Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Cherating Pahang

Assalamualaikum w.b.t

Percutian Ke Cherating Pahang | Baru-baru ni Mrsyanie dan Mrlaling bersama dengan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan aktiviti hari keluarga di Cherating. Kenapa pilihan kami ke Cherating? Cherating merupakan sebuah bandar peranginan di pantai timur Malaysia yang mempunyai keunikkan dan keindahan yang tersendiri.

Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Cherating Pahang
Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Cherating Pahang

Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Cherating Pahang

Cherating antara salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di Pahang khususnya dikalangan pelancong tempatan mahupun luar negara. Ianya terkenal dengan Pusat Penjagaan dan Perlindungan Kura-kura dan Penyu.

Ini baru serba sedikit tentang Cherating, banyak lagi menarik yang boleh korang terokai disana. Mrsyanie bukan nak cerita pasal sejarah Cherating tau, Mrsyanie nak kongsikan dengan korang itinerary percutian 3 hari 2 malam di Cherating Pahang yang boleh korang jadikan sebagai panduan percutian di sana.

Itinerary The Legend Resort Cherating pahang
Itinerary The Legend Resort Cherating pahang

Itinerary 3 Hari 2 Malam Di The Legend Resort

Itinerary ini telah dirancang atau disediakan oleh pihak The Legend Resort bagi percutian santai selama 3 hari 2 malam yang berkonsepkan ”Hari Keluarga #KBBA9”.

Hari Pertama:

  • Check-in sekitar jam 2:00 petang
  • Free at Leisure
  • Jam 7:00 petang, Dinner di Coffee House
  • Bergerak dari Legend Cherating ke Hafiz Firefly Tour
  • Penerangan dari Encik Hafiz (Hafiz Firefly Tour)
  • Pengalaman Firefly Tour (Program melihat kelip-kelip)
  • Hotel Presentation di Sri Kenanga Hall
  • Supper di Coffee House

Hari Kedua:

  • jam 6.45 pagi, Sunrise Watching
  • Sarapan di Coffee House
  • Jam 9:00 pagi, Telematch atau sukaneka keluarga
  • Makan Tengahari di Coffee House
  • Menaiki Bas ke Pusat Pembuatan Keropok Lekor
  • Melawat ke Turtle Sanctuary
  • Melihat Keindahan Mangrove Tours di Sungai Cherating
  • Turtle Release at The Legend Resort Cherating
  • BBQ Dinner Pirate Night Theme Party di Deep Sea Beach Bar
See also  Aktiviti Telematch Dan Scuba Menguji Ketahanan Diri

Hari Ketiga:

  • Jam 7:00 pagi sarapan di Coffee House
  • Sea Rafting (Aktiviti berkumpulan)
  • Melawat Sekitar Resort
  • Makan Tengahari dan Check-out

Percutian hari keluarga kali ini disusun dengan pelbagai aktiviti menarik dan santai yang disediakan oleh pihak The Legend Resort. Terima kasih kepada pihak The Legend Resort yang menyediakan pelbagai kemudahan dan jadual perjalanan percutian yang cukup seronok. Bukan sahaja dapat melihat keindahan dan keunikkan yang terdapat di Cherating malah kami dapat ukhuwahkan lagi ikatan silaturahim antara ahli Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari.

Banyak lagi Mrsyanie nak cerita setiap aktiviti yang kami jalankan tau, tak sabar nak cerita ni.hihi Korang kenalah tunggu entry selanjutnya, sebelum tu Msryanie sangat syorkan pada korang yang tengah mencari lokasi menarik untuk hari keluarga, seminar ataupun kursus ”team building” boleh datang ke The Legend Resort ni. Diorang boleh aturkan segala perancangan aktiviti menarik untuk korang tau. Moga itinerary percutian 3 hari 2 malam di Cherating Pahang ini dapat memberi satu panduan untuk korang bercuti dalam Malaysia.

 

Maklumat lanjut:

THE LEGEND RESORT CHERATING

Director of Sales : Encik Meor Amran

Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating,

26080, Kuantan, Pahang Malaysia.

No Tel: 013 3319822

E-mail : dos@legendresort.com.my

Website : www.legendresort.com.my

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

11 Comments

  1. Memang tempat ini Charating Resort,, Pahang menarik dan sangatcsesuai untuk bercuto sempena cuti sekolah, boleh bawa keluarga.

    Saya pernah ke sana 1 hari 1 malam. Best sangat-sangat.

    Tidak rugi bercuti ke sana.

  2. Memang best KBBA9 FAMILY DAY kali ni kan yanie.. terbaek.. aktiviti memamg padat tapo kita enjoy .. seronok dapat jumpa ramai2..bila lagi laa blh jumpa.balik..

1 Trackback / Pingback

  1. Cherating Pahang Pilihan Percutian Hari Keluarga KBBA9

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*