Perkahwinan Satu Mimpi Yang Indah

gambar sumber dari google.com

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Ulangtahun | Perkahwinan adalah satu mimpi indah dan wangi. Mimpi yang kita tidak ingin terjaga kerana ianya mimpi yang sangat indah. Perkahwinan itu sebuah kebahagian dan kebahagian itu hadir dari perjuangan dua insan. Mencintai itu memerlukan jalinan hati yang menjadi kekuatan untuk mengikat rasa sayang dan rindu dua jiwa. Biarlah setiap memori itu menjadi indah buat selamanya. Moga hadirnya sicomel #FHjunior menjadi hadiah paling indah dalam kehidupan.

Selamat Hari Ulangtahun Persandingan ke 7 tahun
Selamat Hari Ulangtahun Persandingan ke 7 tahun

Selamat Hari Ulangtahun Persandingan ke 7 tahun

Alhamdulillah 5 Febuari 2018 genab tahun ke 7 hari persandingan Mrsyanie dengan ensuami. Teringat saat waktu majlis persandingan, jalan ibarat raja dan permaisuri ala VVVIP tau. Disambut dengan penut irama muzik merdu (waktu itu Mrsyanie pilih lagu dari Maher Zain iaitu Barakallah tau) gitu hihi. Bila kita buat majlis pada hari yang berbeza dan bulan yang berbeza bahagian yang seronoknya adalah bila kita sambut.

Hari tu bulan Januari sambut hari ulangtahun untuk majlis pernikahan, bulan Febuari pulak sambut ulangtahun persandingan. Untung lah dapat hadiah 2 kali. hihi Macam tahun sebelum ini Mrsyanie suka dengan sambutan macam candle light dinner, percutian honeymoon tapi tahun ini Mrsyanie tak mintak hadiah lain, cukup sekadar doa dari Ensuami untuk kebahagian dan panjang umur sicomel dalam perut Mrsyanie sekarang. Kini sicomel FHjunior berusia 17 minggu 3 hari dalam perut Mrsyanie, hari yang cukup indah.

Selamat Hari Ulangtahun Persandingan ke 7 tahun
Selamat Hari Ulangtahun Persandingan ke 7 tahun

Inilah hadiah paling berharga yang Allah SWT kurniakan sepanjang tempoh 7 tahun kami menanti kehadirannya. Terasa cepat masa berlalu, tak sangka pejam celik sebenarnya dah 7 tahun. Dalam kehidupan yang penuh dengan suka duga itu yang menjadi salah satu memori atau kenangan yang paling indah dalam hidup berumahtangga. Apa pun dugaan yang mendatang kita berserah dan niat kerana Allah SWT. Selamat Hari Ulangtahun Persandingan yang ke 7 tahun buat ensuami, semoga kita diberikan kebahagian dan kehidupan yang terbaik buat masing-masing. Tiada yang indah selain berada disisi Ensuami dan menanti saat kita bergelar Abah dan Mama kelak.

See also  Menang 4D3N Ke Manchester United Kingdom Bersama DASHING

 

Till Next Entry ye!!!

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*