Trip Separuh Backpacker Bersama Ayden Averroes Travel

Jelajah 3 Lokasi Pelancongan di Thailand | Masih terbayang dan terdengar-dengar suara gelak tawa rakan-rakan seperjuagan. Cewah, satu pengalaman baru bagi Mrsyanie kali ini Trip separuh backpacker bersama Ayden Averroes Travel.

Trip kali ini banyak mengajar dan menjadi satu panduan Mrsyanie dalam meneruskan minat travel Mrsyanie. Baru-baru ini Mrsyanie bersama 9 lagi rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari menjelajah ke 3 lokasi utama yang menjadi tumpuan pelancong di negara Thailand.

Trip Separuh Backpacker Bersama Ayden Averroes Travel
Trip Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Ayden Averroes Travel

Trip Separuh Backpacker Bersama Ayden Averroes Travel

Kenapa Mrsyanie kata ianya pengalaman baru sedangkan Mrsyanie dah pun pernah ke semua lokasi tersebut. Trip separuh backpacker bersama Ayden Averroes Travel menjadi pilihan Mrsyanie untuk menjadikan salah satu catatan pengalaman hidup. Mrsyanie katakan ianya sebagai separuh backpack kerana sepanjang perjalanan kami di Thailand akan dibawa oleh  Ayden Averroes Travel dan kami hanya perlu menguruskan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam sahaja. Boleh dikatakan trip kali ini dapat dibayangkan dengan 3 perkataan iaitu murah, mudah dan enjoy.

Ayden Averroes Travel
Trip Separuh Backpacker Bersama Ayden Averroes Travel

Ayden Averroes Travel Sdn.Bhd.

Ayden Averroes Travel merupakan agensi yang boleh dipercayai dan ini kali kedua Mrsyanie ikuti pakej dari mereka. Sebelum ini Mrsyanie pernah join pakej Percutian Vietnam yang ditawarkan oleh mereka dan dibawa oleh owner Ayden travel sendiri iaitu Encik Azhar. Jadi Mrsyanie yakin dengan perkhidmatan yang diorang bawa dan tawarkan.

Tambahan pula pakej yang mereka sediakan sangat mengikut bajet tau. Mrsyanie mana boleh nak duduk diam je tanpa percutian kan haha.. Pantang ada peluang terutamanya dengan bajet yang murah. Rugilah kalau tak ambil dalam keadaan ekonomi yang agak kurang baik.

See also  Masalah Anda, Penyelesaian Kami : 3BSkin

Ramai yang selalu mengeluh kata ekonomi jatuh macam mana nak travel tapi sebenarnya korang silap. Korang kena bijak dalam memilih trip percutian dengan bajet mampu milik. Ayden Travel telah membantu kita untuk capai impian yang kita nak dengan menawarkan pakej percutian murah. Bukan sahaja Thailand malah pelbagai lagi negara yang boleh korang pergi dengan mengikut pakej dari Ayden Travel.

BACA: Fakta Menarik Tentang Kucing

ayden-travel3

Percutian Bersama Rakan-rakan

Tak sah lah kan kalau Mrsyanie tak ada gambar lompat hahah ini hasil ajaran blogger Afiq lah ni tapi sangat suka gambar lompat tau. Ianya melambangkan keseronokan yang teramat dengan reaksi bila lihat dalam gambar tau. Memang tak boleh Mrsyanie lupakan trip kali ini. Mrlaling tak ikut ke? dah korang asyik kata trip honeymoon je yang Mrsyanie ada, jadi kali ini beri kelaianan lah sedikit.

Perkongsian trip untuk korang yang inginkan percutian bersama rakan-rakan. Sedih tau kena tinggalkan Mrlaling tapi orang tua-tua kata sekali sekala berjauhan akan membuatkan rasa rindu dan sayang yang lebih mendalam. hahhaha cewah… Macam tak pernah pula trip Mrsyanie pergi sorang je, banyak kali dah cuma kali ini trip melangkah ke negara orang.

