Menangis Tengok Keluaran Terbaru OPPO R9s

Assalammualaikum w.b.t

OPPO Rakan Selfie Anda |  Sekali lagi tahun 2017 ini OPPO menjadi antara smartphone pilihan ramai, kini OPPO telah melancarkan model terbaru mereka iaitu OPPO R9s. Dilancarkan pada 5 Januari yang lepas memberikan satu fenomena baru dalam pengeluaran smartphone yang menitik berat tentang teknologi kamera belakang yang lebih baik. Ia membolehkan pengguna untuk menangkap gambar yang jelas pada bila-bila masa dan di mana sahaja. OPPO juga memperkenalkan teknologi VOOC Flash Caj untuk cas dengan lebih pantas dan akses cap jari bagi model R9s. Korang dah boleh dapat hasil kualiti gambar semahir gambar profesional tau.

Harga Smartphone OPPO Tidak Pernah Jatuh Di Pasaran dunia
Harga Smartphone OPPO Tidak Pernah Jatuh Di Pasaran

Menangis Tengok Keluaran Terbaru OPPO R9s

Teruja tengok OPPO R9s keluaran terbaru dari syarikat OPPO, rakan selfie anda. Mrsyanie diterangkan telefon R9s ini lebih canggih dan memperkenalkan peningkatan kualiti untuk kamera belakang 16MP serta ia membolehkan pengguna untuk menangkap objek walaupun bergerak dengan jelas. Menangis tengok keluaran terbaru OPPO R9s yang modelnya pelakon Korea tu, Lee Min Ho. Memang smart dan lebih canggih dari segi kamera belakang dan sistem yang digunakan.

OPPO Model R9's
Terbaru OPPO R9’s – Now It’s Clear

Spesifikasi asas bagi OPPO R9 antaranya:

  • ColorOS 3.0 (based on Android 6.0),
  • Qualcomm MSM8953 Octa-core,
  • 4GB,
  • Typical Capacity: 3010 mAh (typ),
  • 16-megapixel,
  • Support 4K Video,
  • Support HDR,
  • 5.5 inches,
  • 16 million colors,
  • 2.4/5GHz 802.11 a/b/g/n/ac,
  • Support VOOC

Kameranya lebih cantik kerana spesifikasi yang digunakan ialah Rear Sensor setinggi 16-megapixel, Front Sensor juga 16-megapixel, mempunyai Flash dari LED Flash serta Aperture adalah Rear: f/1.7  & Front: f/2.0. Harga yang ditawarkan ialah RM 1,798.00 tetapi buat masa sekarang masih dalam pre-order kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan OPPO R9s. Fuh menangis tengok harga huhu..

See also  Pencil.my: Wild West Appreciation Night 2015

Harga Smartphone OPPO Tidak Pernah Jatuh Di Pasaran

 Tapi Mrsyanie mampu tengok jelah, harga smartphone OPPO tidak pernah jatuh di pasaran walaupun mereka telah mengeluarkan model yang lebih upgrade. Rate smartphone OPPO masih dalam RM550 keatas, tiada lagi rate rendah dibawah harga tersebut.

Telefon yang lama merajuk lah pulak kan, semuanya dalam keadaan bagi tapi hanya satu fungsi yang tidak boleh digunakan. Fungsi utama pulak tu ye, simkad Mrsyanie tidak dapat dibaca kerana port simkad tu rosak. Sedihnya sebab Mrsyanie jaga telefon tu sebaiknya tau, masih lagi dalam keadaan bagus dan baik. Mrsyanie hantar kedai semula katanya risau board nya rosak.

Warranty pulak dah habis kiranya hampir 2 tahun Mrsyanie guna, banyak tau telefon lama ni memberi khidmat yang baik. Gambar yang cantik setiap kali Mrsyanie jalankan misi review, flawless gitu. Tapi tak apa mungkin tahun ini Mrsyanie perlu mengantikkannya untuk tambah-baik lagi kualiti dan hasil gambar yang cantik untuk review. hihih Kena positif sebab kalau tak rosak tak ada dapat telefon baru haha.. (Dalam hati menangis terbang duit bonus)… Nak tak nak Mrsyanie perlu juga beli yang lain, tambahan nak travel hujung bulan ni. Kang tak dapat buat live video..oppss alasan kukuh tak? haha..

Smartphone OPPO Model A37

Akhinya Mrsyanie akur perlu ambil model lain tetapi tetap jenama OPPO hihi.. Pilihan Mrsyanie adalah OPPO A37 kerana ianya bersesuaian dengan bajet dan masih berkualiti tinggi. Teringin juga nak guna telefon yang harga beribu riban tapi apa nak buat bonus hanya RM500. hihi Ingat dapatlah berbelanja lebih sedikit bila dapat bonus ni, tapi rupanya dah ditetapkan bonus digunakan untuk pengantian telefon Mrsyanie.

See also  Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor
Harga Smartphone OPPO A37 Tidak Pernah Jatuh Di Pasaran
OPPO A37 Menjadi Pilihan Bagi Penggemar Selfie

Kelebihan OPPO A37 ini adalah kamera hadapannya lebih cantik dan berkualiti sehingga 5 megapixel. Ianya lebih memfokuskan kepada kamera hadapan dengan saiz extra-large 1.4μm pixels dan a 1/4-inch sensor. Ini membolehkan lebih cahaya masuk ke dalam kamera, jadi korang boleh mengambil gambar diri sendiri yang terang dan semula walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang.

Mrsyanie kan pengemar selfie, jadi memang sangat bersesuaian dengan fungsi OPPO A37 ini. Mrsyanie kongsikan spec yang dibekalkan oleh OPPO A37.

1) Body

Ukuran / Berat
Tinggi143.1 mm
lebar71 mm
ketebalan7.68 mm
Berat136 g

Mrsyanie pilih warna gold kerana lebih universal, kang ambil warna pink tak nak pulak Mrlaling pegangkan hihi.. Harga pula Mrsyanie dapat RM700 tetapi tanpa memory card kerana dah sedia ada. Harga smartphone OPPO tidak pernah jatuh di pasaran jadi terpaksa lah Mrsyanie pilih yang bersesuain dengan bajet. Itu pun Mrsyanie kena tambah lagi RM200 untuk dapat OPPO A37 ni.  Apa pun mungkin setiap kamera jenama mempunyai kelebihan yang tersendiri. Bagi kelebihan kemara Mrsyanie cadangan penggunaan OPPO yang lebih mesra dengan ”OPPO rakan selfie anda”.

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*