Tips Travel Bajet Dengan Make 11.11 Fly Traveloka

Percutian Bajet Boleh Dirancang | Korang masih ingat tak Mrsyanie ada kongsikan dengan korang lokasi wishlist yang Mrsyanie  target untuk ke Bangkok Thailand tu. Tengoklah betapa lama Mrsyanie rancang untuk kesana. Bukan apa Mrsyanie lebih suka kalau travel kita dalam keadaan bajet yang sangat minimum, kira travel bajet lah. Dengan ekonomi sekarang ini kita perlu bijak dalam memilih dan merancang percutian yang menggunakan bajet yang paling minimum. Jom Mryanie kongsikan Tips Travel Bajet.

Tips Travel Bajet
Tips Travel Bajet

Tips Travel Bajet

Mrsyanie nak kongsikan dengan korang antara tips-tips dalam merancang percutian bajet yang boleh korang gunakan. Setidaknya korang dapatlah gunakan tips ini untuk travel, jangan cakap hakak tak payungkan tau. hihi Mrsyanie sendiri amalkan tips ini tau, yelah nak dapat duit yang banyak sekali gus tu jenuh jugak.

1. Rajin Melihat Tawaran Promosi

Untuk ini korang perlu rajin lah sket dalam mencari tawaran-tawaran promosi yang murah di internet. Korang perlu lihat perbezaan harga dan kemudahan yang diberikan bagi setiap tawaran. Korang boleh lihat mana yang lebih menguntungkan supaya percutian korang akan berada dalam bajet yang rendah. Jangan malas tau untuk buat carian tawaran promosi ye. Korang boleh lihat tawaran dari segi tiket flight dan penginapan, samada pembelian asing atau pembelian sekali. Kira macam combo pakej tiket flight dan kemudahan sekali lebih mudah.

Tips travel bajet dengan promosi hebat Traveloka antara website travel yang boleh korang jadikan rujukan. Ini kerana diorang selalu buat promosi hebat dan murah serta berbaloi. Bukan sahaja tiket kapal terbang malah ada juga tawaran penginapan sekali. Tak perlu korang nak susah-susah cari website berbeza untuk rancang percutian korang. Pastikan korang star atau bookmark page Traveloka dalam komputer korang tau hihi.

See also  Masalah Anda, Penyelesaian Kami : 3BSkin

2. Tempahan Awal Tiket Flight

Mrsyanie selalunya akan beli tiket flight lebih awal, supaya tidak terasa beban dalam pengeluaran duit untuk travel. Malah korang boleh dapatkan tiket flight yang lebih murah tau kalau beli lebih awal. Contoh Mrsyanie pergi ke South Korea yang lepas, tiket flightnya Mrsyanie beli lebih awal hampir 6 bulan hingga 1 tahun. Jika korang nak tahu kalau korang beli tiket sewaktu dekat dengan tarikh travel yang korang rancang, harga tiket memang akan lebih mahal tau. Harga bagi tiket flight Mrsyanie dan Mrlaling hanya RM1400.++ (pergi balik) pembelian lebih awal, manakala adik Mrsyanie hampir RM1400.++ juga tapi untuk seorang. Beza hampir RM700.00 tau.

Tips Travel Bajet Dengan Make 11.11 Fly Traveloka

3.  Jenis Dan Tempahan Awal Penginapan Pilihan

Selepas membuat pembelian tiket flight baru korang boleh rancang tempahan penginapan pula. Tetapi korang perlu tahu lokasi yang korang nak tuju dan pilih lokasi yang strategik untuk korang bergerak.  Kemudian korang perlu tahu penginapan jenis bagaimana samada nak hotel, homestay atau lain-lain jenis bergantung pada harga dan bilangan orang yang travel.

4. Travel Bersama Rakan-rakan

Bukan tidak boleh travel seorang, tetapi lebih untung jika korang travel secara berkumpul samada 2-4 orang. Bila korang travel ramai ianya bagus sebab boleh lakukan konsep kongsi dari segi makanan, penginapan dan berat luggage. Malah ianya juga dapat memeriahkan lagi trip percutian korang.

5. Rancang Lokasi Yang Ingin Dilawati

Korang perlu rancang lokasi atau tempat menarik yang korang nak lawati. Sebagai contoh jika ke Bali Indonesia, korang nak ke Pantai Dreamland jadi korang perlu tahu ianya terletak dimana dan rancang kos-kos pengangkutan untuk kesana melalui bacaan di blog-blog yang pernah orang lain lawati. Tapi harus diingatkan ianya hanyalah perancangan kos untuk kesana, sebab harga sebenarnya apabila korang sampai disana nanti.