Korang nak tau tak kenapa Mrlaling izinkan Mrsyanie pergi ikut trip dengan rakan-rakan? hihi Sebabnya Mrsyanie bukan pergi secara sepenuhnya backpack tapi trip yang Mrsyanie join ini bersama agensi perlancongan Ayden Travel. Mrlaling yakin dengan agensi ini kerana ianya yang boleh dipercayai dan kami pernah ikuti trip dibawah agensi ini. Yelah siapa tak sayang bini kan, mesti risau kalau ambil dengan agensi sebarangan yang lain. Yeah !! Dapat dah lampu hijau. Keizinan dari suami penting ye bagi yang dah berkahwin.hihi

See also  Sumber Ayu Merapatkan Hubungan Intim

Pakej Phuket – Krabi – Hatyai, Ayden Averroes Travel

Ayden Averroes travel menawarkan pelbagai jenis pakej. Antara pakej yang ditawarkan melibatkan beberapa negara seperti percutian dalam negara Malaysia, Thailand, Indonesia, Korea, Singapore dan Australia. Mereka akan menambahkan lagi pakej-pakej menarik ke negara yang lain jua untuk masa hadapan. Yang penting setiap pakej yang disediakan menawarkan dengan harga percutian bajet.

Trip separuh backpacker bersama Ayden Averroes Travel yang kami ikuti hari itu adalah trip percutian ke negara Thailand yang menfokuskan 3 lokasi tumpuan pelancong iaitu Phuket – Krabi – Hatyai.

Trip Separuh Backpacker Bersama Ayden Averroes Travel
Muka happy selepas snorkeling di Pulau Krabi

Aktiviti Menarik Trip separuh backpacker

Pakej ini merupakan pakej trip 4 hari 3 malam yang bermula dari Bukit Kayu Hitam terus ke Phuket selama 1 malam kemudian 2 malam di Krabi dan persinggahan ke Hatyai sebelum pulang ke Malaysia. Jom tengok antara aktiviti yang kami lakukan yang disediakan oleh Ayden Averroes travel.

Phuket : aktiviti menarik yang menjadi pilihan :

  • Island hopping – James Bond island, koh panyee
  • Banglaa Road
  • Patong Beach
  • Phuket kilang baju

Krabi : Phuket : aktiviti menarik yang menjadi pilihan :

  • Island hopping di Krabi – Poda Island, Tup Island, Chicken Island, Railay Beach
  • Snorkeling beberapa spot lokasi
  • Percuma lunch di beach semasa Island Hopping (dalam bot)
  • Krabi city tour : Black Crab, Nok Awk, Krabi Night Market, Aonang Walking Street
  • Shopping cenderahati di Gastropod shell fossil

Hatyai : aktiviti menarik yang menjadi pilihan :

  • Shopping di Floating Market

Pakej tidak termasuk makan dan tiket masuk bagi tempat tertentu. Oh lupa lak ada juga lokasi yang sempat dibawa yang tidak termasuk pakej. Menarikkan setiap aktiviti yang ditawarkan. Paling Mrsyanie suka adalah bila island hopping dapat snorkeling. Dulu takut tapi sejak asyik trip ke pulau je dapat layan snorkeling memang seronok. Msryanie dah pernah island hopping di Krabi tapi kali ini di lokasi spot yang berbeza dari yang pernah Mrsyanie ikuti. Lagi best rupanya lokasi yang diorang bawa tambahan pula naik boat besar. Boleh bersantai atas boat tau sampai melihat pemandangan yang sangat cantik di Pulau Krabi.

See also  Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 5

Harga Pakej Trip separuh backpacker

Harga pakej yang ditawarkan adalah RM549 per pax /dewasa dan RM449 per pax/ kanak-kanak (2tahun-12 tahun). Bayaran deposit hanya RM 100 sahaja per pax. Ha sempat korang nak kumpul duit atau amin duit kutu hihi.. Apa lagi cepat-cepat tempah pakej yang diorang tawarkan sebab bila diorang open tarikh je mesti laju je yang menempahnya. Tak sabar nak ceritakan lebih detail trip kami ini tau. Memang havoc, apa lagi tempah cepat hihi..

Untuk maklumat lanjut:

Backpacker Bersama Ayden Averroes Travel

Facebook page: Ayden Averroes Travel

No tel: Kak Joyah 0137195997 / 0133618622 ( Jaja)

Email : ayanivacationmarketing@gmail.com

yanieyusuf.com

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*