Mini Karnival Kebudayaan Orang Asli Di Tadom Hill Resort

Assalammualaikum w.b.t

Tarikan Pelancong Ke Malaysia |  Bila sebut keunikkan Malaysia mesti salah satunya adalah kita hidup dalam berbilang kaum dan semestinya penuh dengan perayaan yang disambut bersama-sama. Bukan sahaja dari segi perayaan kaum Melayu, Cina dan India, malah Malaysia juga penuh dengan berbilang kaum yang menjadi salah satu tarikan pelancong ke Malaysia. Sempena Hari Malaysia yang lepas, Mrsyanie berkesempatan untuk turut serta dalam meraikannya bersama dengan keunikkan kebudayaan Orang Asli yang diadakan di Tadom Hill Resort Banting.

Mini Karnival Kebudayaan Orang Asli Di Tadom Hill Resort
Mini Karnival Kebudayaan Orang Asli Di Tadom Hill Resort

Mini Karnival Kebudayaan Orang Asli Di Tadom Hill Resort

Seperti tahun yang lepas pihak Tadom Hill Resort turut mengadakan sambutan Hari Malaysia 2016 yang lebih memfokuskan kepada pendedahan aktiviti yang unik di Malaysia. Ada pelbagai aktiviti rakyat dari kaum-kaum yang ada di Malaysia. Tetapi tahun ini Tadom Hill Resort telah membawa satu konsep dalam memperkenalkan lebih mendalam tentang Kebudayaan Orang Asli dengan mengadakan Mini Karnival Kebudayaan Orang Asli Di Tadom Hill Resort.

Dengan kerjasama jawatankuasa dan kebudayaan Orang Asli, pelbagai aktiviti diadakan bagi memperkenalkan keseniaan yang ada dalam perkauman Orang Asli. Mrsyanie memang sangat teruja yelah ianya bukan sahaja menarik minat pelancong luar, malah ianya bagus untuk pendedahan kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Tadom Hill Resort memang tak dpaat dipisahkan dengan konsep kebudayaan Orang Asli, tengok sahaja dari segi struktur resort pun sangat unik dan mempunyai konsep pernginapan yang sangat berbeza dari yang lain.

Sepanjang Mini Karnival Kebudayaan Orang Asli Di Tadom Hill Resort berlangsung korang boleh lihat dan rasai sendiri kesenian yang dijalankan. Macam dibawah ini patung topeng yang diukir dengan tangan oleh Orang Asli yang sangat menarik. Dari pokok diorang leh ukir sehingga menjadi secantiknya tau.

See also  Curio by Green Paradise | Pusat Rawatan Dan Penjagaan Kaki dan Tangan

Disini korang boleh mencuba sendiri untuk belajar cara penghasilan patung topeng atau baju rasmi kesenian Orang Asli. Setiap kaum ada kesenian yang tersendiri, begitu juga dengan kebudayaan Orang Asli. Diorang mempunyai nilai -nilai estetika yang menjadi kebanggaan kaum tersebut.

Baju diatas ini dihasilkan dari pokok  yang dihasilkan oleh mereka yang menjadi baju formal kesenian Orang Asli. Yang di Tadom Hill Resort ini korang boleh cuba tau dan siap ada macam headband kepala lagi.

Aktiviti Sukaneka Hari Malaysia 2017

Selain dari aktiviti Kebudayaan Orang Asli, pelbagai lagi aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak resort. Disini korang boleh join segala aktiviti yang dianjurkan secara terbuka kepada semua pengunjung yang ikuti program yang dijalankan. Antara permainan yang dijalankan seperti ‘Musical Chair’, tarik tali, sumpit, dart dan sebagainya. Setiap permainan disertakan hadiah tau supaya ianya lebih menarik dan menjadikan ia satu aktiviti yang sangat seronok. Mrsyanie masuk dart jew, hihi tu pun tak kena haha Yang pasti Mrlaling dipaksa untuk masuk ‘Musical Chair’ hihi.

Bila korang join aktiviti seperti ini, tiada istilah tak kenal tau. Yelah disinilah korang akan kenal rakan baru dan semangat pasukan dijalankan. Tak kenal maka tak cinta ehh bukan cinta, haha tak kenal maka tak berkawan lah kan. Ini antara salah satu konsep yang boleh dipupuk antara sesama manusia tak kira kita dari negara mana dan kaum mana.

Terima kasih dan tahniah kepada pihak Tadom Hill Resort kerana telah menaikkan kesenian kebudayaan Orang Asli supaya ianya dapat diperkenalkan bukan sahaja dimata rakyat Malaysia malah diperkenalkan dalam sektor industri pelancongan negara. Bagi korang yang ingin rasai dan kenali akan kebudayaan Orang Asli, akan datang korang boleh sertai program yang dianjurkan oleh pihak resort. Bawalah anak-anak dan keluarga supaya kenali budayaan yang ada di Malaysia.

See also  Berbuka di Four Points by Sheraton Puchong

 

Untuk maklumat lanjut:

Tadom Hill Resort

Alamat: KAMPUNG ORANG ASLI, BUKIT TADOM,

42700 BANTING, SELANGOR.

(GPS: 2.8104925,101.6264641)

No Tel: 012-5225728, 012-5225908, 012-5225883

Email: info@tadomhillresorts.com

Facebook: Tadom Hill Resort

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

 

Till Next Entry ye!!!

3 Comments

  1. Wow.. bagus ni.. banyak info boleh dapat berkaitan tadom hill resort kat sini…

    terima kasih ye.. sbb kebetulan tengah cari info berkaitan tadom hill ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*