Serawa Durian Memukau Halaman Haji Saad

Assalammualaikum w.b.t

Halaman Haji Saad @ Seri Pacific Hotel | Serawa durian atau Mrsyanie lebih suka panggil kuah Durian menjadi salah satu tarikan yang menarik di Halaman Haji Saad. Dimana itu? Halaman Haji Saad ini sebenarnya adalah konsep yang diberi nama sempena Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur tidak lama lagi sepanjang bulan puasa ini.

Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Mrsyanie setiap tahun tidak pernah terlepas peluang untuk hadirkan diri ke preview Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur tau. Ini kerana sajian yang ditawarkan sangat menyelerakan terutamanya Serawa Durian. Masih terasa lagi kenikmatan Serawa Duriannya, makan pulak dengan pulut. Nyum..nyum.. Memang salah satu sajian yang membuka selera setiap pengunjung yang hadir.

Lepas kerja jew Mrsyanie dan Mrlaling terus pecut ke Kuala Lumpur, yelah mula majlis jam 6.30 petang. Walaupun hujan dan jem, alhamdulillah kami sampai tepat pada waktunya. Sanggup itu Mrsyanie datang sebab nak makan kuah Durian punya pasal hihi.. Tapi memang tiap tahun itu antara menu wajib ada di Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Serawa Durian Memukau Halaman Haji Saad
Serawa Durian Memukau Halaman Haji Saad

Halaman Haji Saad, Buffet Ramadhan 2017

Tahun ini Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menawarkan hidangan yang berkonsepkan Halaman Haji Saad iaitu menu-menu yang berunsurkan tradisional dan masakan kampung. Buffet kali ini menawarkan lebih 50 sajian antara yang menajdi tumpuan seperti Ikan Patin Asam Tempoyak, Ikan Keli Sambal Hijau, Kupang Tumis Belacan, Masak Lemak Telur Itik, Sambal Mangga dan pelbagai jenis ulam-ulaman.

See also  Khasiat Jus Kunyit Asam Kunyit Madu (JAKM)

Bukan itu sahaja, pihak hotel juga menyediakan beberapa gerai utama yang menjadi tumpuan menu utama. Antaranya Kambing Bakar, Ikan Bakar & Set Perencah, Beriani Rusa, Sup Gear Box, Apam Balik, Roti Jalan Meleleh dan Kuetiau Goreng super sedap.

Tidak ketinggalan pelbagai aneka sajian pencuci mulut seperti Serawa Durian, Bubur Kacang, Bubur Jagung, Bubur Kacang Hijau bersama Durian, Aneka Kuih-muih tradisional, dan buah-buahan tempatan. Menu utama yang Mrsyanei ambil adalah Serawa Durian. Bukan kata mangkuk kecil tapi Mrsyanie ambil terus guna mangkuk besar bersama pulut. Memang sedap sangat, tambahan pula musim raja buah ini lambat lagi, apa lagi itulah menjadi tumpuan Mrsyanie.hihi.. Tapi memang sedap korang patut datang rasa sendiri tau.

Harga Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Pacific Ballroom:
Tarikh Mula : 27 Mei – 22 Jun 2017
Harga : RM98 (Dewasa) / RM49 (Kanak-kanak)
Zende Restaurant:
Tarikh Mula : 29 Mei – 24 Jun 2017
Harga : RM138 (Dewasa) / RM69 (Kanak-kanak)

Pihak hotel telah menyediakan 4 menu Ramadhan yang berbeza-beza menu yang bakal disajikan pada Bulan Ramadhan nanti. Jadi korang tak adalah rasa menu yang sama je kan. Menu akan berubah mengikut 4 set menu yang telah disediakan,, jangan risau setiap set menu Ramadhan yang ditawarkan memang banyak sangat sajiannya. Gerai kecil pun ada 23 gerai (stall) yang disediakan, tak termasuk sajian utama yang lain. Nak tahu menu apa setiap minggu korang boleh hubungi pihak hotel untuk dapatkan maklumat bagi setiap hari di Bulan Ramadhan nanti. Tak sampai sebulan kita nak sambut puasa, ingat ganti puasa mana yang belum habis tau..hihi

Untuk maklumat lanjut:

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

No. Tel: 03-40494351 atau 03-40494352
Email: fbresv@seripacific.com

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*