[Hotel Review] Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Assalammualaikum w.b.t

Percutian Mewah Untuk Keluarga | Amboi percutian mewah tu, sebenarnya percutian kali ini khas Mrsyanie dan adik-beradik rancang untuk Mak Abah kami. Dah lama Mrsyanie nak bawa Mak Abah bercuti walaupun hanya 2 hari 1 malam dan minggu lepas menguatkan lagi niat Mrsyanie bila Abah nyatakan hasratnya untuk bermandi manda di laut.

Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Lumut Menjadi Pilihan Percutian Keluarga

Mulanya Mrsyanie planning nak ajak ke Cameron Highland untuk menikmati suasana dan cuaca yang sejuk lagi mendamaikan, sebabkan permintaan Abah nak ke pantai. Mrsyanie ubah planning percutian ke kawasan yang mempunyai pantai.

Sebenarnya risau nak bawa bermandi manda ke pantai disebabkan cuaca yang agak kurang baik dengan angin yang kuat. Laut pun bergelora dan ombak kuat bila dah masuk hujung tahun ini. Jenuh fikir kawasan mana yang agak baik untuk bawa Mak Abah bercuti. Kalau Port Dikcson pantainya mesti ramai dan kurang selesa untuk beridah, akhirnya ke Lumut pilihan kami adik beradik. Boleh singgah rumah keluarga ipar adik untuk tengok anak dia, rindu dengan anak buah seorang ni. hihi..

Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Lokasi fokus kami mulanya di Teluk Batik tapi Mrsyanie dan adik-beradik mahukan sesuatu kelainan untuk Mak Abah. Jadi kami pun pilih hotel mewah di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut sebagai lokasi penginapan kami sekelurga. Kenapa kami pilih percutian mewah di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut? Walaupun hotel ini agak mahal tetapi bagi Mrsyanie sangat berbaloi kerana disini disediakan pelbagai kemudahan dan kawasannya terkawal. Pantai yang ada depan hotel memang khas untuk pengunjung sahaja malah ianya merupakan kawasan peribadi (private area).

See also  Kami Ketagih Tahap Gian Nak Lagi !
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Kaunter di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Agak lewat juga Mrsyanie tempah tau, kebanyakkan website hotel dah penuh. Telefon terus ke hotel pun katanya dah penuh. Alah kecewa sangat tak dapat bawa keluarga bercuti mewah di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Tapi Mrsyanie tak putus asa sebab nak sangat merasa penginapan disini bersama keluarga. Baru terfikir kenapa tak tempah online terus melalui website hotel kan. hihi..

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Staff yang sangat peramah dan sedia membantu pengunjung

Yeah ada jugak bilik yang tinggal dan Mrsyanie tempah terus 3 bilik dan dalam tempahan online Mrsyanie terus mintak bilik yang mempunyai penyambung antara bilik (connecting room). Jadi bilik yang mempunyai penyambung adalah bilik untuk Mak Abah dan adik-beradik yang lain. Mrsyanie dapat satu bilik asing, ermm honeymoon lagi lah kami haha..

Untuk tempahan online terus melalui website hotel korang perlukan kad kredit tau sebab cagaran tempahan. Mrsyanie mulanya gunakan kad debit tapi tak diterima, nasib baik ada kad kredit untuk kecemasan hihi.. Lagipun kalau beli tiket kapalterbang kekadang guna juga kad kredit sebab kebanyakkan promosi tiket selalu tengah bulan. Faham-faham jelah ye.

Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Online booking serta harga promosi Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Bagi keselamatan pula pintu masuk hotel disediakan penjaga (guard) bagi keluar masuk kenderaan dalam kawasan mewah di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Korang perlu bawa salinan atau tunjukkan bukti yang korang menginap di hotel. Mrsyanie dah siap buat salinan nombor tempahan bilik hotel yang telah di emailkan oleh pihak hotel. Jenis bilik yang Mrsyanie tempah adalah view garden tetapi pihak hotel telah berikan bilik yang pemandangan boleh lihat pantai dan taman. Untung kami dapat bilik yang tak jauh dari pantai dan di tingkat 1 hanya 2-3 minit sampai pantai. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami untuk bawa Mak Abah bercuti, tak ada lah Abah jalan jauh sangat untuk ke pantai.

Harga bilikberbeza mengikut promosi yang mereka jalankan dan korang boleh dapatkan perbandingan harga menggunakan website hotel, traveloka, agoda, booking.com atau mana-mana website yang menawarkan perkhidmatan tempahan bilik hotel

Jenis Bilik: Deluxe Garden View with Breakfast

Pilihan Mrsyanie adalah bilik jenis Deluxe Garden View with Breakfast. Biliknya juga seluas 35sqm ukuran dan berada dalam keadaan yang selesa. Jenis katil korang boleh buat pilihan waktu tempah online. Samada nak king saiz atau twin saiz/2 single bed. Setiap bilik disediakan pelbagai kemudahan tambahan seperti iron, ironing board, selipar, hair dryer, Coffee And Tea Making Facilities, Daily Newspaper, Electronic Save Box, tab mandi, Wifi dan kemudahan asas yang kebanyakkan hotel sediakan.

