Kali Pertama Beraya ?

Assalammualaikum w.b.t

Tanpa Abah Disisi |  Tahun 2017 membawa perubahan besar dalam sambutan suasana Hari Raya Aidilfitri bagi Mrsyanie dan keluarga. Banyak perancangan sewaktu arwah ada tau, tema baju raya pastu tahun ini juga kami dapat beraya semua adik-beradik sekali. Dan tahun ini jugak kami planning nak buat lemang sendiri tau. Semuanya kami buat walaupun Abah tiada disisi tapi kami yakin Abah sentiasa ada dalam hati kami setiap minit dan saat.

Tahun 2017 Kali Pertama Beraya
Tahun 2017 Kali Pertama Beraya

Tahun 2017 Kali Pertama Beraya

Terasa kelainan bila Abah tak ada tau bila sambut Hari Raya, sedih?? Teramat sedih dan Mrsyanie rasa masih belum puas untuk bermanja dengan Abah. Tapi hakikat dan takdir perlu kita terima dengan keredhaan, ingat yang hidup pasti akan pergi jua buat selamanya. Tahun 2017 kali pertama beraya kami raya tanpa Abah dan tahun ini kami dapat beraya dengan semua adik beradik tau, semua balik ke rumah Mak. Seronok dapat berkumpul, gelak tawa dan pasti setiap sudut hati kami terasa sunyi tanpa kehadiran Abah tercinta.

Pagi raya selepas solat Aidilfitri, kami terus ke pusara Abah. Sayu rasanya nak jejakkan kaki kesana, dari jauh dah nampak pusara Abah yang bersih dan putih. Tak pernah menduga yang Mrsyanie akan lalui saat-saat seperti ini. Hanya Allah SWT yang tahu isi hati kami dan pastinya Mak yang cukup terasa kehilangan. Tapi Mrsyanie sangat bangga dengan Mak, dia seorang yang cukup tenang dan kuat hatinya. Raut wajahnya sentiasa penuh dengan senyuman dan sentiasa melayan telatah cucu-cucunya.

Tahun 2017 kali pertama beraya dengan rasa lemang yang ahli keluarga Mrsyanie buat. Pertama kali belajar buat lemang tau, nasib baiklah ada Mrlaling dan abang ipar. Diorang dah biasa buat lemang di kampung masing-masing. Jadi kita gunakan kepakaran diorang lah, dan yeahh lemang masak dengan baik dan lembut. Fuh tahun depan boleh buat lagi ni haha.. Kali ni jugak dapat lah Mrsyanie layan makan Ketupat Daun Palas, yang ini Mrsyanie diajar sewaktu duduk di Kedah. Nak cari buluh lemang mana nak dapatkan, jadinya orang Kedah ajar Mak buat Ketupat Daun Palas.

See also  Sempoa Kaedah Pengiraan Kian Pupus

Bukan senang nak bungkusnya, jenuh jugak lah Mrsyanie belajar nak membungkus Ketupat Daun Palas ni. Jenuh dok bungkus akhirnya mintak tolong Mak yang simpulkan hihi.. Tak pe nanti kita cuba lagi ye..ehh haha.. Apa-apa pun suasana Raya tahun ini, Mrsyanie mohon ampun jika tersalah kata dan tersalah menulis. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Mrsyanie dan Mrlaling sekeluarga.

Tema Raya kehijauan alam gitu hihi
Tema Raya kehijauan alam gitu hihi

 

Cerita Raya Setiap Tahun !

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*