See also  Tea Boss Minum Seperti Boss

6. Tips Travel Bajet Bawa Bekalan Makanan

Ini paling Mrsyanie suka amalkan, kalau nak travel memang akan bawa bekalan makanan dari Malaysia tau. Nak jimat punya pasal, bukan apa kita nak travel bukan nak makan jew tetapi nak melihat lokasi dan budaya orang luar. Dari kita beli makanan yang mahal diluar lebih baik bawa sendiri, korang boleh bawa makanan yang mudah dibawa seperti pek makanan segera, biskut atau lain-lain.

7. Limit Perbelanjaan Yang Penting Sahaja

Bila kita travel dalam bajet, satu harus diingatkan korang perlu kawal nafsu pembelian. Contoh barangan cenderahati yang tidak sepatutnya tidak perlu dibeli. Mungkin korang hanya boleh beli 1pcs sahaja fridge magnet atau apa-apa cenderahati yang boleh melambangkan negara tersebut. Kiranya nak jadi kenangan lah kan cuma korang jangan beli yang terlampau mahal dan jika tidak perlu pun boleh. Kerana kita travel untuk melihat tempat dan budaya orang bukan untuk shopping.

8. Limitkan Bagasi

Bagasi juga penting untuk korang plan perancangan kerana jika berat bagasi korang terlebih dari hadlimit yang ditetapkan oleh pihak penerbangan tersebut korang akan dikenakan bayaran tambahan. Ianya akan merugikan malah bajet juga akan melebihi had yang korang tetapkan kerana cas bagasi sewaktu hari penerbangan akan lebih mahal. Korang bawa hanya keperluan asas sahaja dan korang perlu tetapkan pakaian yang korang nak pakai mengikut hari atau tempoh percutian yang korang rancang. Jika seminggu korang nak bercuti tak akan korang nak bawa sampai sehingga 1 almari baju kan, jadi limitkan kuantiti pakaian yang korang nak bawa.

9. Tips Travel Bajet Cuti Diluar Musim

Tips ini Mrsyanie selalu gunakan untuk percutian dalam negara sahaja, korang boleh tetapkan percutian diluar musim cuti sekolah atau low season. Ini kerana jika korang berada diluar low season kos dari segi penginapan akan berkurang, korang boleh rujuk dulu website kalender untuk tentukan waktu atau tarikh yang berada diluar peak season. Lagi menarik jika diluar peak season korang tidak perlu berebut-rebut untuk ke mana sahaja dan tidaklah berlaku kesesakan.

See also  Kota Kinabalu : Reasons Why Many Penangite Love to Visit Kota Kinabalu

Tips Travel Bajet Dengan Promosi Hebat Traveloka

Nak cari tiket murah? Mrsyanie ada berita gembira untuk korang yang kaki travel atau yang nak mulakan travel Mrsyanie nak kongsikan dengan korang tips travel bajet dengan promosi hebat Traveloka. Untuk pengetahuan korang Traveloka akan adakan satu promosi hebat untuk pembelian tiket kapal terbang yang diberi nama ”Make 11.11 Fly” tau.  Kira macam sale hujung tahun istimewa untuk korang ni, pastinya murah giler sebab kalau Traveloka buat sale memang harga murah untuk korang.

Tips Travel Bajet Dengan Promosi Hebat Traveloka
Tips Travel Bajet Dengan Promosi Hebat Traveloka

Make 11.11 Fly Traveloka

Bagi kempen Make 11.11 Fly Traveloka ini akan berlangsung selama 3 hari yang bermula dari tarikh 10, 11 & 12 hb November 2017 ini. Setiap pembelian minimum adalah untuk 2 orang tiket flight return ke mana-mana sahaja destinasi (yang ini korang kenalah tunggu sale keluar baru tau lebih lanjut hihi).

Jangan lupa checkout website Traveloka sempena sale hujung tahun istimewa untuk korang yang ingin melancong keluar negara atau dalam negara menaiki kaplterbang. Ini adalah peluang keemasan untuk korang rancang percutian korang kemana sahaja dengan kempen Make 11.11 Fly! Traveloka.

Alah semua dihujung jari sekarang tau, muat turun aplikasi traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini dan nikmati bakal percutian murah korang kemana sahaja dengan tips travel bajet dengan promosi hebat Traveloka.

Untuk maklumat lanjut Traveloka Malaysia

Pelbagai lagi destinasi menarik untuk dilawati, layari:

Website: https://www.traveloka.com

Facebook: TravelokaMY 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*