See also  Cherating Pahang Pilihan Percutian Hari Keluarga

Sarapan juga disediakan untuk 2 orang bagi setiap bilik dan sewaktu check in Mrsyanie terus tambah bilangan 1 dewasa dan 1 kanak-kanak untuk kupon sarapan pagi. Jika tambah terus sewaktu check in lebih murah daripada korang terus ke cafe (walk-in breakfast), dimana hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak atas 4 tahun. Harga biasa untuk sarapan adalah RM45 dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak dan bagi kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah adalah percuma.

Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Bilik Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Setiap bilik adalah gabungan seni moden dan dihiasi dengan perhiasan berkonsepkan warisan Perak serta campuran konsep persekitaran Mediterranean. Lagi selesa dan menarik tentang hotel ini adalah setiap bilik ada balcony yang lapang dan terbuka. Mrsyanie boleh lihat pemandangan sekitar pantai dan taman, tambahan bila matahari terbit serta terbenam. Sangat cantik dan rasa tenang fikiran melihat keindahan alam semulajadi.

Kemudahan Dan Perkhidmatan di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Selain dari bilik yang selesa dan mewah, kemudahan dan perkhidmatan lain disediakan oleh pihak hotel untuk kegunaan pengunjung. Seperti kemudahan kolam renang (Swimming And Wading Pool With Sundeck), gym, sauna, Samsara Spa, cafe & live band show, minimarket, dan bilik seminar. Bagi perkhidmatan pula disediakan perkhidmatan Laundry & Dry Cleaning , perkhidmatan Limousine, Water Sport– banana boat, jetski, berkayak, outrigger dan Outdoor games- berkuda, ATV 4-wheel motorsport. Oh! tidak lupa jugak pihak hotel menyediakan aktiviti khusus untuk kanak-kanak (Children’s Activities), boleh sangat kalau korang nak bawa anak-anak sewaktu cuti sekolah ini.

Kolam renangnya agak luas dengan dibahagiakan kepada 2 katagori dewasa dan kolam kanak-kanak. Baju pula sepatutnya arahan hanya dibenarkan berpakaian renang dan material kain renang tetapi boleh je kami gunakan pakaian lain yang bersesuaian. Jangan pula korang pakai seluar jeans untuk berenang kan. Sekurang-kurangnya memakai pakaian yang tidak luntur warna dan berkain jersey.

See also  McDonald's Dekati Masyarakat di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih RM500,000

 

Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Seperti Mrsyanie bagaitahu tadi kenapa pilihan Mrsyanie adalah Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Pantai yang terletak betul dihadapan hotel adalah milik hotel jadi tiada sesiapa dibenarkan masuk kecuali penyewa penginapan di sini. Ini kira private beach tau dan tiada lah berpusu-pusu orang boleh datang.  Kedudukan hotel yang berkawasan bukit menjadikan sudut pemandangan laut yang sangat cantik. Di pantai juga disediakan ”pondok pantai” untuk pengunjung beristirehat.

Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Pemandangan dari Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
Private Beach Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut bukan sahaja fokus untuk percutian keluarga malah pada syarikat atau badan organisasi yang ingin mengadakan team building, meeting, atau seminar juga boleh diadakan disini. Segala kemudahan boleh disediakan oleh pihak hotel.

Bagaimana korang nak datang ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut?

Jika dari Tanjung Malim ke Damai Laut hampir 2.30 jam, dari Kuala Lumpur lebih kurang 3-4 jam. Lokasi hotel betul-betul disebelah Teluk Senangin dari jalan utama ke hotel lebih kurang 7km. Nak mudah korang memandu kereta sendiri dan gunakan waze untuk arahan perjalanan ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut.

Jika korang naik pengangkutan awam seperti bas boleh turun di Manjung atau Lumut dan menaiki teksi ke hotel atau korang boleh dapatkan perkhidmatan hotel.

Mrsyanie ada dapatkan info jika korang ramai untuk team building atau hari keluarga, pihak hotel boleh sediakan pengangkutan dari Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur atau Swiss-Inn Kuala Lumpur. Yang pasti korang kena hubungi pihak hotel untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Untuk maklumat lanjut:

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Alamat: Persiaran Swiss-Garden, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin,

32200 Lumut, Darul Ridzuan, Perak, Malaysia.

No. Tel: +605-684 3333

Fax : +605 – 618 3388

Email : reservation@sbdl.swissgarden.com

Website: Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

10 Comments

  1. Wow, best tengok bilik dia. Lepas ni boleh plan next family trip. Harga bilik pun not bad la. Boleh la sekali sekala family getaway. Yang penting anak2 enjoy. Thanks for the review!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*