Part 1: Itinerari Bajet Trip Sehari Ke Singapore

Assalammualaikum w.b.t

Trip 1 Hari Ke Singapore | Part 1 |  Akhirnya Mrsyanie dapat jugak pusing 1 Singapore dengan hanya 1 hari sahaja dan ini adalah kali kedua Mrsyanie jejakkan kaki ke tanah Singa yang penuh dengan bangunan pencakar langit. Kali pertama Mrsyanie ke Singapore fokus pada Universal Studios Singapore atau lebih mesra dipanggil USS  sahaja. Dan Mrsyanie dapat jugaklah bermalam di Singapore walau bagaimana pun, Mrsyanie tak sempat jugak nak pusing satu kota ini tau. Trip USS pun dah habis 1 hari kerana macam-macam yang disediakan disana sampai rasa bengkak kaki berjalan tau. Yang penting memang best sangat!

Itinerari Bajet Trip Sehari Ke Singapore
Itinerari Bajet Trip Sehari Ke Singapore

Itinerari Bajet Trip Sehari Ke Singapore

Trip kali ini Mrsyanie pergi bukan dengan Mrlaling, dah penat pujuk tapi katanya dia dah habis pusing kota Singa tu. Nasib baiklah ada jugak rakan Mrsyanie yang memang niat nak pergi Singapore, lama dah kami rancang tapi masa jew tak ditentukan. Akhirnya tanpa dirancang awal, plan pun menjadi. Mrsyanie pergi bersama 4 orang lagi rakan. Kali ini Mrsyanie bukan pergi secara backpacker tapi dengan agensi. Agensi yang semestinya murah, bajet dan pasti tak tipu punya hihi.. Mrsyanie ikut travel agensi  Pakej Travel Dalam Bajet. Harga pun murah, mana nak dapat pakej hanya RM129.00 sahaja dapat pusing 1 Singapore dan siap ada sarapan pagi. Untung sangat, kalau pergi sendiri pun belum tentu dapat semurah itu. Tambahan pula bila lihat itinerari bajet trip sehari ke Singapore yang disediakan memang terbaik dan semua lokasi yang terkenal disenaraikan dalam itenerari.

Perjalanan Mrsyanie dan kawan seorang dari Tanjung Malim, kami menaiki ETS Train ke KL Sentral. Disana kami semua berkumpul untuk menaiki bas yang telah diuruskan oleh pihak agensi. Kami dah siap beli tiket ETS yelah takut kang habis kena naik KTM lak, lambat sampai nanti. Kami ambil tiket jam 7.00 petang, jadi tak perlu ambil cuti. hihi. Waktu menunggu yang ditetapkan oleh pihak agensi jam 9.30 malam berkumpul dihadapan ERL departure KL Sentral (Berhadapan Bangunan Axiata). Sampai dalam jam 8.30 malam di KL Sentral, sempat lah kami kenyangkan perut dahulu di NU Sentral. Untuk solat pula mudah je sebab dekat KL Sentral semua fasiliti disediakan, memang sesuai dijadikan tempat point menunggu.

See also  Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 2 | Bersampan Menyusuri Sungai Pokok Nipah

Untuk trip sehari kita tak ada hotel atau penginapan tau. Jadi ianya berkonsepkan ”Overnight dalam bas” gitu. Yang penting jangan lupa bawa bantal bucuk korang ye bagi lebih selesa untuk tidur. Lokasi yang akan dibawa anatarnya adalah:

  • Merlion Park
  • Esplanade
  • Garden By The Bay
  • Mustafa Center
  • Bugis Street
  • Arab Street – Masjid Sultan
  • Sentosa Island-Palawan Beach
  • Sentosa Merlion (Biggest Merlion!)
  • Marina Bay Sand-Light And Water Show
  • Globe USS (tak masuk USS ye)

Mrsyanie kongsikan bersama itinerari bajet trip sehari ke Singapore yang teLah ditetapkan. Kalau korang nak tahu samada agensi akan bawa ikut itinerari yang disediakan atau tidak, tunggu next part Mrsyanie cerita ye. Sebelum itu, jom kita usha-usha dulu  itinerari bajet trip sehari ke Singapore.

JADUAL PERJALANAN :
9.30 PM : Pick up point
10:00 Bertolak ke R&R Gelang Patah
03:00 Tiba di R&R Gelang Patah
– Rehat di Surau R&R
– Mandi / Salin Pakaian
05:00 Waktu untuk sarapan
05:30 Solat Subuh ( Subuh : 5:33)
06:00 Menaiki bas semula, isi White Card
06:15 Bertolak ke Imigresen
06:30 Imigresen Malaysia
07:00 Imigresen Singapura
08:00 Bertolak dari Imigresen Singapura
08:30 Merlion
09:30 Gardens By The Bay
10:30 Mustafa Center (Perfume / Gajet)
12:30 Malay Heritage Center
13:00 Solat Zohor Masjid Sultan (Zohor : 13:00)
13:30 Makan Tengahari dgn cadangan :
– Zam Zam Murtabak Singapore
– Victory Murtabak Singapore
– Restoran Kg Glam Masakan Melayu
14:30 Bugis Street ( Souvenirs )
15:30 Ke Sentosa Island
16:00 Globe USS
16:30 Ke Palawan Beach
17:00 Palawan Beach
17:40 Father Merlion
18:30 Menaiki bas ke Bayfront
19:00 Tiba di Bayfront
20:00 Persembahan Fountain Show
20:15 Berkumpul
20:30 Bertolak ke Imigresen Singapura
21:00 Tiba di Imigresen Singapura
21:45 Bertolak ke Imigresen Malaysia
22:30 R&R Machap (Solat/Mandi)
23:30 Bertolak ke KL Sentral

Bagi yang berminat untuk ambil pakej dengan agensi ni korang boleh hubungi : Pakej Travel Dalam Bajet
Till Next Entry ye!!!

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*