Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

Assalammualaikum w.b.t

Kejutan Dengan Wangian | Pernah tak korang dapat kejutan dikala waktu petang tambahan pulak waktu tu kita tengah kalut nak masak untuk makan malam. Fuh mau naik darah bila waktu tu lah dia pakat main hon kereta. hihi Nasib baik abang yang hantar ni bagi kita kejutan tau. Ingatkan siapa rupanya orang hantar barang, nasib baik barang nya besar. Teruja lak seketika bila dapat bungkusan besar hihi.

Stunning Rangkaian Wangian Terbaru Dari Enchanteur

Bukan main teruja nak buka ini, yelah petang-petang baru dihantarnya. Bagus gak hantar petang sebab kalu datang awal orang belum balik kerja lagi. Terima kasih abang posto. hihi Buka je bungkusan mata mula lah bersinar-sinar. Kotaknya cantik sangat dan warna memukau pandangan tau serta berkain baldu. Buka je rupanya set produk terkenal iaitu produk wangian ENCHANTEUR. Siapa tak kenal dengan jenama ENCHANTEUR yang menjadi ranking dalam pasaran produk wangian.

ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.- ENCHANTEUR

Menariknya kali ini disertakan dengan kotak yang cantik dan bertingkat tau. Dah pikir kotak ni cantik buat simpanan alat makeup ni hihi.. Dihiasi pula dengan bunga-bunga melambangkan produk terbaru ENCHANTEUR kali ini lebih harum dan mempersona. Ehh kotak misteri ini siap ada cermin tau, menarik sangat.

Stunning Rangkaian Wangian Terbaru Dari Enchanteur
Stunning Rangkaian Wangian Terbaru Dari Enchanteur

Stunning!

Stunning rangkaian wangian terbaru dari ENCHANTEUR yang direka khas untuk wanita yang tampil menawan, mempersona dan menyerlahkan penampilan serta personaliti pemakai. Lebih menaikkan aroma sensual dan menjadikan dia wanita yang istimewa apabila pakai wangian Stunning dari ENCHANTEUR.

 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Wangian mempesona ini merupakan gabungan wangian dari Turkish Rose dan Magnolia, dimaniskan lagi wangiannya dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Cukup lengkap wangian ini untuk wanita yang boleh serlahkan aroma Keanggunan  dan mempesona.

See also  PERSIAPAN RAYA BERSAMA LAZADA MALAYSIA

Wangian Stunning hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi seperti Eau de Toilette, losyen, deodoran, dan bedak yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus kain satin dan harum segar sepanjang hari. Buka je kotak misteri ini bahagian atas terdapat produk Eau de Toilette (EDT), dan Losyen Satin Smooth.

Stunning Eau de Toilette (EDT)

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya.

Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

Losyen Satin Smooth

Losyennya pula sangat lembut dan tidak terlalu berminyak. Kalau korang pakai ianya akan memberi kelembutan dan tak adalah korang rasa melekik kerana ianya mudah meresap. Mrsyanie suka dengan Losyen Stunning ni, wangi sangat. Selepas mandi wanjib pakai untuk mengekalkan kelembutan kulit tangan dan kaki.

Bahagian mini laci pada kotak misteri disertakan 3 rangkaian produk Stunning iaitu bedak, perfume deo mint, dan deodorant yang penuh dihiasi dengan bunga-bunga. Yeahh dapat bedak ENCHANTEUR, Mrsyanie suka dengan bedaknya sebab ianya memang wangi dan harumannya tahan tau. Dari dulu kalau beli bedak mesti ENCHANTEUR  menjadi pilihan tau, hampir kesemua bedaknya mempunyai wangian yang terbaik.

Harga Pasaran

  • ENCHANTEUR Eau De Toilette :RM28.20 (termasuk 6% GST) / 50ml.
  • Losyen Enchanteur (pelbagai saiz) :Harga bermula dari RM5.40 hingga RM17.60.
  • Deodoran Enchanteur ( stik, bebola dan juga semburan) : dari RM4.90 sehingga RM8.40
  • Bedak Enchanteur (pelbagai saiz): dari RM4.40 hingga RM11.80.
See also  SYAHIRAH KOREAN SECRETS | Miliki Wajah Cantik Persis Artis Korea Raya Ini

Pastinya harga berpatutan dengan wangian yang berkualiti. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.

 

Untuk maklumat lanjut:

ENCHANTEUR MALAYSIA

 

Website: www.enchanteur.com.my

Facebook: www.facebook.com/EnchanteurMY

Rankaian Produk ENCHANTEUR :  Enchanteur Paris 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*