Syahirah Vitalis Eau De Cologne Beri Inspirasi

Assalammualaikum w.b.t

Wangian Dapat Menyerlahkan Daya Tarikan | Wanita tidak dapat dielakkan dengan sinonim dari segi daya tarikan. Tak kira daya tarikan dari segi kerja, penampilan malah keyakinan diri. Semua itu melibatkan daya tarikan yang ada pada wanita. Bila sebut daya penarik mesti kata tarikan kepada lelaki je kan, sebenarnya daya tarikan ini jua memberi satu inspirasi kepada wanita untuk lebih berkeyakinan dan bersemangat dalam menjalankan sesuatu perkara. Tapi bagaimana nak wujudnya daya penarik dalam diri kita?

Syahirah Vitalis Eau De Cologne beri inspirasi
Syahirah Vitalis Eau De Cologne beri inspirasi

Syahirah Vitalis Eau De Cologne Beri Inspirasi

Mrsyanie suka bila ada daya tarikan dalam diri tau, Mrsyanie rasa hampir kesemua wanita sukakan aura daya tarikan. Korang nak tau tak salah satu rahsia Mrsyanie wujudkan daya tarikan dalam diri dengan penampilan diri. Ianya melibatkan apa yang kita pakai dan semestinya paling penting adalah bauan dari kita. Ehh bukan bau masam-masam tau tapi bau wangian dari badan kita. Mrsyanie gunakan Syahirah Vitalis Eau De Cologne bagi membantu dalam mewujudkan daya tarikan.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne beri inspirasi dalam menghasilkan rasa yakin dan lebih menyerlah bila Mrsyanie berhadapan dikalayak ramai serta bila disamping Mrlaling. Bila wangian terhasil membuatkan Mrsyanie lebih yakin dan mewujudkan daya tarikan dalam diri. Dah badan wangi tak ada lah risau akan bau badan yang masam-masam itu. Orang sekeliling pun rasa lebih selesa bila berhampiran kita. Alah kalau korang duduk dalam bas ada bau masam badan, mau nak termuntah kan. Begitu juga orang sekeliling kita, jadi penting untuk semua menjaga penampilan diri dengan haruman yang wangi khususnya bagi kaum wanita ye.

See also  Carlo Rino | Once Upon A Whimsical Wonderland

wangian1

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan setiap wanita yang memilikinya mempunyai wangian tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Ianya disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang lebih berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya serta menyerlah. Mrsyanie suka sangat dengan haruman Syahirah Vitalis kerana ia mempunyai satu aroma tersendiri dalam merangsang aura positif dalam diri seperti esen sitrus.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne beri inspirasi, kesegaran dan kecergasan agar diri sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Korang hanya perlu semburkan sedikit sahaja memadai untuk memberi satu daya tarikan dalam diri, sebab Mrsyanie tahu dalam Islam kita tidak boleh berlebihan dalam wangian untuk mengelak dari mengundang perkara kurang baik. Tapi ingat kita juga digalakkan untuk menjaga penampilan, kebersihan dan wangian badan supaya dapat memberi gaya hidup sihat.

Wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne
Syahirah Vitalis Eau De Cologne

4 Wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Terdapat 4 jenis wangian yang berbeza yang dihasilkan oleh Syahirah bagi melambangkan daya tarikan tersendiri:

  • 1. Haute Couture

Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne Haute Couture
Haruman Haute Couture
  • 2. Femme Chic

Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kasturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Femme Chic melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

  • 3. Celebrite

Haruman Celebrite dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan seseorang menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan korang mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter korang sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman diri sebagai seorang bintang kepada dunia.

  • 4. Glam Star

Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Wangian Glam Star terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan korang tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja tempat korang melangkah dalam kehidupan seharian.

See also  Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia
Syahirah Vitalis Eau De Cologne Glam Star
Haruman Glam Star

Harga Pasaran Syahirah Vitalis Eau De Cologne

  • RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml

Syahirah Vitalis Eau De Cologne boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Tak mahal pun, harga pasti mampu milik tau. Tambahan pula botolnya sangat cantik dan menampilkan dengan warna yang lebih menyerlah.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne Wangian Yang Menyerlah

Haruman yang paling Mrsyanie suka adalah haruman Celebrite dan Haute Couture tapi sebenarnya setiap wangian mempunyai daya tarikan wangian yang tersendiri, fuh semua jenis wangi tau. Syahirah Vitalis Eau De Cologne kini menjadi semburan wajib selepas Mrsyanie mandi. Yelah bukan sahaja nak berkeyakinan diluar rumah malah dalam rumah juga perlu ada untuk menjadi daya tarikan buat para suami.

Kalau nak tau antara benda wajib yang perlu ada dalam handbag Mrsyanie adalah perfume Syahirah Vitalis Eau De Cologne tau. Nasib baik ada dapat yang mini pack tu, senang nak bawa kemana-mana tanpa risau akan bau badan. Semburkan sahaja Syahirah Vitalis pasti rasa glamor dan aura yakin dalam diri lebih tinggi. Dengan slogan ”serlahkan pesonamu, raih bintangmu” jadikan ia produk pilihan ramai bukan sahaja di Malaysia malah juga di Indonesia.

 

Untuk maklumat lanjut:

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*