 2 produk keluaran Hawa Skincare ini iaitu Mirelle Beauty Brightening Serum dan BB Cream by Hawa Skincare. Untuk merawat masalah jerawat Mamayanie ni, Mamayanie mencuba Mirelle Beauty Brightening Serum dan BB Cream by Hawa Skincare pula digunakan untuk menutup kesan jerawat bila Mamayanie nak keluar rumah.

Mirelle Beauty Brightening Serum

Kenapa hanya pakai serum? Untuk tukar produk kita perlukan masa kiranya bagi kulit wajah kita rehat sekejap untuk kita tukar produk skincare khususnya pencuci muka. Tapi Mamayanie tak nak biarkan waktu rehat ini kosong, jadinya Mamayanie pakai serum untuk mengawal kulit wajah dan membantu merawat kulit  yang bermasalah ini. Ini cara Mamayanie ye sebab kulit kita berbeza-beza jenis dan alahan.

Bahan kandungan utama yang digunakan untuk menghasilkan serum ini adalah Vitamin E, Argan Oil, Blueberry Oil, Minyak Zaitun dan Cinnamon Oil.

Mirelle Beauty Brightening Serum ini membantu mengekalkan keremajaan wajah, mengelakkan kedutan dan mengaktifkan sel kulit baru. Selain daripada membantu merawat masalah jerawat, ianya mempunyai kandungan pelembab yang tiggi mampu mengekalkan kelembapan kulit dan melicinkan kulit wajah.

Keistimewaan lain Mirelle Beauty Brightening Serum adalah:

  • Ia sesuai untuk kulit kering, normal, kombinasi dan sensitif.
  • Mencerahkan kulit daripada masalah kulit kusam.
  • Membantu menutup liang-liang pori besar
  • Merawat masalah jerawat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Merawat masalah kulit kering
  • Melembabkan kulit wajah
  • Merawat kulit sunburn
  • Bebas dari bahan kimia terlarang

Cara penggunaan: Pam sekali sahaja dan ratakan seluruh wajah. Jika wajah jenis berminyak, jangan sapu serum ini terlalu tebal untuk pemulaan 7 hari. Gunakan pada waktu malam, digalakkan juga guna pada waktu siang. Hentikan penggunaan jika terdapat kesan sensitif.

See also  2K19: New Chapter New Life

Mirelle Beauty BB Cream

Mamayanie palig suka dengan BB Cream dari Hawa Skincare ini tau kerana ianya agak berbeza dari segi sturktur creamnya. Paling best ianya tidak berminyak, tidak bercapuk bila kita pakai dan mencerahkan kulit. Tidak lah secerah makeup Opera Cina, ianya lebih natural untuk kulit gelab macam Mamayanie.

BB Cream ini bukan sahaja untuk menutup menutup pori-pori besar dan parut jerawat malah ianya membantu melindungi kulit wajah daripada sinaran UV merbahaya. Kiranya 3 dalam 1 ini, ianya menjadi pelindung kulit dikala kita terdedah dibawah cahaya matahari, sebagai alat makeup dan membantu menjadikan kulit muka lebih cerah dan gebu.

 

Keistimewaan:

  • Krim pelindung dengan SPF30 yang melindungi wajah 97% dari sinaran UV merbahaya.
  • Ia sesuai untuk kulit kering, normal, kombinasi dan sensitif.
  • Menjadikan kulit muka lebih cerah dan gebu.
  • Membantu menutup liang-liang pori besar dan parut jerawat.
  • Tidak berminyak & bercapuk.
  • Mudah dibersihkan & mesra solat.
  • Menjadikan kulit muka anda lebih berseri apabila berpeluh.
Cara penggunaan BB Cream: Sapukan pada seluruh wajah selepas ‘purifying toner’.
Cara penggunaan BB Cream: Sapukan pada seluruh wajah selepas ‘purifying toner’.

Alhamdulillah makin hari makin berkurang sedikit jerawat dekat muka ini, tapi masih ada parut. Perlahan-lahan lah ye untuk memperbaiki kulit wajah yang bermasalah. Lupa pulak nak bagitahu ada sesetangah orang tak tahu serum ini penting ke? serum sangat penting tau untuk korang yang nak jaga kulit wajah dan patut jaga dari awal kerana makin lama nanti kulit wajah akan kurang anjal disebabkan faktor usia. Dari remaja kita kena jaga supaya kekal cantik awek muda.

Serum korang boleh pakai pada waktu malam dan siang, jangan risau kalau korang guna serum dari Hawa Skincare ini tak melekit dan cepat kering. Korang akan rasa magic nya serum ini kerana lembut sangat kulit lepas pakai tau. Apa lagi untuk lebih info dan harga korang boleh layari website link dibawah.

See also  Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Cherating Pahang

 

Untuk maklumat lanjut:

Mirelle Beauty Brightening Serum dan BB Cream by Hawa Skincare

 

Till Next Entry ye!!!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*