Berita Baik Untuk Kaki Cuti : Cukai Pelancongan

Assalammualaikum w.b.t

Cukai Perlancong Disama Ratakan | Mengenai isu cukai perlancongan yang lepas dikatakan akan dikenakan kepada seluruh hotel di Malaysia dari hotel 5 bintang sehingga tiada bintang. Kini satu berita baik telah disampaikan oleh Menteri kita mengenai isu cukai. Rakyat Malaysia dikecualikan dari cukai pelancongan yang telah dipersetujui dan disampaikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Rakyat Malaysia dikecualikan Dari Cukai Pelancongan
Rakyat Malaysia dikecualikan Dari Cukai Pelancongan

Rakyat Malaysia dikecualikan Dari Cukai Pelancongan

Sumber yang Mrsyanie dapat dari BH Online yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia dikecuali cukai pelancongan dan ianya hanya dikenakan keatas pelancong luar negara sahaja. Malah kadar cukai yang ditetapkan adalah dengan kadar yang sama sebanyak RM10.00 keatas semua hotel tanpa kira bintang.

Pengecualian cukai berkenaan kepada rakyat Malaysia dibuat hasil dari perjumpaan dengan banyak pihak dan selepas berbincang dan mendengar pandangan mereka. “Kadar sama rata RM10.00 akan dikenakan kepada pelancong asing dari hotel bertaraf lima bintang hingga tiada bintang membabitkan setiap malam dan bilik,”- Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Perlaksanaan cukai pelancongan ini belum ditetapkan tarikh kerana pihak menteri telah mengeluarkan untuk ditetapkan tarikh pada 1 Julai tetapi ianya bergantung kepada pihak Kastam untuk melaksanakannya. Ia mengulas lagi mengenai kadar cukai sama rata itu bagi memudahkan pihak Kastam untuk mengutip cukai tersebut. Jika mengikut kadar sebelum ini, (hotel) lima bintang RM20, empat bintang RM10, maka mekanisme mengutip itu memerlukan banyak kerja.

Sekarang tak perlu risau jika korang nak bercuti kerana kos cukai tidak akan dikenakan keatas rakyat Malaysia. Boleh lah kita rancang percutian menarik dalam Malaysia, lagipun gaji kan dah keluar semalam hihi. Agaknya Mrlaling nak bawa tak bercuti dengan perkabaran berita baik ni ..ermm hihi Yang penting kita perlulah buat perancangan yang terbaik sebelum bercuti. Harap dengan berita baik ni dapatlah meningkatkan lagi industri pelancongan  dan mengalakkan rakyat bercuti dalam Malaysia.

See also  Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

 

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*