Havoc @ FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya

Assalammualaikum w.b.t

A Magical Culinary Experience” | Lebih santai dan ceria, itulah yang ditekankan oleh Hotel Bangi-Putrajaya sempena pembukaan restorannya iaitu FUNTASIA Restoran. Kalau bab makan dimana sahaja Mrsyanie akan sampai haha.. Mrsyanie pernah dah sampai Hotel Bangi-Putrajaya tahun lepas jika tak silap ada preview Buffet Ramadhan. Memang tak boleh lepaskan lah kalau kata pihak hotel jemput sebab menu yang disediakan memang menarik dan banyak tau sajiannya. Tapi dulu restorannya lain sedikit, bukan nama FUNTASIA.

Grand Opening Restaurant FUNTASIA Hotel Bangi Putrajaya
Grand Opening Restaurant FUNTASIA Hotel Bangi Putrajaya

Grand Opening Restaurant FUNTASIA Hotel Bangi Putrajaya

Rupanya restoran ini adalah restoran yang diberi nafas baru dengan penekankan konsep yang lebih santai seperti ala-ala karnival funfair. Lebih enjoy untuk menikmati makanan yang disediakan dan suasana yang lebih menarik. Luas kawasannya boleh memuatkan sehingga 800 pengunjung dengan dekorasi yang ceria.

Sempena sambutan ke 20 ulangtahun Hotel Bangi-Putrajaya pada hari Pekerja 1 Mei 2017 yang lepas,  satu Grand Opening Restaurant FUNTASIA Hotel Bangi Putrajaya yang cukup havoc dan meriah. Harap tak lambat nak wish jugak Selamat Hari Ulangtahun Hotel Bangi-Putrajaya, wow dah 20 tahun tau hotel ini beroperasi.

Mrsyanie sampai awal tau, sepatutnya majlis bermula jam 11.00 pagi tapi dah sampai dekat parking dalam jam 10.00 pagi. Teruja nak lihat sendiri bagaiman konsep terbaru bagi restoran yang diberi nafas ala-ala karnival funfair. Lagi menarik restoran ini terletak bersebelahan dengan kolam renangnya (poolside). Memang rasa santai jew, kalau korang mnginap disini boleh lah layan mandi kolam sambil makan-makan di restoran. Best sangat tau.

See also  Surya S Great Grain Menu Sahur Paling Ringkas Tapi Mengenyangkan

Majlis dimulakan dengan perasmian memotong ribon sebagai simbolik rasmi pembukaan dan dimeriahkan dengan persembahan Tarian Naga. Memang meriah dengan dekorasi yang berwarna-warni dan acaranya disediakan. Comel betul tengok Naga tu tau, datang dekat pengunjung siap kelip-kelip matanya lagi. Ohh lupa siap ada perasmian bunga api lagi sempena sambutan ulangtahun yang ke 20 tahun Hotel Bangi-Putrajaya.

Pembuka Selera Penuh Fantasi

Dekorasinya bukan sahaja santai, malah ianya memukau keselesaan Mrsyanie dan pengunjung yang hadir. Cukup luas, hiasan yang menarik dan paling utama mestilah hidangan menu yang lazat-lazat. Masuk jew dah nampak hidangan pembuka selera yang diletakkan di roda impian (hihih Ferris Wheel) dengan tertera nama FUNTASIA.

Hidangan Panas Dari Dapur

Hidangan yang disediakan bukan semua dah siap masak (ready-cook) tetapi pihak restoran menawarkan hidangan yang panas-panas dari dapur tau. Siapa nak chef yang berpengalaman akan sediakan. Bagi menu utama seperti spaghetti dan Nasi Goreng akan dimasak mengikut permintaan pelanggan.

Kalau korang nak tahu di restoran Funtasia ini mempunyai teknologi terkini dalam penyediaan masakan antaranya ”robo-woks” keluaran dari Jepun dengan penyediakan Nasi Goreng sepantas 1 minit sahaja. Chef hanya perlu masukkan bahan-bahan dan akan dimasak oleh ”robo-woks” tau. Selain itu, pelbagai lagi hidangan yang disediakan yang pasti membuka selera pengunjung. Rasanya masakan disini memang sedap terutamanya Pizaa homemade dan Sotong Sambalnya, memang membuka selera tau. Kalau bulan puasa ni lagi lah rasa teruja dengan pelbagai menu, nyum.nyum..

Sempena bulan Ramadhan tidak lama lagi, restoran Funtasia juga menyediakan buffet Ramadhan yang bertemakankan ”Warna Warni Ramadhan” dengan pelbagai sajian menarik. Buffet Ramadhan ini berlangsung bermula 27 – 29 Mei  2017  & 22 – 24 Jun 2017 (RM90 neet dewasa,  RM45 nett kanak-kanak) dan  24 June 2017. Manakala tarikh 30 Mei – 21 Jun 2017 berharga RM100 nett dewasa, RM50 nett kanak-kanak.

See also  Sajian 3 Buah Negara di Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Waktu operasi restoran:

  • Buffet Breakfast: Daily: (6.30 am – 10.30 am)
  • Buffet Lunch: Monday to Friday & Sunday (12.00 noon – 2.30pm)
  • Buffet Dinner: Monday to Sunday (7.00pm – 10.00pm)
  • Buffet Hi-Tea: Saturday (12.00 noon – 3.30pm)
  • Ala Carte Breakfast, Lunch & Dinner: Monday to Sunday (6.30am – 1.00am)

 

Untuk maklumat lanjut:

Restaurant Funtasia Hotel Bangi-Putrajaya

Tempahan: 03-8210 2222

Website: www.hotelbangi-putrajaya.com

Facebook: Hotel Bangi-Putrajaya

Instagram: @hotelbangiputrajaya

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*