Hari Terakhir Percutian Honeymoon Bali Yang Penuh Bermakna

Assalammualaikum w.b.t

Penuhi Aktiviti Walaupun Hari Terakhir di Bali Part1 | Biar pun percutian honeymoon ke Bali terlalu singkat hanya 3 hari 2 malam tapi jangan sesekali sia-siakan waktu yang ada. Nasib baik penerbangan pulang kami pada jam 8.50 malam. Sempatlah Mrsyanie planning lokasi yang wajib kami singgah sebelum pulang, banyak sebenarnya lokasi yang wajib tapi kena pilih yang betul-betul berbaloi dengan masa yang ada.

Percutian Hari Terakhir Di Tanah Lot Bali Indonesia
Percutian Hari Terakhir Di Tanah Lot Bali Indonesia

KRiSNA Ole-Ole Khas Dari Bali

Sebelum ke lokasi yang diplankan, wajib singgah beli cenderahati dulu. Bila dah beli cenderahati senang hati sket nak berjalan, hihih bukan apa risau kang terguna duit ke lain. Kang tak leh nak shopping hihi.. Tapi Mrsyanie bukan jenis shopping sangat kalau travel.Bagi Mrsyanie cukup sekadar dapat 1 fridge magnet untuk kenangan pun dah ok. Bajet Mrsyanie banyak habis untuk makan atau aktiviti.

Krisna oleh-oleh khas dari Bali cenderahati
Cenderahati di Krisna Bali
Krisna Oleh-Oleh Khas Dari Bali
Krisna Oleh-Oleh Khas Dari Bali

KRiSNA ini antara kedai cenderahati yang sangat popular dikalangan pelancong, kebetulan kedai nya terletak bersebelahan dengan hotel Mrsyanie. Lepas check out kami terus ke KRiSNA untuk beli beberapa cenderahati buat keluarga. Macam-macam barangan ada dari barangan hiasan, pakaian dan produk makanan pun ada disini. Harga pula ada yang murah dan ada yang mahal bergantung kepada kualiti setiap barangan terutamanya pakaian ada pelbagai jenis kualiti. Jadi ikut kemampuan korang nak beli yang mana ye.Mrsyanie beli tshirt Bali, fridge magnet dan key-chain je. Bajet shopping habis dalam IDR 205700.

Percutian Hari Terakhir Di Tanah Lot Bali Indonesia

Percutian hari terakhir di Tanah Lot Bali Indonesia telah menjadi lokasi pertama yang wajib kami kunjungi. Tanah Lot memang sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan sejarahnya. Ia sebenarnya merupakan salah satu lokasi kuil laut bagi pemujaan bagi agama Hindu di Bali. Kuilnya terletak di atas tebing tinggi yang berada ketengah sedikit dari darat. Kiranya ia teletak di kelilingi air laut, untuk ke kuil bila air laut surut.

Tanah Lot berasal dari kata “Tanah” yang ertinya tanah dan “Lot” (Lod) yang ertinya laut, kerana ia letak di laut hanya boleh dijejak apabila air surut. Tanah Lot bererti sebuah Tanah atau Pulau kecil yang terletak di laut.

Percutian Di Tanah Lot Bali Indonesia
Tanah Lot Bali Indonesia
Keindahan di Tanah Lot Bali Indonesia
Keindahan di Tanah Lot Bali Indonesia
Kuil Hindu Di Tanah Lot Bali
Kuil Yang Terdapat Di Tanah Lot

Untuk masuk ke Tanah Lot ini dikenakan bayaran, setiap seorang IDR 35000. Untuk dua orang bayaran yang dikenakan sebanyak IDR 70000. Kalau korang pergi sendiri dengan sewa kereta, parking masuk dikenakan bayaran juga. Macam Mrsyanie dibayarkan oleh Pak Supir, kami hanya buat bayaran masuk sahaja.

See also  Instant Shawl By Miracle Caliph Exclusive Dengan 4 Style Mudah
Monumen Musik Etnik Bali
Monumen Musik Etnik Bali
Pura Luhur Tanah Lot Bali
Pura Luhur Tanah Lot Bali
Percutian Hari Terakhir Di Tanah Lot Bali
Ombak yang memukau pemandangan setiap pengunjung
Percutian Hari Terakhir Di Tanah Lot
Menikmati pemandangan sambil beristirehat

Disini bukan sahaja ada bangunan sejarah, tetapi terdapat juga kedai-kedai makan dan cenderahati. Dah penat berpanas, kami singgah rehatkan diri seketika untuk hilang dahaga dengan harga bagi 3 minuman IDR 70000. Tenang je rasa sambil minum minuman sejuk melihat keindahan dan bunyi ombak yang kuat di kala percutian hari terakhir di Tanah Lot Bali Indonesia.

Ingatkan dah tak ada nak cuci mata (shopping) tapi tersangkut pulak dengan photo album yang diperbuat daripada daun-daun, ranting dan kertas terpakai. Sangat unik dan harga dalam RM16.00  bagi saiz sederhana. Kopi Luwak pun ada dijual disini, siap ada haiwannya lagi..hihih Nampak jinak tau ingat nak dekat tapi takut pulak haha

Percutian Tanah Lot Bali Indonesia
Menarik di Tanah Lot Bali

Avriel Yantohood Abadikan Kenangan Dengan Photoshoot Bali

Percutian hari terakhir di Tanah Lot Bali Indonesia sekali lagi dapat kami jalankan sesi photoshoot oleh Avriel Yantohood selaku tour guide dan photographer di Bali. Walaupun baru jam 10.00 pagi (lebih kurang), cuaca disini memang sangat terik. Tambahan pula di tepi laut, udara laut yang agak bahang. Tapi tak putuskan semangat kami untuk berposing sakan untuk photoshoot. hihi

Avriel Yantohood Abadikan Kenangan Dengan Photoshoot Bali
Avriel Yantohood Abadikan Kenangan Dengan Photoshoot Bali
photoshoot di Tanah Lot Bali
Gambar Dari Avriel Yantohood

Avriel Yantohood photographer Photoshoot Bali
Photoshoot di Sawah Padi Bali Indonesia
Sewaktu pulang dari Tanah Lot, sempat kami singgah untuk photoshoot di kawasan sawah padi bertingkat di Bali. Di Kedah tak sempat nak photoshoot sawah padi jadi kita cover photoshoot pemandangan sawah padi bertingkat di Bali Indonesia. Jauh tu cari sawah padi hihih Bukan sebenarnya ia agak berbeza sedikit dari sawah padi di Malaysia. Di Bali sawah padinya berkedudukan secara bertingkat, tidak seperti di Malaysia yang terbentang luasnya rata.
Boleh jugak klik entry dibawah:
See also  DASHING SPORT Khusus Buat Lelaki Aktif

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*